Skip to content

‘Anjakan dasar luar’ ke China kerana saman DOJ? – A Dangerous Game!

November 8, 2016
Dzulkefly Ahmad     4 Nov 2016, 3:47 petang     4 Nov 2016, 3:51 petang (revised version).

 

Politik negara kita ini sememangnya tidak pernah sunyi dengan keterujaan. Tidak pernah ada saat-saat bosan dalam politik Malaysia mengikut pengamatan cerdik pandai politik atau pundit politik.

Cuma apabila pimpinan nombor satu disaksikan membuat ‘anjakan besar’, dentumannya jauh lebih dahsyat.

Ya, Datuk Seri Najib Razak berhak membuat apa pun kegiatan pelaburan dan di mana beliau merasakan wajar dan perlu, terkini di China yang menelan ratusan bilion ringgit, RM144 secara tepat.

Namun ‘menjual’ negara secara berlebihan dan melampau, tamabahan jika termasuk aspek keselamatan, bukan perkara biasa. Agak keterlaluan.

Pelbagai ‘cerita biasa’ akibat urusniaga bobrok sudah mula terbit tentang perihal pelaburan ini, menelan puluhan bilion ringgit. Contohnya kos East Coast Rail Link yang dinaggarkan olih RM30bilion olih pakar-pakar melonjak ke paras RM55bilion mengikut Najib dan RM46bilion mengikut laman web China Communications Construction Company (CCCC) Malang!

Mungkin juga releven mengingatkan Najib kata hikmat Guru Pelaburan: “Jangan letak semua telur dalam bakul yang sama”. Najib pastinya faham tetapi punyai perhitungan tersendiri.

Tambahan serangan tajam Najib ketika dalam lawatan ke negara China, yang diarah khusus kepada “bekas kuasa penjajah” sekaligus dibaca sebagai ‘anjakan dasar luar’ Malaysia.

Najib baru saja bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama. Dunia tahu.

Apakah punca peralihan ini? Jelas saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ).

Bukan saja kerana anak tirinya Riza Aziz disebut dalam saman DOJ, Najib juga disebut dengan nama Malaysian Official 1 ( MO1). Beliau tentunya amat gusar dan tersangat berang.

Kendatipun demikian, apakah kerana imej atau maruahnya tercalar lalu Najib membuat perubahan dasar luar Malaysia?

Isu bipartisan

Persoalan maha besarnya ialah, wajar dan layakkah Najib membuat penetapan dasar luar yang mempunyai impak geopolitik dan risiko strategik ketika dalam kedudukan yang nyata dilihat sebagai tidak kukuh atau compromised?

Putrajaya, kabinet dan parlimen mesti membahaskan perkara ini secara serius dan penting kerana berpotensi meletakkan, bahkan meledakkan negara dalam kedudukan compromised serta terdedah kepada kuasa hegemoni baru di rantau ini yakni China, secara asymmetrical atau tidak seimbang.

Neologism Chinese Century bukan satu omongan kosong khususnya di rantau ini. Memjerumuskan negara dalam persaingan kuasa hegemoni di antara dua kuasa dunia ini terutamanya akibat kepentingan diri dan keluarga, perlu lebih dicermati dan ditekuni keseluruhan dampaknya.

Pastinya langkah ini ditanggapi bijak pandai atau pundit strategi sebagai paling tidak bijak bahkan outrightly reckless atau tidak bertanggungjawab.

Perubahan dasar luar dinilai dengan faktor-faktor kritikal geostrategik secara menyeluruh dan seimbang.

Demi cinta kepada negara, harap perkara ini mendapat perhatian wakil pilihan rakyat di Dewan Rakyat dari kedua belah pihak. Ini adalah isu bipartisan.


DZULKEFLY AHMAD pengarah strategi Parti Amanah Negara (AMANAH).

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: