Skip to content

MOHON MENTERI DS JAMIL KHAIR SEGERA JELASKAN DAN NAFIKAN DAKWAAN INI…

November 12, 2015

KENYATAAN MEDIA:

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM) DILANTIK OLEH DATO’ SERI NAJIB RAZAK ATAS NASIHAT DATO’ SERI JAMIL KHIR

 

Terima kasih kepada rakan-rakan media yang berani bersama-sama melaporkan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW).

Namun, saya difahamkan usaha media untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak yang berkenaan terutamanya Dato’ Seri Jamil Khir Baharom masih gagal.

Saya kemukakan bukti yang seterusnya yang mungkin menjadi penyebab utama kenapa beliau memilih jalan untuk berdiam diri.

Berikut dilampirkan surat daripada Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam kepada Dato’ Abd Malek Bin Awang Kechil, Pengerusi dan Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Surat tersebut memaklumkan persetujuan Dato’ Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia untuk perlantikan Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.

Dato’ Seri Jamil Khir Baharom turut melampirkan surat beliau kepada Dato’ Seri Najib Razak yang menyenaraikan senarai penuh cadangan beliau bagi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM termasuk Dato’ Abd Malek Bin Awang Kechil sebagai Pengerusi dan Presiden manakala Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO sebagai Timbalan Pengerusi dan Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.

Berdasarkan pendedahan-pendedahan sebelum ini berkaitan YaPEIM termasuk laporan akhbar mengenai siasatan SPR terhadap penyelewengan dana bantuan banjir di Kelantan, pendedahan oleh NOW mengenai dana YaPEIM digunakan ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin serta pendapatan gaji dan elaun yang melampau dikalangan mereka dan ahli keluarga, jelaslah menimbulkan keraguan mengenai kemampuan dan kejujuran Dato’ Abd Malek dan Datuk Siti Zaleha untuk kekal sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.

Persoalannya kini,

  1. Adakah Dato’ Seri Jamil Khir Baharom sedia mengaku kemungkinan berlakunya pecah amanah, ketirisan dan salah guna kedudukan di agensi YaPEIM sedangkan beliau merupakan Menteri yang bertanggungjawab dan keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah dilantik atas nasihat beliau?
  1. Adakah beliau berani mendesak Dato’ Seri Najib Razak untuk memecat kedua-kedua individu tersebut dan ahli keluarga mereka daripada semua jawatan di YaPEIM termasuk kedudukan mereka dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM untuk menghentikan ketirisan yang berlaku di agensi berkenaan?
  1. Atau adakah beliau turut menerima manfaat daripada YaPEIM sedangkan sepatutnya sumbangan derma orang ramai kepada YaPEIM melalui potongan gaji bulanan diuruskan untuk tujuan amal jariah dan membantu orang yang dalam kesusahan?

 Mohon agar Dato’ Seri Jamil Khir Baharom untuk beri maklum balas.

12 NOVEMBER 2015

AKMAL NASIR

Pengarah

National Oversight and Whistleblowers (NOW)

https://www.facebook.com/nowmalaysia

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: