Skip to content

Idris Jala berpada-padalah buat pengumuman ‘pendapatan tinggi’…kesian cerita khayalan buat rakyat teramai.

August 27, 2016

Idris Jala, berpada-padalah buat pengumuman ‘pendapatan tinggi’….kesian rakyat teramai.

1. Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), DS Idris Jala negara terlepas dari ‘Perangkap Pendaparan Sederhana’ dan kea rah menjadi sebuah Negara Maju, tidak mendapat sorakan gemuruh. Sebabnya akan saya butirkan.
2. Beliau dakwa pendapatan negara kasar (PNK) per kapita berkembang daripada US$7,950 kpd US$10,760 (US$1 = RM3.99) antara 2009 – 2015, mendekati pendapatan tinggi US$15,000 pada 2020 seperti ditetapkan oleh Bank Dunia.
3. Hutang negara didakwa diurus baik dan defisit fiskal dijangka menguncup dari 3.2% KDNK akhir tahun 2015 ke 3.1% pada akhir tahun 2016.
4. Ada apa pada angka-angka itu Pemandu dan Putrajaya? Perihal hutang acap saya komentar. Kali ini saya fokas perihal gaji dan kerana apa ia akan menggagalkan pacuan ke arah ‘pendapatan tinggi’, secara ringkas. Faktor lain seperti gangguan atau pengherotan pasaran akibat monopoli pihak GLCs ke atas pasaran, sekaligus sentimen pelaburan swasta tidak dibincangkan disini. Begitu juga hal 1MDB dan hutangnya RM50b bersamaan 5% KDNK…..
5. Penghujjahan..
i.Bisnes tidak serancak dulu dan kini pertumbuhan pinjaman, ukuran kerancakan bisnes, adalah paling rendah dalam 9 tahun yang mutakhir ini…
ii. Keuntungan korporat (corporate earnings) nyata merosot dan
iii. kadar pembuangan pekerja (retrenchment) terus meningkat mengikut data resmi Jabatan Tenaga Kerja dalam tahun 2015 dan akan menjadi lebih parah (anaemic) dalam 2016.
iv..Pertumbuhan di sektor ‘retail’ (peruncitan) menjadi negatif 4.4% dalam suku kedua tahun ini berbanding pertumbuhan 4% dalam suku kedua tahun lalu. Tanda perbelanjaan domestik menjunam.
v.Tujuan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar faedah (OPR), antara lainnya, bagi merancakkan perbelanjaan (spending) dalam suasana ekonomi tempatan serta global suram dan melembap.
vi. Ada pakar-pakar ekonomi meramalkan ‘recession’ pada tahun 2018 atau lebih awal. Lebih mencemaskan.
vii. Majikan tidak lagi dapat menaikkan gaji pekerja kerana bisnes perlahan. Sebaliknya pula, kalau pekerja tidak berbelanja kerana tidak punya wan
g utk berbelanja (disposable income), akhirnya majikan akan menerima padahnya, kerana ‘permintaan’ untuk barangan dan perkhidmatan (goods and services).
viii. Mengikut Jabatan Statistik bulan Jun tahun ini, pertumbuhan kenaikan gaji ialah 6.7% untuk tahun lalu…kawasan bandar adalah lebih rendah yakni 3% tetapi diluar bandar sebanyak 9%.
ix. Dengan mengambil kira faktor inflasi, maka kenaikan gaji sebenar (real wages) di kawasan bandar adalah lebih rendah dari 1%.
x. Kuala Lumpur, Pulau Pinang, mereka tidak kecapi peningkatan pendapatan langsung, setelah ditolak faktor inflasi! Gaji penengah (median wage) rakyat Kuala Lumpur masih dilaporkan hanya berjumlah RM2,200 sebulan (RM26,400) atau bersamaan PNK per kapita US$6,616 (berbanding yang diwarwarkan Idris Jala sebagai US$10,760 (purata). Bayangkan perbezaan dengan data Idris Jala untuk warga KL! Adooh…!
xi. Pemandu juga patut setiap 1RM keuntungan yang dijana di M’sia; pekerja (buruh atau labour) hanya dapat 35 sen, sementara majikan (pemilik kapital) 60sen dan kerajaan 5sen. Begitu nisbah pembahagian keuntungan.
xii. Berbanding jiran Singapura, pekerja mendapat 42 sen, majikan 47 sen dan kerajaan 11 sen! Negara-negara maju yang lain pun begitu atau lebih baik. Apa sebabnya?
xiii Perubahan struktural dalam ekonomi diperlukan. Tinggalkan pergantungan kepada industri dan kilang yang nilai-tambahnya rendah, yang memerlukan tenaga kerja yang berketrampilan rendah. Keuntungan juga rendah. Lazimnya regim pendapatan atau skima gaji mereka juga rendah.
xiii. Kebergantungan kepada ekonomi yang berteraskan mengekspot komoditi asas (kelapa sawit, CPO, getah dan minyak mentah) juga adalah punca masalah. Kesemua ini akan membuat pergantungan kepada pekerja asing, serentak tidak akan menggalakan kenaikan gaji di pasaran buruh.

Rakyat selalunya menyalahkan bebanan kos saraan hidup yang tinggi akibat penarikan subsidi dan penguatkuasaan cukai regresif seperti GST. Ini memang benar. Namun faktor gaji (wages) yang rendah juga adalah sebab penting.

Kerajaan perlu membuat reformasi struktural ekonomi ini, kerana andainya skima gaji pekerja dapat dipertingkat (tak cukup dengan ‘gaji minima’ shj), sekaligus cukai yang progresif seperti cukai pendapatan (income tax), akan dapat dijana bagi meningkatkan pendapatan (revenue) kerajaan.

Seluruh reformasi struktural ini mesti dimulakan. Sebaliknya pula kerajaan perkenalkan cukai regresif seperti GST serta terus mengherot pasaran dengan persaingan GLCs yang dibantu dengan monopoli seperti pemberian APs kepada kroni.

Harap Idris Jala berpada-pada membuat pengumuman di masa akan datang….kesian rakyat sebab semua cerita perihal negara maju dan berpendapatan tinggi telah menjadi cerita khayalan buat rakyat teramai.

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi,
Parti Amanah Negara
25 Ogos 2016.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: