Skip to content

Siapa jadi mangsa tindakan Peguam Negara dalam keputusan 1MDB?

October 28, 2015

Siapa jadi mangsa tindakan peguam negara dalam keputusan 1MDB?

Kenyataan rasmi dikeluarkan Bank Negara Malaysia ((BNM) pada Isnin lalu, 19 Oktober membawa implikasi besar dari sisi perundangan dan termasuk persepsi terhadap tadbir urus kewangan negara. Kenyataaan ini bersabitan kontroversi dakwaan terhadap syarikat pelaburan strategik 100% milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan menegaskan BNM berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggari mana peruntukan di bawah undang-undang yang ditadbirnya, selaku badan tunggal yang mengelola segala urusan tadbir urus kewangan negara.

Peruntukan tindakan pentadbiran atau “administrative action” tersebut, selain “tindakan jenayah” akan diambil berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Antara lainnya, mengenakan hukuman bayaran wang dan sebagainya.

Tindakan BNM ini dibaca atau difahami pelbagai pihak sebagai menegaskan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara.Peguam negara pada 13hb Oktober lalu  membuat keputusan melepaskan 1MDB daripada apa jua kesalahan jenayah dan tidak ada apa-apa lagi tindakan (No-Further-Action, NFA), dengan pengumuman dalam sidang akhbar Peguam Negara Tan Sri Apandi.

Terdahulu BNM  mengeluarkan arahan pada 11 Oktober kepada 1MDB menuntut dana sejumlah AS$1.83 bilion (RM7.54 bilion) sehubungan dengan urus niaga kerjasama atau “joint-venture” dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) dihantar pulang atau “repatriate”.

BNM juga mengeluarkan arahan bersurat sebanyak 3 sebelum ini supaya 1MDB mengambil tindakan “repatriation” berhubung dana tersebut sebelumnya. Untuk ingatan umum, urus niaga dengan PSI ini yang  banyak dibuat pendedahan tentang dakwaan salah laku, yang antara lain menyaksikan wang sebanyak AS$700 juta berpindah ke akaun Good Star Limited, milik Low Teik Jho atau Jho Low.

BNM mendedahkan terdapat pelbagai kesalahan sama ada maklumat tidak tepat (inaccurate) atau tidak lengkap (incomplete) ketika 1MDB membuat permohonan dan diluluskan BNM dalam penghantaran dana tersebut melalui Akta Kawangan Pertukaran 1953 (Exchange Control Act, 1953).

Meskipun Jabatan Peguam Negara tidak mahu mengambil tindakan kerana 1MDB dikatakan tidak melakukan kesalahan jenayah, tindakan gabenor untuk meneruskan “hukuman” ke atas 1MDB membawa pelbagai implikasi besar buat seluruh tadbir urus sistem kewangan negara.

Baca seterusnya di sini…

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/siapa-jadi-mangsa-tindakan-peguam-negara-dalam-keputusan-1mdb#sthash.IqWF28Pq.dpuf

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: