Skip to content

Bila lagi Peguam Negara mahu bertindak..?!

August 23, 2016

Bila lagi Peguam Negara mahu bertindak ?

  1. Sangat malang, ketika Peguam Negara dari jabatan Kehakiman, Amerika Syarikat (DoJ), Peguam Negara Switzerland bersekali dengan Money Authority of Singapore (MAS) yang merupakan Bank Pusat negara itu, telah semua bertindak ke atas pesalah-pesalah dan perbankan yang terlibat dalam ‘konspirasi antarabangsa’ dalam pengsonglapan dana 1-MDB, termasuk memulakan ‘forfeiture of assets’ seumpama dilakukan DoJ, Peguam Negara Malaysia mendakwa segala-gala masih lagi dalam tahap siasatan.
  2. Peguam Negara Malaysia adalah merupakan seorang penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia sekaligus juga merupakan Peguam dan Pendakwa Raya bagi Kerajaan. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Beliau seorang seorang shj yang berkuasa mendakwa!
  3. Kalau benar-benar kita tidak mempunyai kemampuan untuk menyiasat secara forensik dan cekap, bukanlah lebih baik kita membantu segala siasatan yang sedang dilakukan oleh jurisdiksi negara-negara asing tersebut. Lagi pun yang didakwa dirompak adalah syarikat milik Malaysia dan milik rakyat Malaysia seluruhnya.
  4. Sesungguhnya kita tidak perlu tunggu dan lihat apa kesudahan kes saman sivil yang difailkan oleh DoJ di United State District Court, di Los Angeles, California sebelum kita bertindak dalam jurisdiksi atau kerangka perundangan negara kita yang berdaulat yang mendukungi Kedaulatan Undang-Undang atau Rule of Law.
  5. Sudah cukup bukti prima facie untuk Shahrol Azral Helmi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1-MDB (dulunya Terengganu Investment Authority-TIA) untuk didakwa atas pelbagai kesalahan. Kalau kita membaca dengan teliti Laporan PAC tersebut (dari muka surat 98 – 101), Shahrol telah melanggari serta membelakangi Lembaga Pengarah (BOD) sebanyak 19X, menipu (deceived) BOD 6X dan menipu 3X pihak Auditor.
  6. Laporan PAC juga telah secara khusus (di muka surat 106) menyebutkan…PAC berpendapat bahawa mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi perlu mengambil tanggungjawab untuk kelemahan dan kekakngan-kekangan tersebut. Oleh itu, pihak agensi penguatkuasa diminta untuk membuat siasatan.
  7. Pelanggaran pertama dalam terbitan ‘Islamic Medium Term Notes (IMTN), bermula Mac 2009 lagi, yang justeru kerana tidak diambil tindakan secara tegaslah, pada pandangan saya, adalah penyebab seluruh kegiatan pengsonglapan yang sememang jelasnya seperti didakwa DoJ sebagai satu rancangan ‘international conspiracy’ untuk ‘merompak’ 1MDB oleh pegawai-pegawai tinggi 1-MDB dan seluruh kuncu-kuncu antarabangsanya dapat dilangsungkan bermaharajalela selama hampir 5 tahun (2009-2014).
  8. Bermula di situlah..seperti yang dokumen DoJ (136 ms) sifatkan sebagai “Jalur Good Star”, kemudian diikuti dengan “Jalur Aabar-BVI” dan akhirnya “Jalur Tanore”. Rompakan sempurna dengan tahap terkahir ‘Jalur SRC International’ (tidak dilaporkan DoJ. Terdapat dalam WSJ -sumber oleh Msian Investigators). Sebahagian dana yang dirompak inilah (dari keempat2 jalur) yang dipindahkan ke Amerika Syarikat (kurang lebih US$3.5b atau RM14.1b) dengan pelbagai cara atau kaedah “layering’ (perpindahan berlapis-lapis) dan kemudian digunakan membeli pelbagai aset hartanah mewah, jet peribadi, yatch mewah, berjudi dsbnya. Tindakan DoJ adalah ke atas ‘wang haram’ ini yang dibawa masuk ke perbankan di USA untuk “dicuci atau didobi” (laundry) dengan pembelian aset-aset mewah ini…..
  9. Untuk ingatan umum dan rakyat seluruh, terbitan IMTN pertama itu sebanyak RM5,000,000,000 menggunakan prinsip Murabahah dengan kadar keuntungan (profit rate) pada 5.75% akan matang pada 2039.
  10. Pada 2039 nanti jumlah kupon seluruhnya (finally) yang telah dibayar adalah RM6,612,500,000 dan dengan bayaran balik pokok principle (nilai asal atau face value – at par) sebanyak RM5,000,000,000 maka jumlah besarnya (total obligation) 1-MDB (kini dibayar Kerajaan) ialah sebanyak RM11,612,500,000!
  11. Manakan hendak dicari sumber dana untuk membayar semua ini, sebab 1-MDB tidak punya apa-apa pendapatan ‘cashflow’ atau ‘income stream’ (pendapatan) dari pinjaman RM5b IMTN ini?!…akhirnya tentu akan diBailout oleh Kerajaan dan dibayar Rakyat! Terkini, jumlah hutang 1-MDB telah mencecah 5% (RM50b) dari GDP (KDNK-RM1000b)…Bunga atau interest sahaja sudah cukup membebankan…kalau dikenakan contoh 5% bunga atau interest adalah sebanyak RM2.5b setahun atau RM208juta sebulan…dan ini bayaran Bunga atau Interest sahaja! Celakalah kesemua penyangak yang terlibat menjahanamkan kewangan dan sumber kekayaan negara ini! Anda adalah sangat khianat kepada Rakyat dan Negara !!! Bayangkan berapa banyak bantuan dan projek yang kita boleh bangunkan untuk rakyat…sekolah, hospital, perumahan dan universiti!
  12. Bila lagi hendak kita saksikan Peguam Negara bertindak? Kalau Peguam Negara takut untuk bertindak ke atas Pengerusi Lembaga Penasihat 1-MDB, kerana beliaulah pada hakikatnya yang bertanggungjawab ke atas 1-MDB ciptaannya itu juga, paling tidaknya mulakan dengan mantan CEO 1-MDB itu…! Jangan tangguh-tangguh lagi….! Amarah rakyat sudah tidak dapat dikawal lagi..Justice Delayed Is Just Denied!

 

 

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi

Parti Amanah Negara, 23 Ogos 2016.

 

 

 

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: