Skip to content

1-MDB/TIA : Siapa Betul, Ahmad Said atau Ahmad Razif?

May 18, 2015
1MDB ‘Frankenstein’ yang bakal musnahkan Najib

Published: 18 May 2015 (TMI)

Dzulkefly Ahmad

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.

Namun keputusan itu ditarik balik.

Nah, pendedahan itu tiba-tiba menyentak perhatian umum kepada asal usul 1MDB, ‘badan pelaburan berdaulat kedua’ atau ‘second sovereign wealth fund’ (selepas Khazanah). Apa pula kaitan 1MDB dengan Terengganu? Saya kira ini peluang saya merumuskan pengamatan saya dan mengongsikannya di sini.

Bagi memulakan cerita, “Wang Royalti” nama asalnya, yang bertukar menjadi Wang Ehsan, akibat pengkhianatan Kerajaan Persekutuan enggan membayar kerajaan negeri ketika PAS menawan Terengganu, perlu terus diurus. Jumlah royalti sebanyak kurang lebih RM2.5-RM3 bilion setahun.

Selepas berlalu sedikit waktu di mana wang ehsan menjadi semacam “dana politik” milik penguasa politik negeri tanpa pertanggungjawaban, terbit cadangan menubuhkan sebuah badan pelaburan.

Maka terbentuklah ‘Terengganu Investment Authority’ atau TIA pada tahun 2008, yang antara lainnya, pelaburan ‘wang ehsan’. RM3 bilion setahun bukan sedikit. Ramai terlioq agaknya!

Ya, kalau begitu, asal TIA, adalah dana “berdaulat” yang mengurus kekayaan hasil sumber minyak dan gas negeri Terengganu. Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak sangsi kalau begitu seperti asal.

Dalam pada itu, minat dan nafsu Putrajaya untuk terlibat mengurus dana semakin berahi.

Akhirnya tampil cadangan menjadikan TIA sebahagian entiti “Persekutuan”. Putrajaya lantas membuat “pelawaan”. Sebagai sebuah kerajaan negeri sukar untuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tolak. Maklumlah.

Nyata ketika Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menafikan kebenaran kenyataan Ahmad Said, esoknya, beliau semacam tidak tahu tentang dakwaan Ahmad Said atau sengaja hendak mengampu bosnya di Putrajaya. Dalam kedua-dua keadaan tadi, Ahmad Razif tampak tidak betul atau salah.

Bersambung baca di sini…..
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/1mdb-frankenstein-yang-bakal-musnahkan-najib#sthash.axfvmTm5.dpuf

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: