Skip to content

Kesimpulan Perbincangan Meja Bulat. Kemiskinan Masyarakat Melayu Luar Bandar

May 14, 2016

Para Hadirin

Jay Jay Denis  (Pejabat MP Kelang)

Dzulkefly Ahmad  (Amanah)

Gooi Hsiao Leung  (KeAdilan)

Azlan Awang  (MTEM)

Tian Chua  (KeAdilan)

Jayanath Appudurai  (SABM)

Sivarajan Arumugam  (PSM)

Khaw Seng Hean  (PSM)

Jeyakumar Devaraj  (PSM)

Raja Kamarul Bahrin  (Amanah)      

Shamsul Iskandar  (KeAdilan)

Maryam Lee  (Projek Dialog)

Liyana Sarah Rizal  (Projek Dialog)

Subramaniam Pillai  (Aliran)

Md Nasir Tampol  (Ikram)

Gopalan Papachan  (Amanah)

Abdul Hafidzi Hasjim  (Ikram)

Musaddeq Khalid  (Amanah)

Kesimpulan Perbincangan Meja Bulat.   

Kesmiskinan Masyarakat Melayu Luar Bandar

Sesi Pertama: Mengapakah pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,200 untuk 45% keluarga Melayu luar Bandar?

  1. Saiz tanah tidak mencukupi

–          Di kawasan Sg Siput, 25 antara 28 penoreh getah mengushakan tanah seluas 3 ekar ke bawah. Dan 16 daripada bilangan ini menyewakan tanah dengan kadar 10:60 ataupun 50:50.

–          Sistem warisan Islam mengakibatkan pengurangan saiz tanah

–          15 ekar sepatutnya menjadi garis panduan asas bagi pesawah padi. Tetapi kebanyakan pesawah di Kedah mengusahakan tanah 5 ekar ke bawah dan menerima pendapatan di paras RM 500 sebulan.

  1. Monopoli industri beras

–          BERNAS, sebuah syarikat swasta, menjadi satu-satunya ‘pengawal’ bagi industri beras.

–          Subsidi baja (dengan peruntukan RM 500 juta dalam Badget 2016) tidak mencapai matlamatnya. Ramai pesawah mengadu baja yang dibekalkan oleh kontraktor yang ditugaskan tidak sesuai untuk tanaman padi. Mereka terpaksa jual ke lading kelapa sawit.

–          Subsidi yang ditujukan pada kilang-kilang “mill” padi kecil milikan Bumiputra tidak dikendalikan dengan betul. Oleh itu, mill milikan Bumiputra telah kurang daripada 100 beberapa tahun dahulu ke lebih kurang 30 sekarang.**

–          Program ST15 (yang pada badget sebelum ini diperuntukan RM 528 juta dihentikan di dalam Bajet 2016 kerana kerajaan sedar subsidi ini disalahgunakan.

–          Kesemuanya peruntukan subsidi untuk sector pesawah padi adalah RM 2.2 bilion. Tetapi keberkesanannya adalah diragui.

 

  1. Fokus kerajaan adalah pada pembangunan bandar. Sektor pertanian tidak diberi keutamaan.

 

  1. Permintaan untuk getah di pasaran dunia kurang daripada kapasiti pengeluaran getah. Pada takat ini Malaysia mengeluarkan 1 juta tonne getah setiap tahun ia-itu lebih kurang 8% pada jumlah total. Kita merupakan pengeluar ke 4 terbesar di dunia – Indonesia, Thailand dan Vietnam mendahului kita.

–          Ada kemungkinannya permintaan getah diperengkat dunia tidak akan berkembang dengan pesat. Oleh kerana masalah pencemaran alam sekitar, Negara Cina sedang ambil langkah untuk menyekat penambahan kereta di Negara itu, yang merupakan pengeluar kereta terbesar di dunia.

 

  1. Industri perikanan memerlukan perlindungan daripada kapal perikanan dari luar Negara. Ada antara kapal periakanan Vietnam yang memegang lessen tempatan yang diperolehi oleh VIP Malaysia. (Para nelayan tempatan pernah meminta senarai individu yang diberi lessen menangkap ikan, tetapi pihak atasan enggan membekalkan senarai ini.)

–          Kapal perikanan Vietnam adalah bersenjata dan mereka agresif.

–          Pihak penguatkuasa zon tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.

–          Ada juga kapal dengan lessen bermuat cargo yang juga tangkap ikan.

–          Pendapatan pekerja industri ikan di Kemaman meningkat sebanyak RM14 dalam 10 tahun (RM400 – RM414).

  1. Tahap kecekapan dalam agensi kerajaan untuk membantu petani dan peladang amat kurang. Kerap kali benih ataupun seedling yang dibekalkan oleh Risda untuk getah ataupun kelapa sawit tidak berkualiti tinggi. Pengeluarannya tidak memuaskan. Kecuaian dalam pembekalan seedling menjejaskan pendapatan pekebun itu untuk 20 tahun!!

Kadang kala baja yang ditawar oleh agensi kerajaan tidak begitu sesuai untuk tanah yang diusahakan.

 

  1. Peladang tidak dapat akses kepada pasaran untuk menjual pengeluaran mereka, cth: buah-buahan.
  1. Masalah pengangguran tersembunyi di kalangan masyarakat kampong luar Bandar. Itulah sebabnya di banyak skim FELDA ada tiga adik beradik yang usahakan lot 10 ekar yang diberi pada bapa mereka yang rupakan peneroka asal skim itu. Kekurangan peluang kerja adalah punca masalah seperti ini. (Isu saiz tanah dalam poin 1 adalah berkaitan .)
  1. Kehadiran 5.5 juta pekerja asing (hanya 2.3 juta dengan dokumen sah) menjejaskan situasi kaum B40 luar Bandar seperti berikut

–          Peluang dapat kerja di kilang-kilang ataupun sector perkhidmatan (7-11, stesyen minyak dll) tersekat kerana majikan lebih suka mengupah pekerja asing kerana mereka boleh dikontrol lebih senang. (Perkara ini ada berkaitan dengan poin 1 – saiz tanah)

–          Gaji pekerja kontrak di sector pertanian juga merudum kerana pekerja asing tanpa izin sedia menerima gaji yang lebih rendah daripada gaji minima RM 900. Jadi seorang pekerja tempatan terpaksa terima terma yang diterima oleh PATI jika mahu bersaing untuk kerja yang sama.

–          Se bahagian besar daripada pendapatan pekerja asing dihantar balik ke Negara mereka. (Lebih daripada RM 30 bilion untuk tahun 2014). Jika separuh daripada pekerja asing diganti denagn pekerja tempatan RM 15 bilion akan berkitar di ekonomi tempatan dan membuka peluang busines untuk ramai peniaga kecil.

Sesi Kedua: Bagaimanakah cara untuk meningkatkan pendapatan isi rumah masyarakat Melayu luar bandar?

  1. Bagi Sektor Padi

–          Subsidi harus di teruskan. Kerana jika harga beras di pasaran ditingkatkan keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah di sector-sektor lain akan mengalamai masalah dalam memerolehi makanan.

–          Tetapi langkah-langkah tegas dan berkesan harus diambil untuk memastikan subsidi (yang sekarang berjumlah RM 2.2 bilion untuk pesawah padi) sampai ke pesawah padi.

–          Satu antara caranya adalah untuk memberi voucher pada para pesawah untuk membeli baja dan ubat serangga daripada sesiapa peniaga baja yang mereka sendiri pilih.

–          BERNAS perlu dihapuskan dan Lembaga Padi Negara harus diwujudkan semula di bawah kawalan Kerajaan, dan dengan penglibatan demokratik para pesawah.

 

  1. Bagi sektor Pekebun Getah

–          buat sementara bayaran terus pada penoreh bila harga getah menurun adalah wajib. Mungkin paras harga bila bantuan ini dimulakan boleh ditingkatkan.

–          Untuk jangka masa panjang, kita harus mempelbagaikan aktiviti ekonomi (diversify) penoreh getah kita. Taraf sara diri Negara kita untuk daging kambing adalah haya 10%, untuk susu lembu hanya 5% dan untuk buah-buahan hanya 68%. (Sila lihat Lampiran 9).

–          Kerajaan harus memberi bantuan modal dan teknikal dan latihan bagi pekebun getah mempelopori ternakan kambing, lembu dan ikan.

–          Oleh kerana pemasaran buah-buahan merupakan satu masalah yang besar, FAMA (yang dapat badjet sebanyak RM 170 juta untuk tahun 2016) harus melancarkan skim di mana ia tandatangani kontrak membeli beberapa kilogram buah-buahan seminggu daripada pekebun kecil pada harga yang munasabah. Ini akan menggalakkan pekebun kecil bertukar pada tanaman buah-buahan. FAMA perlu mencari pasaran untuk buah-buahan yang dia tempah begini. Ke kedai-kedai di Bandar kita, ke luar Negara, dan untuk dimengetinkan.

 

  1. Bagi Sektor Nelayan

–          Transparensi dan ketelusan dalam memberikan lesen pada kapal menangkap ikan. Pemilik semua kelas lesen disenaraikan di website Kementerian dan ruang harus dibuka untuk mereka yang ingin menyoal pemberian lesen pada pihak-pihak yang menyewa lesen itu ke pihak nelayan asing.

–          Penguatkuasaan lautan kita harus ditingkatkan dan kaedah kawalan dari udara harus digunapakai untuk memastikan “over-fishing” tidak berlaku.

 

  1. Untuk Memastikan Bantuan Kerajaan sampai ke sasarannya

Masyarakat tempatan harus diperkasakan untuk memainkan peranan yang berkesan dalam mengawal penyelewengan subsidi kerajaan yang ditujukan pada petani dan pekebun berpendapatan rendah. Antara lain –

–            Ketua Kampung harus dipilih oleh rakyat tempatan melalui pilihan raya peringkat kampong. Pada takat ini adalah amalan biasa untuk Ketua-Ketua Kampung untuk dilantik oleh Pegawai Daerah di atas nasihat Ketua Bahagian UMNO. Masalahnya adalah di banyak kes, pihak-pihak yang melantik adalah saspek utama dalam penyelewengan yang kita ingin kawal! (Dalam badget 2016, RM 321.5 juta diperuntukkan sebagai elaun JKKK kampong-kampung. Elaun ini nharus diteruskan, tetapi pemilihan Ketau Kampung harus diserah balik pada masyarakat kampong.)

–          Transparensi harus diamalkan berkaitan peruntukan-peruntukan pembangunan tiap kawasan luar bandar. Jenis projek, spesifikasinya, butir-butir kontraktor dan harga kontrak harus dipamirkan di website tiap Pejabat Daerah supaya orang awam di kampong boleh dapat tahu dan memantau projek-projek tersebut.

–          Menyediakan kooperatif supaya peladang dapat bekerjasama antara satu sama lain – ‘Kuasa kepada peladang’.

–          Penswastaan perkhidmatan teknologi kepada masyarakat berpendapatan rendah luar Bandar harus dihentikan kerana pendekatan sebgini buka ruang penyelewengan. Institusi awam perlu dikuatkan semula

 

  1. Untuk mengendalikan masalah pengangguran tersembunyi

–          Hentikan pengambilan pekerja asing

–          Buka ruang seluas-luasnya untuk mendaftarkan semula 3.5 juta PATI yang sedang berada di Malaysia. (Nampaknya ada satu pendekatan sinis di mana kerajaan menjadikan proses pendaftaran/pemutihan ini terlau sukar dipatuhi supaya memacukan jeritan daripada pihak majikan untuk membawa masuk pekerja asing baru! Ada pihak kontraktor gergasi buruh antarabangsa yang tunggu-menunggu peluang untuk menguat untung besar daripada proses membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh yang telhpun dipersetujui tetapi terpaksa ditangguh!)

–          Ambil tindakan serius terhadap majikan yang mengupah PATI. Hanya menghukum PATI tidak berkesan. Tetapi jika beberapa orang majikan dipenjarakan 6 bulan atas kesalahan ini, sudah tentu mesej akan sampai sasaran.

–          Menggalakkan kilang dan majikan lain mencari pekerja daripada B40 tempatan – di kawasan kampong dan juga di Bandar. Jika ada recruiter yang cari-cari da menawar kerja sudah tentu ramai orang tempatan akan keluar kerja jika pengangkutan disediakan, gaji RM 1000 sebulan dibayar dan  tidak paksaan berkerja 12 jam sehari.

–          Buka ruang untuk pekerja asing mencari majikan baru jika ia dibuang kerja kerana mengadu ke Pejabat Buruh terhadap majikannnya.

–          Program menjana kuasa elektrik daripada sumber yang tidak mencemarkan seperti bio-gas daripada Land Fill, kuasa matahari, kuasa angin dan sebagainya harus dikembangkan di kawasan luar Bandar. Latihan teknikal bagi masyarakat luar Bandar untuk berkerja dalam sektor baru ini harus diberi keutamaan.

Perkara Berbangkit

  1. Ini satu permulaan yang baik. Tetapi tidak boleh dihentikan di sini. Satu jawatankuasa harus ditubuhkan untuk

–          mengkaji semua ide yang dikemukakan,

–          menganjurkan mesyuarat “Town Hall” dengan pesawah padi, pekebun getah, nelayan dan golongan-golongan lain untuk dapat maklumbalas mereka supaya dapat memantapkan lagi syor yang kami sudah syorkan,

–          menjadikan syor-syor ini se bahagian pada Manifesto Politik Pakatan Pembangkang untuk PRU 14.

 

  1. Jawatankuasa ini harus

–          meneliti Kertas-kertas Startegik 2, 3, 4, dan 20 dalam Rancangan Malaysia Ke 11 yang juga menyentuh beberapa perkara ini.

–          Terus membuka ruang untuk NGO dan pihak akademik yang berminat untuk terus melibatkan diri dalam proses ini.

 

  1. Suatu Laporan Ringkas terhadap kandungan sesi perbincangan ini harus disediakan dan diedarkan ke semua peserta  dan juga mereka yang berminat tetapi tidak dapat hadir sesi ini. Dan juga ke Parti –parti pembangkang.

 

  1. Kedudukan Negara seperti Malaysia dalam system ekonomi global tidak menguntungkan kita. Malah kita, Malaysia, dibuli dalam system ekonomi global yang sedia ada. Kita harus menyedari situasi ini dan aturkan startegi untuk mengatasinya.

 

Laporan ini disediakan oleh Jay Jay Denis

dan Jeyakumar Devaraj.

Mei 2016

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: