Skip to content

Melayu jangan khuatir Malaysia tanpa Umno memerintah, kata Amanah

July 17, 2017

Melayu jangan khuatir Malaysia tanpa Umno memerintah, kata Amanah

| July 14, 2017

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata kini dengan pengumuman kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan serta matlamatnya, PH boleh ambil alih dan wujudkan kestabilan dan pertumbuhan.

KUALA LUMPUR: Orang Melayu tidak perlu takut dunia mereka akan berakhir tanpa Umno dan presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak memimpin negara, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.

Ini kerana Pakatan Harapan akhirnya sudah pun menyelesaikan masalah struktur dan organisasi kepimpinan yang “sukar dan tidak berkesudahan” (yang menjerut PH).

Pemimpin Umno sering memberitahu orang Melayu sekiranya pembangkang berkuasa, DAP akan memerintah negara dan hak Melayu akan diketepikan.

Dzulkefly dalam kenyataan berkata dengan adanya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagrai ketua umum gabungan, pakatan pembangkang kini mempunyai “gabungan 2 tokoh legenda” yang pernah memimpin negara sebagai salah satu Harimau Asia”.

“Kita mahu kembali kepada trajektori itu serta mendapatkan semula kedudukan (posisi) dan daya saing negara yang hilang,” tambahnya.

Beliau berkata gabungan itu memberikan “keselesaan dan penjagaan” kepada semua rakyat Malaysia, merentasi semua kaum, agama dan budaya.

Menggambarkan keputusan itu sebagai “bermakna” dan “bersejarah”, Dzulkefly berkata pakatan pembangkang kini bersedia menggugat dan menjatuhkan kerajaan BN”.

PH semalam menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai presiden, dibantu 3 timbalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan rakan sejawatnya dari PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai naib presiden, bersama Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.

Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dilantik ketua setiausaha.

Pengumuman itu selepas sebulan spekulasi mengenai struktur kepimpinan pakatan baharu itu, yang akan menyaksikan 4 parti pembangkang buat pertama kali menyertai pilihan raya dengan logo bersama.

Dzulkefly berkata: “Tinjauan teliti akan mencerminkan barisan yang kukuh merangkumi keterangkuman, amat seimbang dan adil serta kombinasi terbaik kekuatan yang kita garap dari 4 parti komponen.”

PH kini perlu meletakkan jentera pilihan raya yang kuat dan berfungsi secepat mungkin, katanya.

Lebih utama, katanya, PH sudah menyatakan secara jelas apa yang ingin dilakukan dalam 100 hari pertama memenangi pilihan raya umum ke-14.

“Pakatan ini akan memansuhkan GST, menstabilkan harga petrol, tumpu meringankan beban rakyat, menangani masalah pengangguran belia, membanteras rasuah dari atas hingga ke bawah, menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat skandal 1MDB dan menyelamatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang seperti agensi lain, didakwa mengalami kepincangan pengurusan kewangan dan tadbir-urus korporat.”

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: