Skip to content

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

July 26, 2015

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 25 July 2015 9:25 PM

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.

Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai ‘wali’, seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.

“Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

“Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

“Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP,” katanya.

Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk ‘Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja’, Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

“(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

“Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali,” katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang ‘berwalikan’ DAP.

“Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno.

“Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami,” katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

“Adalah lebih baik kalau kita sama-sama ‘berlumba-lumba’ menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno,” katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

“Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya,” katanya. – 25 Julai, 2015.

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. najib manaukau permalink
    July 31, 2015 12:08 am

    Just wait for another few weeks and the pictures of Najib’s battle of Waterloo will be all out !
    The just sworn in cabinet will not be in the cabinet for very long. Anyone looking into the scandals will also be looking for a new job just like the former AG. Very soon the much covered murder of the mongolian will be revealed, The one involved in the murder is now living in London and also J. Lo who is involved in !MBD is not contactable. That must be the tactic of Najib to impede any probe on his ‘ odyssey” this Najib must thinks it works !

  2. najib manaukau permalink
    August 2, 2015 5:09 am

    How come in all the Umno and Pas functions and events, Arabic language is either prominently or solely used instead of the national language ? Malaysia does not belong to Arabia or even part of Arabia the only common thing Malaysia has is their religion, period. Malaysia has its own national language and why is it not being used by Malaysia or promoted by Umno or PAS ?
    Yet the ruling regime is asking all Malaysians to use it all the time, in fact it is compulsory for Malaysian students to pass the national language before they can be considered to have passed the entire examination ? One can accept the Arabic language being used in the mosque or extensively being used in the Arabic world because that is their language and they don’t have any other language to use. But please remember Malaysia has their own national language and should be proud enough to use their national language.
    Therefore shouldn’t Umno or PAS cease to use Arabic in all their functions ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: