Skip to content

Parti Amanah Rakyat tampil garap desakan dan harapan rakyat

September 3, 2015

Published: 3 September 2015 (TMI)

Genap 3 purnama, selepas “roadshow” pertama di Bakri, Muar, Johor, pada tanggal 16 Jun 2015, negara bakal menyaksikan pelancaran rasmi atau “official launching” sebuah parti politik Islam, pada tanggal keramat 16 September, 2015 ini.

Pada 31 Ogos, 2015 lalu, tarikh bersejarah dalam naratif sejarah negara-bangsa ini, sebuah NGO, Gerakan Harapan Baru (GHB) mengakhiri satu penantian umat dan rakyat. Ya, memilih membuat satu pemakluman bersamaan hari Merdeka dan selepas Bersih 4.0, yang hebat itu, bukan satu pilihan mudah. Takut tenggelam.

Namun, diukur di segi liputan akhbar cetak penguasa politik, serta lebih nyata lagi di media sosial milik rakyat, pimpinan GHB boleh menarik lafaz lega dan bersujud syukur.

Kegiatan melatari pemakluman

Memendekkan cerita, GHB mendahului usaha-usaha penubuhan parti ini, dengan memohon pendaftaran sebuah parti Islam baharu yang diberi nama Parti Progresif Islam (PPI).

Segala ikhtiar dibuat dalam rangka hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka kami memanfaatkan wadah politik sedia ada. Cabarannya bukan sedikit.

Allah permudahkan segala usaha awal ini dengan membuka hati-hati beberapa aktivis sebuah parti yang sudah agak lama dorman. Maka pada 31 Ogos lalu, GHB secara rasminya mengumumkan kami pun memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja dengan nama Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia atau “Parti Pekerja Malaysia” (Workers’ Party Malaysia).

Ada pun pindaan penggunaan nama dan logo Parti Amanah Negara dengan singkatan Amanah, akan kami kemukakan selepas ini kepada pihak Pendaftar Persatuan (RoS) kerana semua hal “meregularsasikan” parti ini telah kami lakukan. Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air kita ini.

Latar belakang kelahiran parti politik Islam

Kelahiran wadah politik baru ini adalah tindak balas kami kepada pelbagai dimensi keresahan dan desakan rakyat akibat kemelut dan krisis yang menyelubungi negara.

Ketempangan tadbir-urus ekonomi serta kebejatan pengurusan kewangan negara terserlah dengan lambang kebobrokan pelbagai skandal besar 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Terkini adalah bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi penerima “donations” paling mega dalam dunia.

Kegagalan mengurus khazanah kekayaan secara baik dan mapan meletakkan negara berhutang besar, hilang daya-saing serta susut nilai mata wang negara secara mendadak serentak menjadikan negara tidak lagi merupakan destinasi pilihan pelabur.

Rakyat pula terus dicekik dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang regresif dan lebih ganas membebankan golongan berpendapatan rendah dan rakyat teramai. Jurang kaya-miskin terus melebar.

Perbalahan dan api perkauman serta sensitiviti antara agama terus dibakar. Wadah-wadah politik dan NGO yang tidak memahami erti mengurus kepelbagaian serta nilai hakiki perpaduan, kedamaian dan kesejahteraan rakyat seperti dianjurkan syariat Islam merintangi erti dan tuntutan “mengongsi negara ini” atau ‘sharing the nation’.

Institusi-institusi kritikal negara gagal “menyemak-imbang” kuasa eksekutif yang terus-terusan memandulkan cabang judisiari dan legislative. Episod-episod keangkuhan pihak eksekutif amat ketara mutakhir ini. Ia tidak lagi perlu huraian.

Meneliti konstruk politik mutakhir

Peranan pembangkang dalam menyemak-imbang penguasa ditanggapi umum sebagai “berjaya dan berkesan”. Hakikat ini lebih ketara lagi apabila muncul sebuah ‘konstruk politik’ pasca pilihan raya umum ke-12 dan ke-13, yang bolehlah disebutkan sebagai sebuah pola “sistem 2-parti”.

Komitmen serta gandingan ketiga-tiga komponen parti pembangkang; Parti Islam SeMalaysia (PAS), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mampu menampilkan satu alternatif kerajaan dalam penantian atau ‘the government in waiting’.

Di peringkat negeri Pakatan Rakyat (PR) pernah memerintah 5 buah negeri pasca pilihan raya umum ke-12. Mengecap sokongan popular ke paras 52% seluruh persekutuan adalah bukti meyakinkan.

Gerakan dan politik Islam berhajatkan penerusan muafakat politik

Kini malangnya, PR sudah berakhir. Meskipun menjalankan beberapa tadbir-urus dalam negeri-negeri yang masih diperintah, hakikatnya PR sebuah koalisi politik sudah terkubur. Koalisi politik ditakrif dengan pemeteraian dasar-dasar bersama yang didukungi keyakinan dan komitmen serta iltizam oleh kesemua parti komponen koalisi.

Di peringkat negeri Pakatan Rakyat (PR) pernah memerintah 5 buah negeri pasca pilihan raya umum ke-12. Mengecap sokongan popular ke paras 52% seluruh persekutuan adalah bukti meyakinkan.

Gerakan dan politik Islam berhajatkan penerusan muafakat politik

Kini malangnya, PR sudah berakhir. Meskipun menjalankan beberapa tadbir-urus dalam negeri-negeri yang masih diperintah, hakikatnya PR sebuah koalisi politik sudah terkubur. Koalisi politik ditakrif dengan pemeteraian dasar-dasar bersama yang didukungi keyakinan dan komitmen serta iltizam oleh kesemua parti komponen koalisi.

Rentetan perbalahan yang panjang dan berliku-liku, memperlihatkan tahaaluf siyasi tidak dapat diteruskan. Berlatarbelakangkan ketempangan kepimpinan negara yang tersebut di atas dan dengan dinamik ‘kebrentakan’ yang berlaku dalaman Pakatan Rakyat, usaha untuk ‘mentajidkan’ atau menghidupkan koalisi atau tahaaluf, adalah antara ‘winning formula’ yang sangat penting dalam waqi’ atau realiti demografi politik negara ini.

Misi Islam yang syumul serta bertindak secara inklusif

Berteraskan seluruh dinamika ini, maka penampilan wadah baru ini yang menawarkan Islam sebagai “Rahmat kepada seluruh alam” akan lebih dirasai umat dan rakyat seluruhnya.

Islam yang syumul serta bertindak secara inklusif dengan tidak mengasing dan meminggirkan mana-mana segmen rakyat adalah penting. Semua berasa selamat dan damai di bawah naungan Islam ini. Tentunya, ia berbeza dari perjuangan yang ditanggapi tertumpu kepada perjuangan melindungi serta memenangkan kepentingan umat Melayu-Islam dalam konteks politik di negara ini.

Ia berbeza dengan ideologi nasionalisme Muslim atau ‘Muslim Nationalism’, yang mungkin dalam konteks negara-bangsa ini punya naratif perjuangan yang terwarna dan terangkum dalam erti dan penonjolan doktrin supremasi Melayu Islam atau ‘Malay-Muslim supremacist doctrine’. Sangat rumit dan bahaya kalau tidak dibuat kejelasan bagi Politik Islam. Keperluan kejelasan ‘Islam Yang Inklusivist’ (Islam Yang Merangkumi-Melidungi Semua) untuk mewujudkan perbezaan atau ‘tamayyuz’ (distinction) dari fahaman ‘Muslim Nationalism’ adalah wajar dan mendesak.

Di segi tawaran politik kepada semua, Islam mesti ditampilkan sebagai sistem untuk memberikan keadilan dan kesejahteraan merentasi semua kaum, agama dan budaya, dan diangkat kembali dalam satu konstruk politik baharu ini. Ia terangkum secara jelas dalam tuntutan Firman Allah (Al-Maidah:6)..’…Jangan kebencian kamu terhadap mana-mana kaum atau pihak, menjadikan kamu tidak berlaku ‘Adil. Sebaliknya Berlaku ‘Adil kerana ia lebih hampir dengan Ketakwaan.’

Islam yang menampilkan naungan syariatnya secara menyeluruh dengan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan, mesti terus diperjuangkan oleh sebuah parti yang komited untuk menawarkan rahmat Ilahi. Jangan cemarkan kemurnian perjuangan dengan mengambil jalur pemikiran ‘Muslim Nationalism’ tambahan dengan pendekatan keras dan konfrontasi seolah-olah Islam dalam keadaan diserang atau ‘under siege’ dan orang Islam mesti bersatu untuk menentang pihak lain yang cuba merampas ketuanan Melayu-Islam. Mampukah perjuangan Islam ditampilkan dengan sifat ‘Rahmah dan Ihsan’ dan Syari’at Islam menaungi semua golongan, yang Islam dan bukan-Islam, kalau pemikiran dan sikap kita sarat dengan ‘kebencian’ dan ‘perseteruan’ ??

SIAPA GERAKAN HARAPAN BARU DAN PARTI AMANAH NEGARA INI?

Parti ini tidak mahu ditanggapi umum sebagai dari kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya ia adalah takungan tenaga kepimpinan “seasoned” yang rentas seluruh kepimpinan umat dan masyarakat sivil yang terdiri NGO Islam bahkan bukan Islam, individu pemimpin masyarakat berserta tenaga anak-muda termasuk kepimpinan mahasiswa.

Parti ini adalah penggemblengan seluruh tenaga aktivis rakyat untuk mengangkat sebuah negara dan masyarakat Madani yang mendukung kedaulatan undang-undang atau as-Siyadah al-Qanuniyah dengan perhitungan maqasid syariah yang sentiasa akan mencorak dan mencerna dasar-dasar umumnya.

Tawaran penyelesaiannya kepada kemelut rakyat melingkungi aspek tadbir-urus ekonomi kewangan, sosial dan pendidikan, perhubungan kaum dan agama, alam sekitar dan pembangunan, seperti juga ia menekankan aspek pembangunan wanita dan anak-muda serta ihsan belas kepada golongan tua dan kurang upaya.

Amanah melangsungkan cita-cita politik Islam

Wadah politik Amanah yang didukung GHB ini adalah komited untuk meneruskan legasi perjuangan politik Islam yang ditunjukkan Almarhum Yusuf Rawa, Almarhum Fadhil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang politik Islam yang amanah, progresif dan peduli.

Sejurus proses pengambilalihan wadah politik ini sempurna, maka akan kami usahakan bersama momentum perubahan politik atas dasar tahaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik –DAP dan PKR, dengan penubuhan kembali Pakatan Rakyat 2.0

Komited dengan pembudayaan politik baharu, maka wadah politik ini akan terus berpaksi kepada politik yang berteraskan prinsip, ilmu pengetahuan dan akhlak. Amanah bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti dianjurkan oleh Islam dan syariatnya bagi melahirkan sebuah masyarakat dan negara madani. – 3 September, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/parti-amanah-rakyat-tampil-garap-desakan-dan-harapan-rakyat#sthash.vaLV0sTP.dpuf

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. najib manaukau permalink
    September 3, 2015 5:30 am

    Now this half breed crafty is indeed running out of support hence the two visits to Bersiah 4. In addition his wife is now coming out to try to advocate to the people of Malaysia not to forget the spirit if Merdeka. It is during the 22 years tenure of his administration of this country. He literally hijacked the Merdeka’s spirit and have not only the non Malays being marginalised and turned the civil service into one for his cronies. To be exact 96% of them are all Malays and only 4% are for the non Malays. No doubt he would have even like to have the 4% occupied by the Malays if only he could. A lot of the tasks in the civil services are non haram for the Malays to handle, jobs like looking after the dogs in the police force, as an example. Hence the need to have the remaining 4% of the jobs are given to the non Malays the only fortunate thing is when he was in power that all the previous PM did not have is the money from Petronas.

    Most importantly he has to appear to be doing something for the Malays just so to keep them satisfied while he is busy building the many mega projects he did. Inadvertently, he has become known as the PM of development and now when a lot of his cronies has abandoned him, he is turning to Bersih for support.

    Otherwise how the hell can he become the richest man in Asia and also his son to be a billionaire. Except that now that he is no more the PM anymore, the acumen-less son of his, the son’s wealth has diminished only to become a multi millionaire. However the son is still a multi millionaire mainly because Petronas hasn’t got so much money for him to get from or should I say for the father to give him. When so many millions rural Malays remain in poverty, this is not the Merdeka spirit at all !

  2. najib manaukau permalink
    September 5, 2015 12:29 am

    Whoever they are or were, one thing for sure they are all scums from Umno, period.
    No question the crafty half breed started them all, Najib is just following what his mentor taught him, or shall I say in an improved way. No doubt the half breed couldn’t accept that his ex-pupil are trying to do one better than him. As a consequent, he is, just like Tenkgu Aziz is saying the crafty half breed was even worse during the tenure of his rule. He would, no doubt he would for sure have them imprisoned. Also whatever are happening now is only confirming what I have been saying all along of this man. Again whatever they were and are they are all from Umno, including the man who is able now able to identify all the shambles that are taking place and it takes one to recognise another. Don’t forget this Tengku Aziz too is from Umno !

    Therefore one thing is for sure, all these fighting or in fighting the result of the monopoly of having Umno in Putrajaya for 58 years, or should I say after the ‘discovery’ of the black gold. In every way you look at the discovery it was a curse and not a blessing for Malaysia, There never were so many shambles before the discovery of black gold to temp all the PM of Malaysia before black gold was discovered. Allah is, at the end, has His own way to bring the truth out of the shenanigans in Malaysia especially from Umno !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: