Skip to content

Harapan Baru Istiqomah Bersama Memperjuangkan Islam Membela Rakyat dan Membina Negara

August 23, 2015

KENYATAAN MEDIA  –
23 Ogos 2015

Saya memandang berat kenyataan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.

Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.

Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.

Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.

Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas pelbagai skandal 1-MDB khasnya perpindahan wang RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara. Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan. Ruang mitigasi fiskal  mengelak kegawatan kewangan semakin sempit dan ‘tambatan ringgit’ tidak akan berkesan ketika simpanan asing terus mengecil.

Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.

Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara.

Sikap mereka yang menampilkan komitmen yang tinggi (di dalam dan di luar dewan) untuk terus memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat bagi menuntut perubahan untuk negara, tanpa mengira parti mana yang mereka wakili, seharusnya diberi pujian dan sokongan, bukannya diminta untuk melepaskan jawatan.

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum
GERAKAN HARAPAN BARU

Advertisements
One Comment leave one →
  1. najib manaukau permalink
    August 24, 2015 5:12 am

    This ex-minister Yatin is asking everyone not to forget the Merdeka spirit, he forgets that ever since this crafty half breed president of Umno became the PM he started eroding the Merdeka spirit . And by now there is no Merdeka spirit left, when Malaysia has marginalised
    the non Malays successfully.
    Even if the figures of the population of Malaysia is true that the Malay population is 60% or more the total non Malay population is at least 35 to 40%. Why aren’t these figures reflected in the civil services ? Just go to Putrojaya to day or any government offices any where in the country. How many, if any, non Malays can you see ? This is definitely for sure not the Merdeka spirit he is talking about ! Why do you think so many skillful professionals immigrated leaving behind Malaysia in need of them so much that Talent corp is formed. Or should I say that even during the rule of the half breed, without the Talent Corp many of the immigrated professionals were approached to return to Malaysia to serve.
    Needless to say it was done unofficially but surely with the blessing and approval of the PM. His words then were enough for the running dogs to carry out his wishes but only when it didn’t achieve the aim and especially when he ‘retired’ Talent Corp is formed and when this too is unable to persuade the immigrated to return. They started to offer incentives and added incentives for the targeted professionals to return but to avail . Stop wasting your time, your expenses and most of all your effort trying to persuade the professionals to return to Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: