Skip to content

Syabas dan Tahniah Rakyat Malaysia di BERSIH 4.0!

August 30, 2015

KENYATAAN MEDIA

Syabas dan Tahniah Rakyat Malaysia di BERSIH 4.0!

www.harapanbaru.net

1. Gerakan Harapan Baru terpanggil untuk memberi reaksi terhadap propaganda perkauman yang sedang ditiupkan bahawa himpunan #Bersih4 kurang mendapat penyertaan daripada orang Melayu.

2. Umum maklum bahawa himpunan #Bersih4 kali ini dianjur ditengah-tengah ugutan dan ancaman oleh pihak kerajaan BN yang mengisytiharkannya sebagai himpunan haram.

3. Kesemua saluran media perdana digunakan seluasnya dengan membawa hujah pemimpin, tokoh agama dan pihak berkuasa untuk menakut-nakut serta memomokkan rakyat khususnya orang Melayu agar tidak menyertai himpunan ini.

4. Kita juga tahu bahawa himpunan #Bersih4 kali ini tidak mendapat partisipasi secara penuh oleh semua komponen parti pembangkang apatah lagi dari parti-parti komponen barisan pemerintah, yang diharapkan pihak penganjur untuk turut terlibat.

5. Pada masa yang sama, suka untuk saya tegaskan bahawa Gerakan Harapan Baru yang masih berstatus NGO telah berusaha untuk memobilisasi ahli-ahli dan jenteranya seumpama ARif dan Pro-Guam untuk membantu.

6. Pun begitu, ucapan jutaan tahniah dan syabas buat seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum; Cina, Melayu, India dan etnik-etnik dari Sabah dan Sarawak serta masyarakat peribumi yang telah turun sejak semalam menyertai gelombang himpunan rakyat #Bersih4 kali ini.

Disebalik semua propaganda, penyertaan etnik Melayu tetap signifikan khasnya generasi anak muda Melayu yang ketara, meyakinkan dan membanggakan.

7. Alhamdulillah, anda semua warga Malaysia yang patriotik telah berjaya menunjukkan bahawa himpunan ini aman tanpa sebarang provokasi. Terima Kasih juga kita rakamkan buat pihak Keselamatan.

8.  Saya ingin menyeru agar sikap profesional yang tinggi ini dikekalkan sehingga ke akhir himpunan ini malam ini.

Kita adalah rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan mahukan perosak negara dibersihkan segera.

Tahniah Penganjur Bersih 4.0!

Kami, Harapan Baru, tetap bersama anda,

Amanah  Progresif  Peduli

Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha
Gerakan Harapan Baru
30 Ogos 2015

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: