Skip to content

Kemelut 1MDB dan Serangan Ringgit – Apa kata Menteri Kewangan?

February 6, 2015

Published: 6 February 2015 4:28 PM (TMI)

Isu tentang pemilik The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, yang dituduh menyerang ringgit untuk menjatuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi keuntungan peribadi tetiba menjadi kemelut hangat dalam pasaran forex sejak dilaporkan oleh sebuah blog “Exposing The Truth of Malaysians” dengan tajuk “How Tong Kooi Ong is attempting to break Bank Negara and crash the Ringgit” (28 Januari).

Tong membuat penafian (dengan kenyataan akhbar) atas tuduhan tersebut (shorting the ringgit) sebanyak dua kali sementara Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan pandangan beliau Tong diserang kerana banyak membuat pendedahan dan mengkritik tentang tadbir urus 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam medianya The Edge. Dr Mahathir juga dikatakan digunakan oleh Tong bagi melancarkan serangan terhadap 1MDB.

Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar tentang dakwa-dakwi pihak yang tertuduh dan kini pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga mahukan kes yang disebutnya sebagai “economic saboteur” atau ‘penyangak ekonomi’ dibawa ke muka pengadilan.

Namun sekadar merakamkan sahaja, banyak pihak yang membuat komentar keupayaan Tong dengan US$1 bilion untuk menggugat keutuhan BNM yang mempunyai RM400 bilion sementara seluruh (total transaction) pasaran forex adalah sebanyak US$1 trilion adalah tidak menasabah. Peliknya isu ini masih nampaknya mahu dimainkan oleh pihak kerajaan PM Najib.

Persoalan saya untuk pihak Menteri Kewangan Najib dan BNM, yang berkebetulan adalah dipimpin oleh seorang tokoh Governor Central Bank yang diiktiraf dunia adalah seperti berikut:

a. Apakah langkah “supervisory and regulatory” yang dikemaskinikan oleh BNM sejak negara didakwa diserang oleh George Soros dalam krisis Kewangan Asia 1997 dahulu?

b. Mengapakah Tong didakwa melepasi kesemua “surveillance and supervision” peraturan “oversight” yang sepatutnya dikuatkuasakan oleh BNM?

c. Mengapakah BNM, dalam kes Tong ini, tidak memanggil beliau atas tuduhan beliau dikesan melakukan spekulasi matawang ringgit ini untuk beberapa bulan sejak Ogos 2014?

Kesemua ini mesti dijawab oleh Najib yang kini dilihat termakan atau mungkinkah ada juga yang mendakwa menjadi dalang dalam mencetuskan “fiasco” ini kerana “expose” yang dibuat oleh The Edge?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin hari ini (laporan Bernama) membuat kenyataan menyuruh semua hentikan membuat tuduhan tentang penyangak ekonomi atas dasar spekulasi kerana memburukkan lagi suasana ekonomi negara.

Nada ini adalah berlainan dengan Najib dan Ahli Parlimen Kepala Batas yang telahpun membuat tuduhan wujud kelompok yang mahu menyerang BNM dan ekonomi negara dan mahu tindakan diambil.

Semalam Todayonline melaporkan BNM mahukan semua pemberi pinjaman (yakni banks sebagai lender) mengepastikan akan pinjaman yang dibuat untuk transaksi ‘jualan pendek’ atau ‘short selling’ melibatkan pertukaran ringgit dan wang asing (contohnya US dolar) mesti disertakan dengan dokumentasi sebagai peringatan tegas bersabit perkembangan mutakhir ini.

Jelasnya bagi saya, BNM sememang mempunyai mekanisme memantau pasaran pertukaran asing ini dengan teliti.

BNM juga memantau pergerakan forex atau pertukaran asing ini nisbah dengan jumlah simpanan asing yang BNM milikki. Tidak mudah juga untuk mengambil kedudukan hari ini untuk membuat serangan terhadap matawang ringgit.

Ringkasnya mekanisme ‘penyerang mata wang’ ini begini. Mereka menjual satu mata wang contohnya ringgit dengan membeli US dolar dengan harapan bila mata wang (ringgit) itu jatuh akan membelinya semula dengan dollar pada harga yang lebih murah. Keuntungan mereka adalah perbezaan harga jualan dan pembelian kemudiannya.

Isu kedua

Aspek kedua yang saya ingin rakamkan dalam sidang akhbar ini adalah bersabitan hutang 1MDB sebanyak RM2 bilion yang kini beberapa tertunggak sejak tarikh 30 November 2014 setelah diberikan lanjutan dua kali dan kini melepasi tarikh lanjutan pada 31 Januari lalu.

Informasi yang saya ada ialah hutang 1MDB ini telah pun dianggap sebagai Hutang Tak berbayar atau NPL oleh bank-bank yang terlibat.

Maybank Berhad dan RHBCapital Berhad adalah bank utama (lead lenders) sebanyak 58.99% dan 32.41%, di samping yang lain seperti Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Berhad (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

Untuk ingatan umum, hutang RM2 bilion ini adalah sebahagian dari hutang RM5.5 bilion dibuat oleh anak syarikatnya, Powertek Investment Holding Sdn Bhd (PIH) pada May 2014 unutk membiayai pinjaman sebanyak RM6.17 bilion sebagai ‘bridging loan’ yang dibuat ketikan 1MDB membeli PIH dari Tan Sri Ananda Krishnan pada 2012.

Ananda menjual PIH kepada 1MDB dengan harga RM8.5 bilion pada tahun tersebut.

Laporan dari The Edge Financial Daily minggu lalu melaporkan Ananda sebagai juga orang yang menjamin pinjaman 1MDB bersetuju memberikan pinjaman ‘interim’ (sementara) kepada 1MDB sebanyak RM2 bilion untuk melunaskan hutang Maybank dan RHBnya.

Kesemua pergolakan ini meninggalkan persepsi yang sangat buruk terhadap 1MDB yang kerap didakwa pihak kerajaan, khususnya Datuk Ahmad Maslan kedudukan kewangan 1MDB adalah sihat. 1-MDB juga mencetuskan risiko sistemik kepada institusi perbankan serta menambah ‘contingent liability’ (resminya RM9.6b) kepada Kerajaan Persekutuan sekaligus risiko untuk diturun ‘penarafan berdaulat’ oleh agensi penerafan atau ‘rating agencies’.

Dengan kata lain 1MDB tidak lagi mampu mendapat pinjaman bank dan meminjam kepada individu yang tidak diketahui apakah terma dan syarat-syarat pinjaman tersebut seandainya 1MDB gagal melunaskan hutang kepada bilionair tersebut.

Mengikut laporan kewangan mutahir 31 Mac 2014, asset 1-MDB ialah sebanyak RM51.4b dan hutang sebanyak RM49.97b dan kerugian sebanyak RM665.4 juta. NTA adalah sebanyak RM1.43b.

Hutang 1MDB adalah 4% dari KDNK dan lebih besar dari seluruh GLCs (tak termasuk pihak bank). Dikatakan juga 1MDB mendapat pulangan dari pelaburan di Cayman Island yang penuh kontroversi itu sebanyak RM3.9 bilion mutakhir ini. Namun mengapa 1MDB masih terbelenggu dalam kemelut tidak mampu membayar hutangnya.

Seandainya gagal melunaskan hutang ini, 1MDB boleh menjadi punca kepada ancaman sistemik (systemic risk) sekaligus menjejaskan ‘penarafan berdaulat’ atau “sovereign rating” negara. Kerajaan Persekutuan juga ada menjamin hampir RM10 bilion dalam pinjaman yang dibuat 1MDB.

Berdasarkan kesemua rentetan pergolakan di atas adalah wajar supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertindak untuk memanggil 1MDB selaku sebuah badan pelaburan berdaulat negara kedua, di samping Khazanah Nasional Berhad, yang dipengerusikan Lembaga Pengarahnya oleh Najib sendiri, bagi melunaskan tanggugjawabnya sebagai badan pemantauan Parlimen.

Kita tidak boleh meletakkan hujah 1MDB yang diaudit tidak perlu diaudit lagi kerana terlalu rumit dan sukar seperti yang disebutkan oleh Pengerusi PAC tempoh hari.

Contoh Enron yang diaudit oleh Anderson dan Transmile, oleh Deloitte di negara kita sendiri, sudah cukup mengingatkan kita bagaimana sebuah firma antara the ‘Big 4’ di dunia melakukan pelbagai “accounting fraud” dalam kes skandal Transmile Berhad dan juga lebih besar kes Enron.

Ataukah lebih baik lagi bagi Najib memulakan satu audit khas oleh Auditor General atau melibatkan sebuah Badan Audit Bebas yang berwibawa untuk meneliti dan membedah segala kesemua kegiatan dan tadbir-urus kewangan dan pelaburan 1MDB yang menjadi sasaran kritik oleh pelbagai pihak.

Saya mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada ketegasan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, seandainya beliau berani mengambil tindakan tegas dan tuntas seperti itu. – 6 Februari, 2015.

* Sidang akhbar Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kemelut-1mdb-dan-serangan-ringgit-dr-dzulkefly-ahmad#sthash.kfIZiSpR.dpuf

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: