Skip to content

DEKLARASI RAKYAT: PASTIKAN MILIK DAN PERJUANGAN RAKYAT

March 10, 2016

Kenyataan Media, 10 Mac 2016

  1. 49d235e5cfc8f2908ac3a44d8a7e8bf1_XL-300x300Media print, sosial dan elektronik, sarat dengan plebagai komentar tentang pelancaran Deklarasi Rakyat (DR) #Selamatkan Malaysia. Di persimpangan kritikal dalam sejarah politik negara, harapan menggunung untuk gagasan ini akhirnya akan menjadi sebuah gerakan massa kontemporari seumpama GERAK dan BERSIH.

 

  1. Gagasan yang digerakkan oleh tokoh-tokoh pemimpin masyarakat atas kapasiti diri masing-masing dan bukannya organisasi mereka, dan berciri bi-partisan atau rentas politik, tentunya adalah sangat unik dan dalam liganya tersendiri.

 

  1. Syabas dan Tahniah kepada semua penganjur-promoter dan juga yang bercita-cita hadir tetapi tidak dapat hadir atas apa jua sebab dalam pelancaran #SelamatkanMalaysia ini.

Anda adalah antara ‘Patriot Tulen’ Tanah Air ini!

 

  1. Amat memberangsangkan menyaksikan pemimpin-pemimpin mangsa utama dalam 22 tahun kepimpinan Tun Mahathir yakni Dato Seri Anwar Ibrahim, Yb Lim Kit Siang dan beberapa tokoh lain, bersedia bekerjasama dengan beliau demi rakyat dan untuk kepentingan negara.

 

  1. Ini sekaligus adalah pengumuman tegas dan ingatan keras bahawa negara di ambang keruntuhan yang amat parah yang memerlukan penggemblengan seluruh tenaga rakyat.

 

  1. Sekali lagi perlu ditegaskan gagasan ini bukanlah satu ‘alignment semula’ parti-politik di negara ini. Ia juga bukan satu detik sejarah politik untuk ‘saling melupakan segala kesalahan lama’. Bukan!

 

  1. Sebaliknya ia adalah gagasan untuk semua rakyat yang patriot bingkas bangkit untuk bertindak. Bukan masa untuk mengungkap kisah-kisah silam yang tentunya akan dihakimi sejarah.

 

  1. Lebih khusus lagi, jangan ada di kalangan aktivis dan pemimpin rakyat yang terperangkap dalam pelbagai tuntutan kezaliman penguasa silam, yang pastinya tidak akan dapat diirungkai, dalam waktu terdekat ini, ketika negara diambang kemelut dan krisis yang menghancurkan.

 

  1. Yang perlu didepani dan ditangani segera adalah penguasa zalim sekarang ini, yang sedang merosakkan kedaulatan undang-undang serta segala tata-kelola pemerintahan dan ekonomi-kewangan, akibat kerakusan dan pembolotan dan tabiat pembaziran mereka.

 

  1. Tidak dinafikan wujud perbezaan naratif perbezaan antara Tun Mahathir serta pemimpin BN dan pemimpin NGO serta pemimpin-pemimpin dari parti-parti Pakatan Harapan.

 

  1. Pun begitu suka diingatkan bahawa seluruh penandatangan deklarasi sepakat untuk menjunjung cita-cita gagasan #Selamatkan Malaysia terutama yang tertera dalam artikle 36 (a-d) di bawah ini.

 

Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong.

 

  1. a) Penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

 

  1. b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya.

 

  1. c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

 

  1. d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti Polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

 

  1. Amat mustahak untuk semua pihak memahami sungguh-sungguh cita-cita yang tertera di atas untuk menyingkir Najib Razak dan kuncu-kuncu korup yang telah meruntuhkan negara.

 

  1. Saya mengingatkan semua peribadi pemimpin supaya meletakkan perjuangan ini benar-benar sebagai “Milik rakyat dan ditentukan seluruhnya oleh kepentingan Rakyat”.

 

  1. Rakyatlah mangsa paling besar dan paling teruk menanggung segala kesengsaraan dan kehempitan hidup akibat kebobrokan, kepincangan dan keculasan pemimpin negara mutakhir ini.

 

  1. Justeru jangan ada seorang pemimpin pun di kalangan penganjur gagasan #Selamatkan Malaysia ini, mengambil posisi ‘grandstanding’ (juara) lantas mungkin sahaja boleh menjejaskan wibawa dan keutuhan gagasan rakyat ini kerana sikap-sikap yang melampau dan tidak toleransi (toleransi) pihak lain. Anda semua sememang “Hero Rakyat”. Masa untuk melunaskan tanggungjawab.

 

  1. Bukan semudah menulis sebuah deklarasi sahaja perjuangan ini kerana pastinya penguasa politik yang zalim tidak akan berdiam meskipun ‘penyingkiran’ adalah secara legal dan demokratik.

 

  1. Lalu jangan izinkan perbalahan tercetus akibat perselisihan cara dan kefahaman. ‘Tidak ada seorang kita yang lebih penting dari semua kita’.

 

  1. Seumpama dalam 3 langkah reformasi (A, B dan C) dan Tun hanya bersetuju untuk bersama dalam langkah A, itu pun sudah cukup baik dan Tun mesti diiktiraf atas pengorbanan dan komitmen beliau itu.

 

  1. Namun pada sifat gelombang dan momentum yang bakal dicipta rakyat, tidak ada siapa pun yang dapat menghalang langkah-langkah seterusnya meskipun Tun serta kawan-kawan Umno-BN mahu hanya untuk menyingkirkan Najib dan beberapa pemimpin Umno yang korup itu.

 

  1. Tidak sukar untuk kita fahami akan tuntutan rakyat supaya pembebasan DSAI dilakukan dari sebahagian derap langkah reformasi komprehensif, selaku ikon mangsa kezaliman institusi dan sistem yang gagal dan rosak diperkosa pihak Ekskutif.

 

Ayuh Bersama Rakyat Perjuangkan Agenda #Selamatkan Malaysia.

 

DR DZULKEFLY AHMAD

Pengarah Strategi,

Parti Amanah Negara.

10 Mac 2016.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: