Skip to content

Nilai Ringgit Merudum Sama Semacam Tahap Kepercayaan kepada Najib.

August 9, 2015
www.harapanbaru.net 
Dzulkefly Ahmad
1. Tidak syak lagi nilai mata wang ringgit sedang mengalami keruntuhannya paling parah.
Berpandukan kadar penurunannya, ada pihak penganalisis meramalkan tidak mustahil akan mencecah pertukaran RM4=1US$ minggu hadapan.
Kesan terhadap kos sara hidup, inflasi diimpot dan kesan kepada pengimpot pasti terjejas. Pengekspot juga terjejas kalau guna banyak barang input yang diimpot dalam produk buatan mereka khaisnya produk Elecrical & Electronic (E&E). Peniaga yang berniaga dsempadan Thailand dan Singapura, sedia maklumi penguncupan nilai wang kita. Yang menghantar wang kepada anak-anak yang belajar di luar negara juga tahu.
2. Semalam ringgit menjunam ke paras 3.9125 berbanding Dollar Amerika,
paling rendah dalam 17 tahun sekaligus menyaksikan Indeks komposit Bursa Malaysia kehilangan 30.92 mata. Ringgit, matawang Asia paling teruk di segi prestasi, kehilangan 9.8% berbanding Dollar Amerika, Baht-Thailand sebanyak 6.4%, Peso-Filipina sebanyak 2.2% dan Rupiah-Indonesia kehilangan 8.4%.
3. Pelabur-pelabur asing telah menjual pegangan saham mereka sejak 14
minggu lalu secara agresif kerana semakin hilang kepercayaan terhadap ekonomi Malaysia. Mereka akan mengalami kerugian dalam pertukaran asing atau
‘Forex’ apabila melabur dalam syarikat-syarikat di Bursa kerana ringgit susut nilainya.
4. Tekanan atas nilai ringgit berpunca, antara lain, dari harga minyak mentah yang turut jatuh.  Perkara ini bersangkutan  dan sentimen buruk akibat tidak kemampuan 1MDB membayar hutang korporatnya RM42 bilion. PM Najib wajar insaf apabila sentimen menjadi jelek dan celaka menimpa negara, apabila pasaran kewangan tempatantahu berita ‘perpindahan’ RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya menjadi viral.
5. Meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) telah nyatakan untuk tidak  lakukan
‘tambatan ringgit’ sekali lagi, polisi itu mungkin terpaksa digunakan apabila ringgit mencecah pertukaran 4.10 atau 4.20, mengikut pandangan penganalisis. . Pada krisis kewangan 1997, kadar pertukaran mencecah RM4.80 = 1US$ serentak menuntut langkah intervensi ‘tambatan ringgit’.
6. BNM diketahui telah ‘mempertahankan’ ringgit dengan membeli ringgit apabila pelabur menjual secara drastik bagi mengelak suasana ‘volatility’ atau ‘ketidakentuan’ yang melampau. Betul, kesannya penurunannya semacam ada baik-buruk. Ekpot jadi murah, impot jadi mahal dan sebagainya. Namun, pelabur dan pasaran (market) resah dan tidak suka suasana ini. Mereka memerlukan situasi nilai matawang yang lebih stabil.
7. Seperkara lagi, ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh beberapa ‘fundamentals’ atau ‘asas’. Antara faktornya ialah ‘Simpanan Asing’ atau ‘Foreign Reserves’. Simpanan asing kita telah menguncup secara drastik dari  tahap US$140bilion (RM541b) pada tahun 2013 kepada US$100.5 (RM350b) pada 15 Julai lalu.
8. Pada awal Julai lalu, simpanan asing menurun sebanyak US$5 bilion.
Ini menandakan BNM telah menggunakan simpanan asing kita untuk ‘pertahankan’ dengan membeli ringgit apabila penjualan besar-besaran dilakukan oleh pelabur asing.
9. Penjualan besar-besaran ini menurunkan nilai ringgit. Penjualan ringgit bermakna ‘Permintaan’ jatuh, sekaligus menurunkan nilai ringit, apabila bekalan meningkat. BNM membeli bagi pertahankan ringgit, menggunakan ‘simpanan asing’nya. Namun langkah intervensi ini adalah berita buruk bagi rakyat, sama seperti berita ‘bailout’ syarikat sakit kerajaan (GLCs) kerana mengurangkan simpanan asing negara.
10. Mengurang simpanan asing mengurangkan keupayaan dan ‘options’ untuk BNM bertindak semasa berdepan dengan krisis kewangan. Penurunan simpanan asing juga bakal  mengancam penurunan ‘penarafan negara’ atau ‘downgrading sovereign rating’.
11. Ini berita buruk buat negara dan bakal menjadikan kos pinjaman di
pasaran kewangan di Malaysia tinggi atau mahal. Kos menjalankan perniagaan akan menjadi mahal dan tidak menarik.  Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pelaburan yang menarik.
12. PM Najib selaku Menteri Kewangan wajar faham kesemua kesan ini
apabila mengurus ekonomi dan kewangan negara secara culas, curang dan tempang. Pilihan untuk menggunakan kaedah monitari bagi menggamit pelaburan atau mengelak pelabur menjual ringgit, seumpama meningkatkan kadar faedah (yakni Kadar Pinjaman Semalaman atau Overnight Policy Rate, OPR), pastinya akan membebankan lagi rakyat.
Harap Pak Menteri tidak menggunakan hujah Pak Pandir acap-acap. Bukan matawang kita sahaja turn, semua matawang negara lain pun turun. (Bukan anak kita sahaja mati, anak orang pun mati juga).
Dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin melembap khasnya Cina dan rakan dagang Malaysia, tambahan dengan Amerika menamatkan regim ‘Quantitative Easing’ sekaligus menaikkan kadar faedah mereka..maka ramalan  atau prognosis kedepan ini adalah sangat suram atau ‘grim’- bearish buat matawang ringgit…seakan-akan dalam prognosis tentang keupayaan Najib menyelesaikan krisis negara ini..cetusan dirinya sendiri (ie self-inflicted crisis).
Dr Dzulkefly Ahmad,
Setiausaha, Gerakan Harapan Rakyat.
 
Advertisements
2 Comments leave one →
  1. najib manaukau permalink
    August 9, 2015 5:26 am

    Now you know why Najib is trying to do everything and I mean everything possible to procrastinate, plus all the other reasons and excuses I provided earlier. And when all his attempts to impede the probe on the scandals for the truth. Najib he now turning to clear himself of the corruption he is accused of. The next thing Najib is going to do is to haul up the MACC officer who declares that they have never cleared him of corruption but only that the fund came from someone in Malaysia.
    Allah must be very generous with whoever he is, who can ‘donate’ 2.6 billion ringgits to Najib or Umno in Malaysia. There must be string or strings attached with the donation for sure, I can guarantee that with my life. This should also be enough for all the right minded thinking Malaysians to begin to understand why the nation is still in the third world after 58 years of independence and in the hands of Umno.
    When the neighbour, namely Singapore, who has nothing including people like the repugnant, avaricious and half breed Mahathir has gone so far ahed of Malaysia. Records will show how this half breed has always tried his utmost best to retard the growth of Singapore just to show that Malaysia is progressing. When in fact Malaysia is going the nation under him is going backwards by the day. Everyday more scandals are being revealed as the reasons why. I hope these shambles should be enough to wake up the supporters of the half breeds, the mamak Mahathir and his disciples like Najib kicked out of Putrajaya, enough is enough. Malaysia will surely be a better place to live and prosper without them just like Singapore !

  2. najib manaukau permalink
    August 10, 2015 5:25 am

    Can Najib now come up with the details of how the 2.6 billion ringgits were disbursed especially he must furnish who were the recipients and if might be confidential and not for public viewing. Surely MACC must be given the details meticulously and finally just one more question how much of the 2.6 billion ringgits has gone into his personal accounts. One final question how much of the 2.6 billion are left ?
    The recipients of the 2.6 ringgits or part of it must also be able to confirm these amounts and they are not confidential to MACC. Najib is now very quite about suing WSJ because he knows that WSJ reported accurately that 2.6 billion ringgits went into his personal accounts. Where on earth can you find someone that generous or even have so much to donate, without any string attached. Finally why ? It isn’t as though you are talking about 2.6 thousand ringgits, I think Najib has a big problem here to explain to the people. This is just the beginning of his downfall and that of Umno together with the ass licking partners in BN on the whole issue ! Thus far he has bought sometime to delay his political demise but he must confront the issue face up and stop the persecution of the many innocent people along his way to the wilderness !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: