Skip to content

Kalau anda terlepas bacaan ini…”Bukan Pelaburan China Yang Kami Khuatiri, Tapi…..”

March 13, 2017

Bukan Pelaburan China Yang Kami Khuatiri, Tapi…..

Saya rasa terpanggil untuk pos penulisan saya ini dalam Akhbar Amanah, setelah membaca penulisan ini dalam FMT pagi ini…China’s capital control could cause abandoned projects here (FMT).

1. Tidak sukar membaca dan mendalami ‘rahsia’ segala tindakan politik seorang Perdana Menteri yang berdepan pelbagai cabaran kritikal untuk melangsungkan kuasa dan pemerintahannya. Mengikut beberapa sumber, Pilihanraya Umum ke-14 akan diadakan selepas hari raya haji tahun ini atau impian kemenangan besar Sukan SEA…PM bolih lah berkokok kuat-kuat nanti..Sementara itu rakyat bolih terus berteka-teki.
2. Sejak saman sivil Julai 2016 oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) ke atas penyangak yang mengsonglap dana 1-MDB dan label kerajaan ‘Kleptokrasi’ dilekatkan kepada Najib Razak selaku M01, peralehan ‘kompas’ Putrajaya kepada Republik Rakyat Cina (PRC), samada di segi ekonomi mahupun politik, mula lebih ketara.
3. Begitu juga tindakan untuk tetiba menghidupkan semula tentang keputusan tuntutan bertindih Batu Puteh yang dimenangi Singapura untuk menjana sokongan Bangsa Johor khususnya. Pun begitu, sokongan terhadap nasib pelarian Rohingya dan agenda RUU355 Marang, mungkin senang dibaca dari perspektif untuk mendapatkan sokongan majoriti Melayu-lslam di negara ini. Terkini tindakan ‘persona nan grata’ ke atas duta Kotea Utara dan sejurus itu  memohon Solat Hajat untuk rakyat Malaysia di Korea Utara…Semua gelatat ini tidak sukar dibaca…tidak perlu ‘pundit atau bijak-pandai politik’…
4. Apa yang kurang ketara atau tidak jelas buat rakyat Malaysia hari ini adalah implikasi dan risiko ke atas kedaulatan dan kemerdekaan negara, apabila kuasa PRC bakal mendominasi penentuan dasar negara dan geo-politik serantau, apabila pimpinan kurang cermat menyerahkan ekonomi negara kepada sebuah kausa dunia.
5. Untuk ingatan semua, ayahanda PM, Al-Marhum Tun Razak amat sedar dan peka supaya cita-cita besar China dikekang dengan pengenalan ASEAN, ZOPFAN, Zon Bebas Nuklear Asia Tenggara serta Aturan Pertahanan Lima dan seumpamanya…Tapi anaknya bukan jenis DNA ayahnya rupa2nya…tengok saja FELDA…mungkin ada pada Nazir Razak atau yang lain…?
6. Secara lebih serius, penulis mahukan rakyat berfikir dengan objektif untuk kepentingan masa depan negara dan anak bangsa. Sememang mudah, khususnya dari sisi parti pembangkang untuk mengkritik serta mendedahkan pelbagai kebobrokan tadbir-urus pemerintahan Najib Razak. Sememang pun dan terlalu banyak contohnya.
7. Namun sebelum Pakatan Pembangkang dilihat menolak pelaburan dari negara China lalu diputarbelit oleh media milik-BN, maka penulis mengajak pembaca, meninjau senario global terlebih dahulu khususnya dalam Era Dunia Trump!
8. Selanjutnya, penulis gariskan bagaimana negara mampu mengemudi satu perhubungan perdagangan serta pelaburan dengan kuasa baru PRC, dengan bermaruah, pruden, bijak dan mapan, supaya kepentingan dan kedualatan negara sentiasa dijamin.
9. Secara ringkasnya, tata orde dunia pasca kemenangan President Trump akan meletakkan satu pola baru yakni satu perhubungan ‘multi-lateral’ di segi perhubungan ekonomi, dan tata orde ‘multi-polar’ di segi perimbangan dan persaingan kuasa dunia.
10. Ringkasnya, dasar President Trump untuk tidak lagi mahu Amerika memainkan peranan ‘The World Police’ justeru kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi, sekaligus bakal menyaksikan kedudukan ‘non-committal’ di segi campurtangan Amerika dalam konflik-konflik dunia.
11. Senario ini serentak akan menampilkan kuasa-kuasa besar yang lain seperti Rusia dan China untuk berperanan. Terdahulu dari Trump lagi, Rusia dan China telah mengintai-ngintai membina pengaruh mereka dalam pelbagai konflik serantau.
12. Dasar ‘America First’ juga bakal menyaksikan sebuah ‘super-power’ mengambil pendekatan yang ‘protectionist’ dan bersifat ‘nationalist’, serentak menamatkan perjanjian ‘multi-lateral’ seumpama TPPA yang didakwa merugikan kuasa tunggal Amerika itu. Berjaya atau tidak Amerika lakukan itu bicara di pentas lain.
13. Pokoknya, senario ini sememang membuka China, yang merupakan sebuah negara ‘Lebihan-Dana’ (Capital-Surplus’) dan juga seumpama Timur-Tengah, bagi merebut peranan sebagai pembekal dana atau ‘capital’ kepada negara-negara ‘Defisit-Dana’ atau ‘Capital-Deficient’. Malaysia adalah contoh negara yang memerlukan dana atau FDI.
14. Lalu, apa masalahnya tindakan Najib yang berjaya menjana kemasukan dana asing atau FDI ke dalam negara? Mengapakah pembangkang terus mengkritik kejayaan Najib, sementara negara-negara lain berdepan kesukaran untuk mendapatkan pelaburan asing untuk memacu pembangunkan negara mereka?  Ya begitu hujahnya seraca simplistik dan lurus.
15. Kita cermati dengan baik serta bertanggungjawab diskusi tentang tajuk penting ini. Di akhir nanti akan dapat kita tentukan apakah polisi dan dasar yang perlu dipacu Amanah dan rakan-rakan Pakatan Pembangkang, andainya kita ambil aleh Putrajaya selepas PRU ke14.
16. Membincangkan setiap urusniaga dan pelaburan secara objektif memerlukan kita untuk mendapatkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat ‘value for money’ atau ‘nilai untuk wang’ kita.
17. Daripada sekadar membariskan dan mendedahkan pelbagai urusniaga, ada yang lebih kontroversi dari yang lain, diantara dua negara ini, penulis gariskan beberapa prinsip penting dalam menangani pelaburan asing langsung, tidak kiralah darimana sekalipun.
18. Pertamanya, pelaburan asing semestinya melalui satu prosedur yang telus, bebas rasuah dan salah-guna kuasa. Bagi menjamin ‘value for money’, unsur rasuah atau ‘kickbacks’, komisyen atau apa pun namanya mesti dihindarkan agar rakyat dan pembayar cukai akan menikmati pulangan sebenarnya.
19. Yang menjadi pertikaian dalam projek Laluan keretapi Api Pantai Timur (ECRL) adalah kenapa projek berharga RM55bn diberikan tanpa tender. Menjadi lebih kontroversi kerana pihak perunding kerajaan sendiri menganggarkan kos projek berharga RM30bn. Isu seumpama ini yang kerap menghantui pihak pembangkang dan juga analysts.
20. Aspek kedua adalah untuk mempastikan bahawa jualan aset kritikal dan strategik mesti dikawal dengan rapi. Walaupun sukar untuk ditakrifkan apa itu strategik aset, namun sebagai sebuah negara martime dan terletak di Selat Melaka yang penting dan perairan Laut Cina Selatan yang penuh kontroversi.
21. Tidak perlu ditonjolkan bahawa Laut China Selatan itu sentiasa penuh kontroversi dan berdepan dengan krisis keselamatan yang semakin meruncing tanpa strategi dan penyelesaian rapi dan tuntas.
22. Kita akan memerhatikan bahawa China juga unik dalam menumpu aset kritikal dan strategik negara..yakni ..pelbagai projek pelabuhan di Malaysia secara serentak termasuk..Soal besar Mengapa..? Setiap satu pelabuhan punya naratif tersendiri di segi perdagangan dan geo-politik…
Pelabuhan Kuala Kedah, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Kelang (Pulau Carey), Pelabuhan  Kuala Linggi, Pelabuhan Melaka, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Samalaju (Sarawak)..
23. Implikasi ke atas keselamatan negara sekiranya sebuah negara kuasa dunia mendominasi prasarana pengangkutan yang pastinya kritikal buat kita perlu dinilai secara komprehensif. Mungkin juga perlu ada satu kajian yang mendalam untuk mempastikan aset aset kritikal seperti ini tidak bolih diberi pegangan kepada pihak asing. Kerajaan Amanah dan Kerajaan Pakatan Harapan Besatu akan pasti menilai semula.
24. Kebaikan FDI sebagai membantu merangsang ekonomi tempatan termasuk membawa perpindahan teknologi (advanced technology..manufacturing, solar etc) serta membangunkan infrastruktur sememang sebab mengapa FDI menjadi persaingan negara-negara membangun yang kurang dana. Namun andainya FDI gagal menjana pekerjaan untuk rakyat tempatan dan perpindahan teknologi khususnya FDI dari PRC, maka tidak besar menafaat kepada rakyat tempatan.
25. Akhirnya sekali, pelaburan yang baik adalah pelaburan dalam industri yang menjana nilai-tambah yang tinggi, yang akan menjana produktiviti tinggi lantas pendapatan tinggi.
26. FDI dalam aspek hartanah adalah tidak diperlukan kerana kita sudah cukup ramai pemaju gergasi yang mempunyai kekuatan kewangan dan kepakaran untuk membangunkan pelbagai projek hartanah di.seluruh negara. Bahkan mereka juga membuat pelaburan seantero dunia.
27. Justeru projek seumpama Forest City yang menelan RM100bn di atas lautan ditambak di Johor Bahru adalah bandar buatan China yang amat mencabar, bahkan menakutkan. Dengan anggaran meletakkan 1juta rakyat China dan Singapura, Forest City bakal menjadi Shenzhen ke-2. Itu satu aspek, dan kesan baik-buruk perlu dibuat penilaian lebih awal lagi.
28. Namun yang menjadi kekhuatiran buat kini, ia bakal menjadi ‘Ghost City’ atau ‘Bandar  Hantu’ mengikut ramalan seorang perunding veteran dalam bidang hartanah. Apakah akan terjadi seandainya berlaku gendala ‘pelaburan dari Cina’….(seperti Capital Control dalam laporan ini)??? Sebutan tentang ‘belon hartanah’ atau ‘property bubble’ akan meletup bukan perkara baru, akibat pembeli dari PRC kerana sekatan kawalan kapital. Bahkan bandar-bandar besar seperti Vancouver, Sydney dan New York acap disebut sebagai bakal menjadi mangsa.
29. Data Pusat Informasi Hartanah Nasional (Napic), menunjukkan pemaju tempatan sendiri akan membangunkan 350,000 unit rumah kenadiaman dalam waktu mendatang ini. Apakah akan berlaku lambakan hartanah..dan benar2 akan menjadi “Ghost City”….?!
30. Tegasnya, samada pelaburan dari China  mahu dari mana sekalipun, ia mestilah memenuhi kepentingan negara dan akhirnya bermenafaat untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.
31. Sebagai penutup, bukan Dominasi China ke atas Malaysia tercinta ini yang kita dikhuatiri. Sememangnya mereka punya pelbagai rancangan sebagai kuasa besar untuk mendominasi rantau bahkan dunia ini. Pelbagai  istilah sudah digunakan ke atas Cina sebagai kuasa Dunia Baru…tidak ada syak lagi termasuk satu jolokan agenda ‘Neo-Mercantalist’ China… (aka Neo-Imperialis Cina).
32. Strategi ‘One Belt One Road’ atau OBOR, sebagai contoh, bukan hanya sekadar strategi pembangunan wilayah PRC. Prioriti China adalah untuk membangunkan kepentingan perdagangan sekaligus geo-politik, akhirnya mendominasi politik rantau Asia Tenggara. Perlu ada bacaan dan akumen politik menyonsong ke situ dalam jangka panjang.
33. Sebaliknya, tindakan culas (reckless) dan bersifat melepaskan kepentingan jangka-pendek penguasa politik di Putrajaya itu yang sepatutnya dibimbangi serta disemak-imbanggi rakyat. Istilah “Najibizing” dasar luar dan dasar ekonomi negara serorang PM yang berang diberi jolokan seorang ‘Kleptokrat’ adalah amat malang sekali buat negara. Dalam kebencian Najib kepada Dap dan kaum Cina dengan sindiran Tsunami Cina ketika kalah undi popular pada PRU k-13 dahulu, hari ini beliau tida segan-silu melutut kepada kauasa Komunis China….Amat ironis sekali. Alahai orang politik!
Kritikan  Amanah dan Pakatan Harapan Bersatu serta serangan dilancarkan pada setiap langkah Najib Umno-BN yang sumbang dan tempang, adalah supaya kedaulatan negara tetap diperjuangkan dan keselamatan rakyat di negara tercinta ini tetap terjamin.
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: