Skip to content

Apabila Pas menjadi Penasihat Kerajaan Umno-Barisan Nasional….

December 29, 2015

Kalau ada yang terlepas baca…..Lazimnya saya memfokas isu-isu rakyat dan negara…tapi kali ini terpangggil untuk menulis topik ini…..

1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan beberapa konsep asas dalam konstruk dan amalan politik yang dianjurkan Islam.

2. Di sana wujud konsep a. An-Nasihah b. At-Tawaasi (Tegur-Menegur) 3. at-Tadaafuq (Semak-lmbang) dan akhir sekali d. at-Tadaawul (Bertukar-Ganti).

3. Sejujurnya saya tidak rasa terpanggil untuk menasihati bekas Presiden saya itu supaya jangan hilang keseimbangan atau tawaazun.

4. Mungkin ada yang menelah elok saya diamkan sahaja biar Pas berkebrentakan. Tapi atas tuntutan “ad-Deenu Nasihah”, maka saya hulurkan nasihat ini.

5. Kalau dulu beliau terlalu ‘keras’ (Syadid) sehingga terhasil apa yang diberi jolokan Amanat Haji Hadi, kini sudah kelihatan bersikap ‘Bermudah’ (Tasaahul) dengan menekankan peranan Pas sebagai Penasihat mengatasi tuntutan dan prinsip lain yang lebih penting.

6. Sejak bila Pas merubah sebegini rupa. Ini jelasnya bukan pendekatan pimpinan Ulama Pas yang terdahulu..seperti Tuan Guru Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz.

Mungkin ada orang berilmu yang bertanggapan, ini bukan ‘Fikrah Taghyir atau ‘Fikrah Perubahan’ tetapi sebenarnya ‘Fikrah Tabrir’ atau ‘Fikrah Memberi Alasan’.

7. Kalau hanya ditekan tentang peranan menasihat, itu bukan peranan utama parti politik Islam. Itu peranan para Mufti, Cendiakawan Islam, agensi-agensi Islam dan NGO Islam terhadap penguasa politik atau pemerintah.

8. Tugas utama parti politik Islam ( dan bukan Islam) adalah untuk ‘Menyemak-Imbang’ pemerintah. Khasnya kerajaan yang didakwa umum sarat dengan segala kepincangan. Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab menyemak-imbang tadbir-urus yang rasuah, boros, bolot dan rakus dan terkenal dengan pelbagai skandal, antaranya PKFZ, NFC, MITP dan terkini 1MDB dan ‘derma’ RM2.6bilion itu?

9. Tidak mudah-mudah untuk ‘melupakan’ dan bukan tugas kita untuk ‘memaafkan’ segala dosa dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh penguasa politik yang telah menzalimi rakyat ntuk kesekian lamanya.

10. Ini termasuklah merampas royalti minyak Kelantan dan menyalahguna akta-akta drakonian yang zalim ke atas penentangan demokratik yang sah oleh rakyat terhadap kerajaan dll.

11. Tentang prinsip ‘at-Tadaafuq’, Firman AlLah dalam 2 ayat di Surah Al-Baqarah : 251 dan Al-Hajj: 40 secara jelas dan tuntas (qat’ie) menegaskan akan peranan dinamika ‘Semak-Imbang’ sebagai jalan atau wasilah membenteras kepincangan dan kebobrokan oleh penguasa politik.

12. Justeru Ulama dan Intelektual Islam menjadikan ini sandaran dalil kepada kepentingan untuk menginstitusikan peranan “Tadaafuq” atau ‘Semak-Imbang’ atau ‘Check and Balance’ dalam tata orde politik bagi mencapai kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

13. Fahaman dan pegangan Pas tentang konsep ‘Muwaajahah Silmiyah’ atau ‘Persaingan Aman secara Demokratik’ sudah kian luntur. Hal Murshidul Am memberi ‘Husnuz dzan’ kepada isu RM2.6 b derma tidak mudah dilupakan umum. Isu undi Budget 2016 juga teramat dikesalkan.
Apa boleh buat kerana itu hak parti membuat pendirian. Rakyat hanya boleh memandang saja dahulu.

14. Riak perubahan dan trend semakin jelas mutakhir ini. Inilah antara sebab utama mengapa kami mengambil keputusan untuk melangsungkan dan perkukuhkan perjuangan Islam ini di luar wadah Pas.

15. Kami yakin Pas dulu bukan begini. Tak tahulah kalau sekarang sudah berubah sejak Tok Guru Nik Aziz tak ada dan kumpulan ‘G-18’ dan yang seangkatan macam kami ini, telah ‘dibersihkan’ sehingga tidak ada lagi suara ‘semak-imbang’ dalam Pas.

16. Justeru Parti Amanah Negara mesti segera memainkan dan mengambil pentas utama bersama rakan Pakatan Harapan untuk meneruskan tugasan penting ini sehingga berlaku perubahan besar dalam negara ke arah Penambaikan atau Al-Islah sehingga terlaksana ‘Malaysia Yang Adil Untuk Semua’ bagi menyerlahkan mesej ‘Islam Rahmat Untuk Semua’

17. Akhirnya prinsip Tadaafuq ini akan membawa kepada situasi dan dinamika perubahan atau peralehan kuasa yang dipanggil dengan konsep ‘at-Tadaawul’, sekiranya diizinkan AlLah dan dimandatkan rakyat, sesuai dengan penegasan firmanulLah..”dan kami silih-gantikan kemenangan itu di antara manusia”..(Surah Ali-Imran: 140).

18. Sheikh Yusuf Qaradawi dan begitu juga Ulama kontemporari lain mengharuskan wujudnya dua atau lebih parti Islam dalam sebuah negara Islam, apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi, justeru kerana maksud dan tujuan ini…yakni untuk ‘Menyemak-imbang’ antara Kerajaan dan Pembangkang bagi mengelakkan pemerintah bersikap kuku-besi, autokrasi, rasuah dan zalim.

Akhirnya dinamika persaingan ini mengharuskan berlaku perubahan yang silih-berganti.. (at-Tadaawul) dalam satu sunnah alam melalui  ‘garis amalan demokrasi berparlimen’ dan Politik Baru yang sihat dan Siasah yang ‘Adil.

Semoga AlLah merahmati Rakyat dan Negara Tersayang ini.

Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Strategi
Parti Amanah Negara
28 hb Disember 2015.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: