Skip to content

*JELASLAH RUU 355 HANYA MAINAN POLITIK UMNO BN*

April 3, 2017
*KENYATAAN MEDIA*
‘JELASLAH RUU 355 HANYA MAINAN POLITIK UMNO BN’
www.amanah.org.my
1. Kenyataan Perdana Menteri DS Najib Razak bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (RUU 355) di Parlimen ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional tidak mengejutkan kami dari Parti Amanah Negara (AMANAH). Hari ini terbukti bahawa segala-galanya hanyalah permainan politik Umno dan Barisan Nasional.
2. Sejak awal lagi kami mengambil pendirian jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU 355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan mengambil inisiatif memindanya.
3. Akan tetapi oleh kerana motif sebenarnya ialah kepentingan politik maka RUU 355 telah digunakan sebagai umpan untuk menarik Pas keluar dari muafakat Pakatan Rakyat. Lalu berlakulah apa yang berlaku sehingga kemudiannya Pas berpecah selepas berlakuknya pembersihan golongan progresif dan pro-PR.
4. Lalu Najib dan pimpinan Umno telah ‘melayani’ kehendak Pas seolah-olah menyokong RUU 355 ini. Sekarang seluruh rakyat jelas kedudukan perkara ini bahawa perhitungan kepentingan politik Umno-BN menentukan dan mengatasi segala-galanya.
*Takfiri dan pecah belah umat*
5. RUU 355 juga berjaya memecahbelahkan umat Islam sendiri sehingga mengheret ke kancah ‘takfiri’, lalu semua pihak yang mempertikaikan apa jua aspek cadangan RUU 355 itu atau menolaknya adalah dianggap telah ‘gugur aqidah’ dan menentang Syariah Islam.
6. Untuk ingatan, Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk menyatakan semua ahli parlimen ‘wajib’ sokong, sedangkan RUU 355 adalah proses legislatif (at-Taqnin) yang semestinya melalui proses perbahasan dan perdebatan untuk mencari langkah-langkah terbaik bagi mencapai cita-cita murni memperkasakan Mahkamah Syariah, bukan hanya sekadar mempertingkatkan jumlah hukuman semata-mata tanpa ianya tidak melalui kajian impak dan kemunasahan yang mendalam.
7. ‘Himpunan Ungu’ di Padang Merbok pula memperlihatkan terdesaknya Pas dan Umno mahu menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu permuafakatan dan perpaduan nasional antara kaum dan agama. Seperti didakwa sesetengah pimpinan Pas dan Umno, kononnya RUU355 adalah lambang “penyatuan umat Melayu-lslam”.
8. AMANAH, sejak awal lagi telah tegaskan bagaimana sebenarnya pandangan kami tentang perkara ini. Ahli-ahli Parlimen kami telah mengemukakan cadangan balas tentang RUU355 bagi ‘Memperkasakan Mahkmah Syariah’ secara substantif dan menyeluruh. Justeru itu saya menyeru umat lslam dan seluruh rakyat untuk kembali kepada isu besar yang sedang mengancam survival dan kelangsungan tanah air tercinta ini.
*Reformasi sistem dan masalah sebenar rakyat*
9. Rakyat perlu segera kembali memahami bahawa reformasi penting dan kritikal buat kesejahteraan dan kemakmuran seluruh negara adalah dengan menolak penguasa politik yang rasuah, tidak amanah, tidak kompeten, jenis balun, boros dan bolot kekayaan negara.
10. Bebanan kos sara hidup rakyat di segi pemakanan, pengangkutan, kesihatan, pendidikan, perumahan, peluang pekerjaan bagi penganggur khasnya belia dan graduan, kejatuhan nilai ringgit, impak cukai GST dan penarikan pelbagai subsidi untuk rakyat, adalah isu-isu sebenar yang cuba dialih pandang olih kerajaan Najib. Menolak pimpinan yang yang rasuah, merompak, mencuri wang rakyat dan membebankan rakyat adalah tanggungjawab semua pihak.
11. Hentikan dari dipermain dan diperbodohkan dengan polemik RUU 355 ini oleh golongan yang mahu mengekalkan kuasa Umno BN dan mereka yang menyokong penguasa politik yang rasuah dan tidak amanah ini.
#AMANAHDemiNegara
HAJI MOHAMAD SABU
Presiden,
Parti Amanah Negara
3 April 2017
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: