Published: 3 November 2015 Dzulkefly Ahmad
Hakikatnya tidaklah seperti ditanggapi umum.
Teruja dengan “kejayaan”nya itu, Arul kini lebih berani untuk berdepan dengan Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, untuk berdebat tentang 1MDB. Tony seperti umum diketahui adalah MP yang paling lantang mengkritik 1MDB.
Kononnya dia petah berdebat. Penulis lebih meyakini Tony yang lebih tajam dan pintar hal kewangan.Arul berpeluang membersihkan nama baik 1MDB lantas mengaibkan Tony. Sebaliknya jika Arul kalah dan dimalukan Tony, bermakna Najib juga turut diaibkan.
Hilang maruah dan “legitimaci” untuk kekal sebagai PM. Sangat besar “stake” dan risiko yang dipikul kedua-dua peribadi ini.
Apa pun, tulisan ini sekadar mengingatkan banyak persoalan yang Arul sengaja kesampingkan.
Sememangnya, pelbagai skandal (misalnya PKFZ, Perwaja, Transmile, dan National Feedlot Corporation), memakan masa yang panjang untuk terungkai, hanya mereka yang berstamina dan mempunyai ingatan yang kuat dapat mengikuti perkembangan sampai ke hujung.
Yang lain tenggelam. Itu modus operandi mereka.
Sebagai contoh, dalam kes 1MDB mereka ambil peluang untuk “deflect” tumpuan dengan kes “Xavier Justo”.
Mereka cuba “discredit” pelbagai dakwaan tentang 1MDB, menggunakan cerita Justo… Alahai.
Arul berkerja dengan 1MDB bermula Januari 2015. Beliau seharusnya menumpukan usaha untuk memulihkan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu yang aset-asetnya gagal menjana “cashflow” untuk melunaskan RM42 bilion hutangnya.
Tetapi, tampak Arul lebih berminat untuk “berpolitik”, menjadi pembela piak “tertuduh”.
Apa pun, penulis hanya mahu bangkitkan satu persoalan isu usahasama dengan PetroSaudi.
Penulis tinggalkan soalan-soalan selainnya yang membabitkan urusniaga hartanah dan sektor tenaga, yang juga sarat dengan pelbagai “skandal” dan dakwaan “salah-laku” untuk hari debat atau hard-talk nanti.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/debat-1-mdb-tony-arul-rakyat-yang-menang#sthash.JmScJ8IU.dpuf