Skip to content

Parti Islam baharu dalam arus perdana – Shukur Harun

September 1, 2015

Published: 1 September 2015 | Updated: 1 September 2015 3:00 PM (TMI)

Shukur Harun

Penubuhan parti baharu di mana namanya akan diumumkan tidak lama lagi, iaitu anak kandung NGO Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi diumumkan semalam, bertepatan pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos, tentunya mempunyai makna yang penting.

Pertamanya kerana ia didahului perhimpunan Bersih 4 yang mendapat sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum dan agama. Walaupun semuanya ini secara kebetulan, tetapi parti baharu ini memang mendukung cita-cita Bersih yang mahukan pilihan raya bersih, memperjuangkan demokrasi dan kebebasan serta keadilan.

Kedua, kelahirannya pada Hari Kemerdekaan, seperti suatu isyarat parti baharu ini sewajarnya mendukung sepenuhnya aspirasi kemerdekaan tanah air dengan segala maknanya.

Di sini, saya kira, dengan cita-cita parti baharu itu untuk memperjuangkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu akan meninggalkan jauh ke belakang fahaman perkauman dan segala ekstremis yang ditentang Islam sendiri.

Akar tunjang parti baru ini berasaskan Islam dalam makna yang lebih luas, terbuka dan demokratik sesuai dengan sifat Islam sebagai Rahmatan-Lil-Alamin, rahmat seluruh alam, yang bukan saja menaungi umat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam. Di samping itu parti baharu ini akan berusaha membina integriti.

Wajah Islam syumul yang ditampilkan parti baru ini akan bersifat ramah dan mesra dengan semua pihak. Berusaha menambahkan sahabat dan mengurangkan musuh. Mengekalkan hubungan dengan pihak mana pun seperti yang apa dipesan oleh Nabi Muhammad:”Kamu mestilah mengekalkan hubungan dengan sesiapapun, walaupun hubungan itu sampai kepada peringkat seperti sehelai benang sutera.”

Ia mendukung pendekatan muwjahah silmiyah – politik santun – yang sangat sesuai dengan iklim politik dan budaya negara yang indah ini. Ketika berada di majlis penubuhan parti itu, saya terkenang allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Dtuk Nik Abd Aziz Nik Mat, di mana saya yakin, parti baharu ini akan meneruskan pendekatan politik Islam kedua-dua tokoh besar itu.

Sejak GHB diwar-warkan beberapa bulan lalu hinggalah tertubuhnya parti ini, sambutan dan harapan rakyat pelbagai kaum sangat tinggi kepadanya.

Walaupun ia dilemparkan dengan pelbagai penghinaan dan tuduhan pihak tertentu di mana tidak perlu diulang lagi di sini, namun parti ini nampaknya mendapat keyakinan pelbagai pihak akan kemunculannya sebagai parti yang teguh dan peramah.

Pendukung utamanya seperti Ustaz Haji Ahmad Awang (penasihat) dengan saf pimpinannya seperti Muhamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Maria Mahmud, Khalid Samad, Nizar Jamaludin, Izham Hashim, Hanipa Maidin, Datuk Wan Rahim, Aminolhuda Hasan dan ramai lagi sangat meyakinkan akan kejayaan parti baru ini.

Sambung di sini…
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/a-shukur-harun/article/parti-baharu-dalam-arus-perdana#sthash.BMJKQ9KZ.dpuf

Advertisements
One Comment leave one →
  1. najib manaukau permalink
    September 1, 2015 8:19 am

    More evidences that the ‘chap chong’ Mahathir will do anything to get support for himself. He even attended Bersih 4 rally twice in one day. He banned public rally during his tenure as PM yet now not only he does not object this protest but instead he is supporting it with two visits. One can only proof what kind of a man he is. Or should I say what kind of principle he has ? He also attended functions of this Abrahim Ali, what kind of Umno member he is ? He should have resigned from Umno, but by doing that his son will have to leave Umno hence will have to resign as MB of Kedah.
    For this alone the repugnant, avaricious and crafty half breed would not and he now seen to be anti Umno, why then is he still holding onto the Umno membership ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: