Skip to content

Tidak perlu kerajaan campuran untuk bina semula Kelantan, kata Husam. Ya, lunaskan hutang royalti, (TMI) kami bina Kelantan kembali.

December 31, 2014

Published: 31 December 2014 (TMI)

Kerajaan persekutuan sepatutnya bayar royalti minyak kepada Kelantan untuk membolehkan PAS bina semula negeri itu, kata Naib Presiden PAs Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.

Kerajaan persekutuan sepatutnya bayar royalti minyak kepada Kelantan untuk membolehkan PAS bina semula negeri itu, kata Naib Presiden PAs Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.

Kerajaan persekutuan sepatutnya bayar royalti minyak kepada Kelantan untuk membolehkan PAS bina semula negeri itu, kata Naib Presiden PAs Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.Pimpinan PAS Kelantan menolak cadangan supaya kepimpinan PAS dan Umno di negeri itu mengetepikan politik mereka dan membentuk kerajaan campuran demi memastikan rakyat Kelantan mampu bangkit menghadapi situasi yang teruk selepas banjir.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kerajaan persekutuan sepatutnya membayar royalti minyak yang ia hutang dengan Kelantan supaya kerajaan PAS boleh membina semula negeri itu.

“Apa kata Petronas yang mengaut kekayaan dari laut Kelantan tanpa apa-apa sumbangan selama ini menunjukkan jiwa kemanusiaannya dengan memberikan RM3 billion bagi tujuan itu?” kata Husam dalam satu kenyataan.

Beliau pada masa lalu pernah mengetuai kempen menuntut Putrajaya membayar wang royalti kepada Kelantan bagi petroleum yang digali dari perairan negeri itu sama seperti bayaran yang dibuat kepada Terengganu.

PAS Kelantan berulang kali mendakwa Putrajaya sengaja menangguhkan pembayaran royalti itu kerana kerajaan negerinya tidak ditadbir Barisan Nasional (BN).

Husam mengulas cadangan dibuat salah seorang tokoh anak Melayu Kelantan, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, pengasas Kumpulan Media Karangkraf, dalam akhbar miliknya Sinar Harian.

Katanya, rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam pertembungan ideologi antara dua parti politik iaitu BN dan PAS di negeri itu, “hanya melalui pembentukan kerajaan campuran, usaha membangunkan kembali Kelantan akan menjadi lebih mudah.”

Hussamuddin berkata, kerosakan yang dilihat selepas situasi banjir ini pulih akan “amat luar biasa.”

“Saya bukan hendak perkecilkan kerajaan Kelantan, tetapi saya rasa mereka tidak mampu hendak kendalikan semua ini,” katanya sambil mengatakan rakyat Kelantan memerlukan bantuan kuasa yang besar dan mutlak supaya mereka boleh bangkit semula seperti keadaan sebelum banjir.

Beliau mencadangkan diadakan “gencatan politik” PAS dan Umno, sekurang-kurangnya selama 2 tahun bagi membolehkan usaha memulihkan keadaan di Kelantan seperti sediakala berjaya.

Mengulas cadangan itu, Husam yang merupakan bekas exco kerajaan negeri itu berkata, lebih baik Putrajaya membayar saja wang royalti kepada Kelantan.

“Semasa menunggu helikopter di hangar Lapangan Terbang Kota Baru, dapat dilihat susunan helikopter operator yang terkait dengan pelantar Petronas di laut Kelantan.

“Ini masa yang tepat untuk Petronas melunaskan ‘hutangnya’ pada rakyat Kelantan,” katanya. – 31 Disember, 2014.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-perlu-kerajaan-campuran-untuk-bina-semula-kelantan-kata-husam#sthash.kLdGUT9j.dpuf

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: