Skip to content

KECEWA SEPANTAS KILAT PERMOHONAN NAMA PARTI ISLAM DITOLAK.

August 29, 2015

KENYATAAN AKHBAR

KECEWA SEPANTAS KILAT PERMOHONAN NAMA PARTI ISLAM DITOLAK.

1. Kami pimpinan Harapan Baru merakamkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menolak permohonan pendaftaran Parti Progresif Islam (PPI) yang kami mohon.

2. Terkejut kerana sepantas kilat keputusan diambil atas permohonan itu. Kalaulah kecekapan tadbir urus sepantas keputusan diambil ini, maka pastinya prestasi tata kelola kerajaan akan dapat dipertingkatkan. Malangnya, sikap pantas penguasa politik ini bersifat selektif. Umum wajar tahu bahawa permohonan kami dihantar pada hari Khamis, 27hb Ogos, bererti jawapan dibuat KDN dalam masa 24 jam.

3. Kami kecewa kerana cita-cita untuk mendapat sebuah wadah yang diberi nama PPI itu ditolak. Meskipun kami sangat memahami yang penting bukanlah diukur pada nama. Namun ia mustahak supaya kami tidak didakwa takut menggunakan nama Islam.

4. Bahkan lebih penting dari itu Islam yang kami perjuangkan tidak lagi menjadi satu fobia di sisi masyarakat bukan Islam. Sementara itu masyarakat Islam pula amat senang dengan Islam yang Inklusif dan memberikan Keadilan dan Kesejahteraan menaungi semua kaum, agama dan budaya dalam negara ini. Perjuangan yang berteraskan “Islam Rahmat Untuk Semua” ini, sekaligus menjadikan Islam tidak lagi milik monopoli mana-mana pihak bahkan sistem Keadilannya dikecapi semua.

5. Apa pun yang mustahaknya dasar kami tetap Islam yang Syumul dan Inklusif serta dicorak oleh pemikiran Maqasid Syariah atau Tujuan dan Matlamat Syariah khasnya dalam pemerintahan dan kenegaraan.

6. Kami terus berusaha dan berdoa agar ALLah akan permudahkan usaha-usaha ke arah pembentukan sebuah parti Islam baru ini.

7. Kami mengundang semua pihak media  ke Hotel Vistana Kuala Lumpur, jam 3 petang 31 Ogos ini, untuk pemakluman tentang parti baharu yang bakal kami lancarkan secara rasmi pada 16hb September nanti.

AMANAH  PROGRESIF   PEDULI

Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha
Gerakan Harapan Baru
29 Ogos 2015.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: