Skip to content

‘Pakatan Bantah Keputusan Bina Infrastruktur Nuklear. Perlu lebih cermati di segi Kos dan Risiko khasnya slps Fukushima..

March 9, 2017
*RISIKO PEMBINAAN INFRASTRUKTUR NUKLEAR TIDAK BERBALOI*
Pakatan Harapan membantah keras cadangan kerajaan Umno BN berkaitan pembinaan infrastruktur nuklear di negara ini kerana kos dan risikonya terlalu besar.
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang menyatakan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk nuklear itu disifatkan sebagai suatu langkah regresif. Malah, negara luar seperti Jerman juga sudah melupakan cadangan sedemikian selepas tragedi nuklear Fukushima, sebaliknya beralih kepada tenaga  kincir angin.
Pembinaan infrastruktur nuklear  juga berbahaya jika berlaku gempa bumi. Sekalipun Malaysia tidak tergolong dalam negara di garis gempa bumi tetapi kajian menunjukkan garisan itu sudah berubah sejak kejadian gempa di Gunung Kinabalu, Sabah.
Daripada segi kos pula, Ucsusa.com menyatakan dalam perbelanjaan pembinaan generator dan penyelenggaraannya amat tinggi iaitu antara $2 hingga $4 bilion, malah boleh mencecah $9 bilion (RM40.5 bilion). Kos kilowatt per hour juga tinggi. (rujukan:
http://www.ucsusa.org/nuclear-power/cost-nuclear-power#.WL-9XNKGO1)
Pakatan Harapan khuatir kos semahal itu akhirnya terpaksa ditanggung rakyat apabila harga pelbagai barangan naik akibat kesan domino. Sedangkan, rakyat sedia kala terhimpit dengan bebanan pelbagai kenaikan harga.
Tambahan pula, reputasi kerajaan Umno BN berdasarkan rekod pembinaan projek-projek mega/besar di negara kurang memuaskan, seumpama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu runtuh pada 2013.
Kami turut khuatir tragedi sedemikian berulang akibat kesilapan atau kecuaian ketika pembinaan dan operasi, selain kemungkinan juga wujud unsur rasuah.
Pakatan Harapan berpendapat, kerajaan Umno BN sepatutnya mempergiatkan lagi penyelidikan dan penggunaan teknologi hijau dan tenaga boleh baharu (TBB), bukannya mengembangkan pembangunaan infrastruktur nuklear yang berisiko besar.
Umpamanya, Malaysia harus mengoptimumkan upaya teknologi solar, lebih-lebih lagi negara ini memiliki kelebihan kerana menerima cahaya matahari sepanjang tahun.
Malaysia juga boleh meneruskan kajian R&D berkaitan tenaga ombak yang pernah dijalankan universiti di negara ini. Malah, kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk mengkomersilkannya.
Malaysia juga ada pilihan lain yang lebih baik dengan mengutamakan teknologi biomass. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan mampu menjana tenaga elektrik. Secara tidak langsung, ia juga boleh mengurangkan masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia.
Sehubungan isu kecekapan penggunaan tenaga dari Bakun dan kabel dasar laut untuk Semenanjung Malaysia, Hansard Dewan Rakyat masih boleh dirujuk tentang jawapan mantan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sedikit waktu dahulu. ‘Analisis yang dilaksanakan menunjukkan bahawa kos untuk mendapatkan bekalan elektrik dari Hidro Bakun bagi tempoh jangka panjang adalah lebih rendah daripada kos mendapatkan bekalan elektrik daripada loji-loji janakuasa gas dan arang batu’, serta pastinya lebih murah daripada penjana nuklear.
Tegasnya, kenyataan menteri di JPM itu adalah sangat mengecewakan rakyat. Ia sekaligus mengundang perbahasan yang mesti dicermati berasaskan pengetahuan saintifik terkini bersekali dengan mengambil perhitungan pengalaman tragedi kemanusiaan yang amat dahsyat.
Penyaluran bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun, Sarawak ke Semenanjung Malaysia melalui kabel dasar laut adalah penting bagi menjamin bekalan elektrik yang mencukupi, berdaya harap dan pada harga yang berpatutan kepada pengguna di Semenanjung.
Analisis ‘Cost-Benefit’ akhirnya tentu memerlukan tekunan dan perdebatan yang bertanggungjawab oleh pelbagai pihak ‘stakeholders’, dalam masa yang panjang.
*PAKATAN HARAPAN*
*YB Hajah Fuziah Salleh*
Parti Keadilan Rakyat
(PKR)
*Dr Dzulkefly Ahmad*
Parti Amanah Negara
(AMANAH)
*YB Charles Santiago*
Parti Tindakan Demokratik
(DAP)

Pakatan bantah loji tenaga nuklear kerana ‘tidak berbaloi’

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: