Skip to content

Rakyat mampus tanpa GST – YB Langkawi -Dato Ir Nawawi Ahmad…Hello, selama ini tak ‘mampus’ pun tanpa GST!

April 1, 2015

April 1, 2015 (FMT)

“Tak mau bayar GST, pi dok bulan.”

nawawi-ahmad

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan rakyat Malaysia yang tidak puas hati dan enggan membayar Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) supaya pindah dan tinggal di bulan.

“Tak mau bayar cukai pi dok di bulan. (tidak mahu bayar cukai pergi duduk di bulan ) Memang kerajaan hidup atas cukai rakyat termasuk Kelantan,” tulis Nawawi kepada seseorang yang menggunakan nama Ridz Black seperti dilaporkan dalam blog omakkau.blogspot.

Blog itu turut menyiarkan perbualan Nawawi yang menjawab pertanyaan dan komen- komen mengenai GST di Facebook.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu juga tanpa segan silu dilaporkan menggunakan perkataan kesat seperti ‘pergi mampus’ yang sepatutnya tidak digunakan oleh mereka yang menggelarkan dirinya pemimpin rakyat.

“GST membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Jika negara bankrap maka rakyat pun mampus,” tulis Nawawi ketika menjawab komen pembaca yang menggunakan nama Mirza Global Photography.

Perbuatan tidak profesional Nawawi ini dilihat boleh menyemarakkan lagi tidak puas hati dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan berikutan pelaksanaan GST bermula 1 April yang ditakuti menyebabkan kenaikan harga barangan.

Nawawi sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menyelar keturunan Jawa dan menyarankan mereka supaya balik ke Indonesia.

Terdahulu dia juga menghina mayat mendiang Karpal Sigh dan kemudian meminta maaf selepas mendapat kutukan ramai termasuk daripada pemimpin Barisan Nasional (BN).

PAS tuntut janji kastam bentang Kajian Impak Kewangan GST

OLEH JAMILAH KAMARUDIN (TMI)

Published: 29 March 2015 7:29 PM

Orang ramai berpusu-pusu membeli-belah barangan keperluan sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini. Kajian Bank Dunia mengesahkan semua model GST termasuk di Malaysia adalah regresif dan songsang terhadap kumpulan berpendapatan rendah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 29 Mac, 2015.

Orang ramai berpusu-pusu membeli-belah barangan keperluan sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini. Kajian Bank Dunia mengesahkan semua model GST termasuk di Malaysia adalah regresif dan songsang terhadap kumpulan berpendapatan rendah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 29 Mac, 2015.

PAS masih menuntut janji Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad membentangkan satu simulasi “Kajian Impak Kewangan” ke atas semua barangan dan perkhidmatan kepada pelbagai kelas masyarakat bagi mengenal pasti beban kewangan hasil pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS itu berkata, pihaknya sebelum ini dalam beberapa pertemuan pihak Kastam termasuk sebagai ahli panel dalam Wacana Nasional RTM1 di mana beliau menggesa agar kajian tersebut dikeluarkan sebelum 1 April ini.

“Beliau hanya berjanji tetapi sehingga hari ini beberapa hari sebelum GST dikuatkuasakan pada 1 April kajian impak itu masih belum ditunaikan secara tuntas dan jelas bagi menyanggah dakwaan Bank Dunia tadi bahawa GST Malaysia juga adalah regresif dan sangat membebankan rakyat khasnya golongan miskin,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Katanya, kajian Bank Dunia mengesahkan semua model GST termasuk di Malaysia adalah regresif dan songsang terhadap kumpulan berpendapatan rendah.

Menurut Dzulkefly, mengikut Bank Dunia, sukar mencerakinkan keperluan semua golongan kelas rakyat dengan disifar dan dikecualikan barangan dan perkhidmatan itu dalam GST. GST tetap regresif mengikut Bank Dunia itu.

“Pak Menteri juga tidak boleh buat pekak terhadap bebanan GST ini yang sifatnya sangat ganas terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana (regresif) berbanding yang kaya.

“Potongan cukai korporat dan cukai pendapatan tidak relevan bagi mereka. Gaji minima pun pada yang bergaji serta juga BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) tidak mencukupi,” katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang GST penting sebagai sumber kewangan negara selain minyak dan gas, Dzulkefly berkata fakta itu bercanggah dengan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz yang menolak mitos negara hanya bergantung kepada sumber minyak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, Zeti dalam laporan akhbar The Star pada 14 Februari lalu berkata, negara tidak terlalu terkesan dengan kejatuhan minyak mentah dunia kerana ada pelbagai sumber ekonomi negara (diversified) , eksport dan hasil negara kerana “permintaan domestik” adalah “tunggak dan pemacu” pertumbuhan.

“Jelasnya kalau begitu penjelasan gabenor Bank Negara, yang paling pakar perihal ekonomi negara, mengapa dan apa lagi yang disanggah oleh pak menteri ini,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, permintaan domestik mampu dijana dengan meningkatkan pendapatan boleh berbelanja isi rumah, keupayaan syarikat dan kerajaan, apabila lebih besar pendapatan rakyat lebih besar mereka berbelanja.

“Fahamkah pak menteri GST bukan sahaja mencekik rakyat dengan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan, tetapi sekali gus juga akan mengurangkan kuasa berbelanja dan membeli rakyat serentak permintaan isirumah’.

“Permintaan menjana bekalan dan kegiatan ekonomi oleh pihak pengeluar dan pembekal termasuk faktor kegiatan import eksport,” katanya.

Mustapa semalam dilaporkan berkata, GST diperlukan bagi menampung kenaikan gaji perkhidmatan awam termasuk bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah.

“Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dzulkefly turut menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan supaya menangguhkan cukai ganas dan regresif ini.

“Tutuplah lubang-lubang kebocoran, pembaziran, hentikan amalan kronisme dan pembolotan dengan urus tadbir kewangan negara dengan penuh kebertanggungjawaban bagi meningkatkan hasil negara secara mapan.

“1MDB adalah mercu tanda segala kecurangan, kebobrokan dan kemungkaran ekonomi dan kecurangan tata kelola kewangan negara. Kebocoran tidak mampu diatasi GST.

“Wajarkah rakyat dicukai, khasnya golangan miskin dan berpendapatan rendah, sementara pimpinan dan penguasa politik bermewah dan kaya raya?,” katanya merujuk kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad yang dibebani hutang besar. – 29 Mac, 2015.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tuntut-janji-kastam-bentang-kajian-impak-kewangan-gst#sthash.G28q7Uxe.dpuf

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: