Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri agar segala yang terbaik terus berpihak kepada setiap dari kita insyaAllah.
Tanggal 1 Januari tepat 12 tengah malam ini akan mulakan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan awam.
InsyaAllah, kami di KKM akan mulakannya secara pendidikan (educational enforcement) di tempat makan sepanjang tempoh enam bulan bermula 1 Januari 2019 sehingga Jun 2019.
Ayuh jadikan matlamat ‘Hentikan Tabiat Merokok’ Sebagai Salah Satu Azam Tahun Baru Kita Bersama!