Skip to content

Solidariti Rentas Perbezaan Pertahan Sheikh Yusuf al-Qaradawi termasuk Presiden Obama dan Pope Francis et al.

December 23, 2014

Published: 23 December 2014 (TMI) – Dzulkefly Ahmad

Genap setahun Maulana Abdul Kader Mulatlah, Setiausaha Agung Jamati Islami Bangladesh syahid di tali gantung akibat hukuman zalim Mahkamah Internasional di Bangladesh.

Hukuman penjara seumur hidup pada bulan Februari berubah menjadi hukuman mati pada bulan Disember pada 2013. Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah berpunca dari protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadapnya terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan.

Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum itu mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.

Jelasnya ia satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Nah, kini Ummat Islam berdepan dengan satu lagi episod pemangsaan zalim dan kali ini terhadap Ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Langkah Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kerana didakwa terbabit dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir menampakkan pengguasa politik dunia yang sangat ringan terhadap sensitiviti Ummat Islam bahkan bersedia bersekongkol dengan regim diktator As-Sisi.

Tindakan Interpol jelasnya juga tidak langsung mempedulikan masyarakat antarabangsa yang mengenali tokoh cendiakawan Islam ini sebagai lambang ‘Kesederhanaan’ atau ‘Wasotiyyah’ Dunia Islam dengan kepemimpinan serta pencerahan bimbingan ilmunya, yang juga antara tokoh Ulama yang mempelupori ‘Dialog Antara Peradaban’ atau ‘Civilizational Dialogue’, sekaligus mampu menangani konflik dan ekstremisme beragama.

Semasa Kebangkitan Rakyat berdepan dengan kezaliman regim diktator Mesir beliau menekankan pendekatan aman secara demokrasi dan tidak mengizinkan Pemuda mengambil pendekatan kekerasan.

Apakah tindakan pemimpin negara Ummat Islam khasnya Malaysia yang pernah menganugerahkan beliau Tokoh Ma’al Hijrah sedikit waktu dahulu? Apakah kita akan dihampakan oleh kepimpinan negara-negara Ummat Islam khasnya dalam OIC?

Bahkan saya minta untuk melanjutkan penggemblengan Solidariti ini secara lebih ‘lnclusive’ dan meluas lagi dengan meminta supaya President Obama sendiri campur tangan dalam mempastikan permintaan Mesir tidak diraikan dan dilaksanakan INTERPOL.

Kalau Presiden Obama mampu melakukan Pemulihan Hubungan Diplomatik dengan Presiden Raus Castro dan Cuba, yang pernah ditanggapi Amerika Syarikat sebagai ‘Penaja Terrorisme’, maka tentunya Presiden Obama mampu mempastikan seorang tokoh Ulama terbilang di dunia Islam ini diberikan segala kemuliaan perlindungan dan tidak dihina sebegini.

Lanjutan itu juga Ummat Islam sangat berbesar hati sekiranya Pope Francis, Pontif Vatican itu selaku mewakili 1.2 bilion warga Katolik Kritian menghulurkan Solidariti bagi mempastikan sekaligus gejala ‘Islamophobia’ dapat dikendurkan dalam perhubungan antara agama yang sedang melalui proses pemulihan mutakhir ini.

Baca seterusnya di sini…
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/solidariti-semua-mempertahankan-sheikh-dr-yusuf-al-qaradawi#sthash.EHTa5XVR.dpuf

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: