Skip to content

PAS BAKAL MENGUNDANG KEGAGALANNYA?- Satu Perkongsian Pengamatan.

April 16, 2015

PAS BAKAL MENGUNDANG KEGAGALANNYA? (versii TMI yg lebih panjang disini)

  1. PAS berada di kedudukan politik terkuat dalam sejarah jatuh-bangun perjuangannya.
  1. PAS merekod prestasi terbaik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 (1999). PAS menang 43 peratus (27 dari 63) kerusi parlimen. AlMarhum Ust Fadzil Noor (UFN) selaku Ketua  Pembangkang Parlimen Malaysia. Perintah dua negeri Kelantan dan Terengganu.
  1. Betul,  PAS tidak mengatasi prestasi terbaiknya pada dua PRU ke-12 (2008) dan ke-13 (2013)Pada PRU ke-12. PAS menang 23 peratus kerusi parlimen (menang 23 dari 67 kerusi) dan turun ke paras 21 peratus (menang 21 dari 73) pada 2013.PAS tawan Kedah pada PRU-12 namun hilang negeri tersebut pada PRU ke-13 lalu.
  1. Kalau begitu, mengapakah penulis tetap mengatakan PAS berada pada sisi terkuat dewasa ini?
  1. Kekuatan sebuah parti politik perlu diukur dari pelbagai sisi- dimensi. Tersasar kalau mengukur kekuatan hanya dari jumlah kerusi di parlimen. Tambahan kalau kemenangan itu disebabkan faktor-faktor situasi luaran.
  1. Kemenangan PRU ke-10 disebabkan “tsunami Melayu” menolak Umno-Barisan Nasional (UBN) akibat kezaliman PM Tun M terhadap TPM, DSAIm PAS raih laba politik paling besar pd PRU 1999. PAS tidak ldapat sokongan kaum bukan-Melayu.
  1. Malangnya kemenangan tidak dapat bertahan. Ya, sebaik sahaja mula sesi parlimen ke-10 (1999-2004), PAS mula ‘hilang arah cerita’ atau lost the plot. Ada pimpinan mula menyebut PAS menang kerana orang Melayu mahukan PAS perjuangkan Negara Islam.Tun M lantas mencabar PAS.
  1. Memorandum Rakyat” -legasi UFN, respons cabaran Tun Mahathir, segera mengalami pertukaran kepada jodol “Dokumen Negara Islam” (DNI). Pesanan al-marhum kepada penulis dan rakan-rakan think-tank parti, supaya memo ditajukkan “Penghayatan Sebuah Pemerintahan Abad 15H/21Masehi”, tenggelam dan hilang dalam hiruk-pikuk polemik tentang DNI. Penulis dan think-tank terpaksa akur.
  1. Barisan Alternatif (BA) terus berkeberentakan. DAP keluar dari koalisi pada Sept 2001. Koalisi BA,  baru berumur 2 tahun. PKN/R terus renggang dari PAS, masing-masing bawa haluan sendiri. BA wujud pada nama, lambang dan cogan kata, tetapi tidak pada gerak kerja.
  1. Akibat ‘terlupa’ mengurus ‘kekuatan barunya’, PAS dihukum dan dipukul teruk dalam PRU ke11, 2004. Dari 27 kerusi, PAS hanya tinggal 6 kerusi parlimen. PAS gagal pertahan kerajaan Terengganu dan hampir kalah di Kelantan, beza 1 kerusi dan I undi
  1. Jawatankuasa Post-Mortem PAS Pusat PRU ke-11 (2004), kenalpasti dapatan pelbagai faktor luaran (penipuan & media) dan dalaman (jentera) sebagai penyumbang utama kekalahan PAS dalam pilihan raya itu.
  1. Namun faktor kekalahan paling dominan ialah pelancaran “Dokumen Negara Islam”. Didapati PAS bentang DNI tetapi dikenalpasti post-mortem, “gagal mengurus penerangan dan pencerahan”. Pelbagai persepsi negatif dan tanggapan buruk pelbagai segmen rakyat serta pengundi menjadikan PAS sasaran jahat media lawan.
  1. PAS gagal menangkis tohmahan serta serangan seterunya. Kekuatan dan mandat barunya musnah dan kembali kepada kedudukan lama atau sokongan ‘tegar dan asal’nya.
  1. Lawan politik tersenyum berbisa, taktik pecah-perintah berjaya, koalisi BA punah dan PAS tersungkur. Begitu, kurang lebih naratif atau kisahnya.
  1. Berbeza PRU 10, kejayaan PAS pd PRU ke-12 dan seterusnya PRU ke-13 adalah hasil pelebaran tapak sokongan baru. PAS bina kekuatan secara sedar dan terancang. PAS tidak sekadar ‘menumpang tui’ nasib malang DSAI dan laba undi protes seperti PRU ke-10.
  1. PAS membina asas kekuatan baru dengan meruntuhkan prejudis serta tembok-tembok halangan golongan pengundi bukan-Melayu dan bukan-Islam. Golongan pengundi Melayu Islam bandar dan pinggir Melayu, mula memberikan kepercayaan kepada PAS dan memenangkan calon-calon PAS.
  1. Bagi menjayakan strategi, PAS melalui satu anjakan besar disegi mesej politiknya- dri konsep “Negara Islam” yang disalahertikan oleh pelbagai pihak, PAS secara tegas membuat ijtihad beraninya, dalam menampilkan tawaran “Negara Berkebajikan” berserta dengan slogan “PAS Untuk Semua” atau “PAS For All” dalam Manifesto PRU ke-12.
  1. Perubahan ini diistilahkan Profesor Tariq Ramadan, pemikir kontemporari Islam, sebagai satu eksperimen di seluruh dunia Islam, sebagai ‘anjakan generasi’ atau satu ‘generational shift’. PAS dan Gerakan Islam memasuki era baru dalam  pengalaman Political Islam di persada persaingan demokrasi atau democratic contestation. Benarkah PAS benar-benar komited kepada agenda ini?
  1. Meringkaskan cerita, PAS terus menggarap isu-isu besar dalam negara dengan pedekatan inklusif dan menyerlahkan erti dan makna slogan seperti “PAS For All” dan mendukungi prinsip  “Rahmat untuk Semua” atau “Mercy Unto All”.
  1. PAS terus menangani isu-isu krtikal yang menajamkan pertentangan etnik dan membakar pertembungan agama. Isu kalimah “Allah” termasuk pelbagai polemik kaum yang diungkap dengan kepentingan agama secara sempit, ditangani PAS secara konsisten dan berlandaskan syariat yang mensejahterakan dan mendamaikan.
  1. Samada bersama rakan PR dalam “Dasar-Dasar Bersama” atau pun bersendirian, PAS berjaya menyerlahkan erti dan penghayatan Islam sebagai sistem hidup untuk memberikan  jaminan “Keadilan Untuk Semua” atau “Justice for All”. Disamping itu, PAS tegas dalam membentaras polisi-polisi yang bersifat perkauman dan yang memangsakan dan meminggirkan sesetengah pihak rakyat terutama golongan miskin dan berpendapaan rendah. Juga begitu ketegasan PAS untuk menentang rasuah, salah guna kuasa, pembaziran serta pembolotan kekayaan negara oleh segelintir penguasa politik bersama kroni-kroni mereka.
  1. Mengambil keseluruhan kemajuan inilah, penulis menyatakan bahawa PAS sedang menduduki posisi politik yang paling kuat dan mantap. Tidak keterlaluan kalau penulis terus menyongsong bahawa PAS berada dalam satu unjuran (trajectory) menempah kejayaan yang lebih baik, tentunya bersama rakan-rakan tahaaluf-nya. Berdasar unjuran yang modest, PAS adalah dalam keluk menambah 13 kerusi (berjumlah 34 kerusi) seandainya PR terus bergandingan secara mantap dan serasi dalam PRU ke-14 akan datang.
  1. Namun meringkaskan pergolakan mutakhirnya ini, kesemua kejayaan PAS yang tertera di atas akan bakal terencat atau mengalami satu setback yang mengecewakan. Apakah PAS sedang mula mengalami satu fenomena “Berpatah Balik” atau ‘March Backward’ atau ‘Retrogression’??
  1. Permasalahan parti ini samada yang bersifat keberentakan dalaman mahupun yang bersabit dengan masaalah hubungan di antara rakan komponen PR, telah mengakibatkan pemerhati politik khuatir dan cemas.
  1. Lebih gusar lagi adalah pendukung dan aktivis parti di akar umbinya, yang secara langsung bakal menanggung kesan serta akibat konflik tersebut, khasnya di negeri-negeri pantai Barat; Selangor, Kuala Lumpur, Perak serta Melaka-Negeri Sembilan-Johor. Umum diingatkan kerusi PAS di DUN Selangor ialah 0, begitu juga Johor 0, Perak 0 dan Negeri Sembilan-Melaka 0. Itulah kekuatan baseline kita pada 2004 atau selepas sinergi koalisi terhalang dan kita kembali kepada ‘sokongan tegar dan asal’.
  1. Justeru, cadangan-cadangan seumpama untuk bersedia bertanding bersendirian atau keluar daripada Pakatan tidak wajar diucapkan pemimpin kecuali kalau mereka itu hanya menghitung kperuan negeri mereka sendiri yang berada diUtara atauPantai Timur.
  1. Begitu juga tegasnya sesetengah ahli dan kepimpinan yang menyuruh ahli mahupun kepimpinan untuk keluar parti ketika wujud perbezaan atau ikhltiaf. Pimpinan yang matang dan tidak gelojoh serta bebas dari unsor ‘ekstremisme’ tahu akan erti ‘mengurus ikhtilaf’ atau perbezaan dan kepelbagaian, dalam sebuah organisasi  besar dan koalisi yang semakin kompleks dan mencabar.
  1. Sementara itu dalam mengurus isu hudud pula, seteru tradisi PAS sedang menggoda dengan pelbagai cara. Musuh tetap musuh, meskipun tampak ‘ikhlas’. Sayugia dingatkan tuntutan Allah supaya kita hazar (berwaspada) dan pesanan Nabi bagi mengelak dipatuk dua kali dari lubang yang sama. Al-marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Fadzil Noor acap mengingatkan kita.
  1. Seandainya PAS terus terjerumus akibat kehilangan ‘jalan cerita’nya atau losing the plot again sekali lagi, maka kita akan bakal mengulangi nasib yang sama seperti pengalaman PRU ke-11 (2004). PAS dikhuatiri akan kehilangan sokongan barunya di kalangan Melayu-Islam di bandar dan pinggir bandar, dan tentunya tidak dapat bertahan mengekalkan kepercayaan atau trust pengundi bukan Melayu dan bukan Islam-nya. Seterunya sangat mahukan natijah ini bagi menggagalkan PAS dan menghancurkan PR. Minta Allah jauhkan!
  1. Setiap kali PAS berasakan parti dan jenteranya ‘kuat’, Allah mengajar kita dengan keputusan yang menginsafkan kita. Disamping pengalaman 2004, pegalaman PRU ke-7 (1986) juga menyedarkan kita. PAS hanya tinggal kerusi tunggalnya, Pengkalan Chepa, di parlimen dalam pilihan raya yang menyaksikan PAS meletakkan seramai 98 calon, paling tinggi dalam sejarahnya (jumlah kerusi di parlimen 177).
  1. Apakah kepimpinan PAS di peringkat Pusat serta di peringkat akar-umbi, khasnya di ambang Muktamar ke-61 ini, akan mengizinkan PAS mengundang nasib buruk ini sekali lagi? Mampukah PAS kini, mengelakkan kesilapan lamanya? Berjayakah PAS mengawal suara-suara emosi (‘atifi) supaya jangan mengatasi suara ilmu, kekuatan informasi dan panduan pengalaman (tajribah)? Berjayakah PAS menggembleng seluruh tenaga kepimpinan dan kepakaran serta segala kepelbagai kekuatan partinya? Jawapan in ini ada pada setiap ahli, khasnya setiap perwakilan pada Muktamar ini.
  1. Penulis akan terus berkongsi pengamatannya dalam artikel seterusnya yang berjudul “Selamatkan PAS”.

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. Foo permalink
    April 16, 2015 2:07 pm

    Dr Dzul,
    I seriously hope you can convince your colleague, especially those from Terengganu and to a lesser extend Kelantan and Pahang. Please show us that PAS leadership are men of honour and really mean what they say, As far as the nons are concerned, the last year or so, bared the hypocrisy of PAS top leadership. We see NO HONOUR among those who claimed to be religious and righteous. Definitely you don’t expect us to TRUST you if you DON”T MEAN WHAT YOU SAY?

  2. rajes permalink
    April 17, 2015 1:49 am

    As it stands now, I will definitely not vote for PAS anymore. Despite telling the public that DSAI will the PM if Pakatan won GE13, Hadi and his chorts actually wanted Ku Li. How can we trust this so called “man of God”? We were duped all along. There are many more examples.

    If Hadi continues as President of PAS, I rather have Malaysia being ruled by BN

  3. April 17, 2015 9:39 am

    sepatutnya model yg Tuan kehendaki digunakan oleh PKR bukan PAS. biarlah PAS diperkuat dengan dakwah ie meraih kemenangan dengan meningkatkan kesedaran Islam di kalangan muslim dan kefahaman yg membawa kpd menerima Islam sebagai addin di kalangan non muslim. jika pas menggunakan model perjuangan spt saranan Tuan, bermakna kuasa2 politik berbagai golongan, ideologi dan kepentingan dan nisbah kumpulan2 berdasarkan agama akan kekal. Ini menyebabkan selamanya golongan Islam terpaksa mengorbankan idealisma dan fikrah dan Islam sebagai rahmah gagal dihayati oleh semua rakyat dan makhluk.
    Cubalah berani buat eksperimen melalui PKR atau PASMA atau jadilah seperti erdogan yg berani berpisah erbarkan dan beliau telah membuktikan beliau berjaya menurut kehendaknya. Jika tidak semua pihak, islamis dan non islamis akan rugi menurut takrif kemenangan Islam. mana2 pun ambe tetap hormati tuan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: