Skip to content

HARAPAN: Kami tak terbabit dengan sidang akhbar Mahathir

March 4, 2016

 


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan beberapa pemimpin pembangkang mungkin menghadiri sidang akhbar esok bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kapasiti peribadi mereka.

Beliau membuat pembetulkan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang pagi tadi berkata HARAPAN dan Mahathir akan mengadakan sidang akhbar bersama esok.

Bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya menjelaskan kepada Saifuddin bahawa wartawan mengambil kenyataannya di luar konteks.

“Saya tidak berada di sana apabila dia (Nurul Izzah) buat kenyataan itu, tetapi dia memberitahu kami bahawa kenyataannya dilapor luar dari konteks.

“Pemahaman saya adalah bahawa dia cuba untuk menjelaskan, esok akan ada pertemuan dengan Mahathir dan dia sedar ada pemimpin Pakatan Harapan yang telah berjumpa Mahathir sebelum ini dan mereka akan menghadiri mesyuarat itu esok .

“Semua ini dilakukan oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan atas kapasiti peribadi mereka sendiri,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Saifuddin, pakatan pembangkang tidak terlibat dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir .

Saifuddin juga menegaskan bahawa jika ada pemimpin HARAPAN yang terlibat dengan cadangan Mahathir untuk membentuk satu kumpulan teras bagi menentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka melakukannya atas kapasiti peribadi masing-masing.

“Tidak ada masalah dengan itu, itu inisiatif sendiri,” katanya.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: