Skip to content

Cabaran Ekonomi Malaysia 2015…..Over to You, PM/FM @NajibRazak!

December 22, 2014

cabaranEkonomi2015

(ini adalah interview sepenuhnya dgn wartawan Harakah, Nyza Yusof. Seperti yang saya janjikan dalam Fb, saya akan terbitkan dalam blog saya. Sila baca dan share. TK).

 

“Rakyat Perlu Tahu Derita Tahun 2015

  1. Kenapakah harga minyak mentah terus menjunam? Berapakah ramalan harga setong paling rendah nanti?

Punca kejatuhan minyak mentah dunia adalah tertakluk kepada ‘Hukum’ Permintaan dan Pembekalan yakni ‘Supply-Demand Economics’. Dengan kata lain, pada bulan June tahun ini harga minyak mentah (cth Brent Crude) adalah US$115 setong dan secara mendadak pada pertengahan Disember ini telah menjunam ke paras US$59 setong. Ramai yang terpinga-pinga.

Dalam satu dekad yang lalu, pertumbuhan China dan ekonomi global rancak yang menjadikan permintaan tinggi. Sementara itu negara seperti Libya dan Iraq berdepan dengan konflik yang menyebabkan bekalan kurang. Iran dikenakan ‘embargo’ oleh Amerika. Kesemua ini menyebabkan permintaan tinggi dan bekalan kurang. Maka harga minyak tinggi.

Dalam pada itu Amerika dan Canada mencari punca baru minyak mentah dari sumber batu ‘shale rock’ berbanding kaedah lama dari ‘batu pasir’ (sandstone) dan mula menghasilkan minyak dari sumber teknologi baru ini dari batu shale ini. Namun kos pengeluaran minyak dari sumber ‘shale formation’ ini adalah tinggi dikatakan dalam lingkungan US$70 setong.

Nah, ketika ekonomi China mula perlahan dan guna tenaga serta permintaan minyak mereka berkurang  tetapi pengeluaran minyak oleh negera OPEC terus seperti biasa, maka berlaku bekalan melebihi permintaan. Akibatnya harga mula turun. Itulah punca utama kejatuhan harga minyak mentah dunai samada jenis Brent Crude atau Tapis Blend.

Ada yang meramalkan harga akan jatuh ke paras US$40 ke US$50 setong untuk kedepan ini.

  1. Kenapakah  Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengizinkan keadaan ini berlaku?

Negara-negara OPEC seperti Arab Saudi, UAE dan Iran tidak mahu mengurangkan pengeluaran minyak mereka. Mereka sebenarnya takut kehilangan ‘penguasaan pasaran’ atau ‘market share’ bila mengurangkan pengeluaran. Masing-masing mengatakan, jika dikurangkan, negara lain akan mendominasi pasaran.

Nah, walaupun harga jatuh teruk sehingga US$50 setong dan mereka akan kehilangan hasil berbillion dollar tetap mereka teruskan pengeluaran. Ini membawa kita kepada pelbagai teori konspirasi persaingan kuasa dunia (power struggle).

Salah satunya OPEC sengaja lakukan untuk menjadikanAmerika tidak mampu mengeluarkan minyak dari ‘Shale’ yang tinggi dan akhirnya akan berhenti beroperasi. Ketika itu OPEC, yang merupakan satu ‘Pakatan’ atau “Kartel’ negara-negara pengeluar minyak terbesar dunia, mengharapkan harga akan kembali tinggi.

Ada juga yang membawa teori konspirasi Amerika atau Barat (bekerjasama dengan kuncu2 Saudi dan Arab Gulfnya) untuk menekankan Rusia. 45% hasil atau pendapatan Rusia adalah sumbangan dari minyak dan gas. Pada paras US$60 setong, Rusia akan mengalami penurunan 4.5% KDNK. Parah buat Rusia. Benarkah tindakan Saudi itu satu komplot Barat? Mungkin ramai yang boleh ‘membaca’ ini. AlLah lebih Mengetahui.

  1. Bagaimana pula dengan impak dan kesannya kepada Malaysia?

 Berat, sebab kita adalah sebuah negara pengekspot minyak dan hanya kita sahaja dalam seluruh Asia Tenggara ini (disamping Brunei yg mewah). Maka semua negara-negara Asean lain bersukacita dengan penurunan harga minyak mentah dunia kecuali kita. Bersekali pulak dengan kejatuhan minyak ialah kejatuhan harga komoditi-komoditi termasuk Minyak Sawit Mentah (CPO) LNG (Liquified Natural Gas).  Impak keseluruhan besar dalam penentuan imbangan dagangan dan juga kesan atas ‘Akaun Semasa’ (Current Account) yang ditentukan oleh faktor (Ekspot – Impot). Nanti saya cerita lagi.

Belanjawaan 2015 meramalkan minyak mentah dunia pada paras US$105 setong. Hari ini ia telah berkurang lebih dari 40% pada harga US$60 setong. Congakan adalah kehilangan hasil dari minyak dan gas (dari Petronas – dividend, cukai, royalti dll) kurang lebih US$25 hingga US$30 billion.

  1. Apakah kita akan dapat mengatasi kehilangan hasil ini?

Beberapa menteri sperti Dato Ahmad Maslan, DS Ahmad Husni Hanazalah dan DS Wahid Omar telah membuat kenyataan. Mereka cuba meredakan kegusaran rakyat. Kenyataan mereka dipersenda rakyat. Para analysts juga tersenyum. Itu satu hal. Yang lebih saya takuti, seperti disebut oeh beberapa pakar ekonomi, bahawa Kerajaan semacam tidak mahu menyedari kedudukan ekonomi yang bakal menjadi lebih serius lagi termasuk kesan ke atas nilai mata wang dan kesemua impak rantaiannya terhadap derita rakyat.

Kehilangan hasil ini dapat di atasi sedikit dengan penghapusan subsidi bahan bakar. Ini diramalkan menjana penjimatan dalam lingkungan RM11 bilion hingga RM13bilion.

Dengan kata lain, kita masih kekurangan dalam lingkungan RM 15 bilion.Bagaimana Najib dan Kabinet mahu atasi.

Bagi kami (Pakatan) yang perlu dilakukan kerajaan adalah ketelusan dan kebertanggung jawaban kepada rakyat untuk menerangkan kedudukan sebenarnya. Kalau perlu, dibentangkan kembali dalam satu sidang parlimen khas bagaimana kerajaan akan mengatasi ‘defisit hasil’ ini secara lebih konkrit.

Setiap kementerian khasnya JPM yang mendapat peruntukan bajet RM19 bilion, mesti menyatakan bagaimana mereka akan lakukan ‘penjimatan dan perbelanjaan berhemah’ atau langkah ‘austerity’ dengan tidak pulak menyuruh rakyat untuk ‘ikat perut’. Sebabnya jelas. Perbelanjaan rakyat adalah perlu untuk menjana ‘permintaan’ isirumah dan domestik bagi memacu pertumbuhan. ( Berketulan menyokong pandangan saya ini, baru semalam di akui pakar Bank Dunia tentang keperluan rakyat berbelanja untuk menjana permintaan dan pertumbuhan).

Hasil dari GST telah diambil kira dalam Belanjawaan dan tidak boleh dikira kembali atau dua kali kira. Congakan RM23 bilion telah termasuk dalam hasil cukai tak langsung.

  1. Apakah kesan langsung kejatuhan minyak mentah ini kepada negara?

Antara kesan langsung penurunan harga minyak mentah ini adalah menyebabkan kejatuhan nilai ringgit. Dengan kedudukan ini, kita perlu melihat pandangan penganalisa dan pakar ekonomi. Paling kuat nilai ringgit adalah ke paras US$1 bersamaan RM3.1463 pada 27 Ogos tahun ini. Kini berlaku hampir 12% penurunan nilai ringgit. Mereka menganggarkan sudah jatuh nilai ringgit berbanding dolar Amerika kepada 3.5 (yakni 1US$ bersamaan RM3.5) dan tahun depan, mereka meramalkan ia akan terus menjunam kepada 3.6. Parah!

Jadi kesan penurunan nilai ringgit kepada negara ini perlu diatasi. Ia juga perlu dilihat kesannya kepada inflasi, kuasa membeli dan kesan kepada barang yang akan diimport. Kesan kepada barang diimport akan menjadi lebih tinggi.  Mereka yang terlibat dalam urusan import ini merasakan perlu menaikkan harga sebab mengekalkan garis keuntungan. Maksudnya inflasi akan menjadi teruk tetapi mungkin dapat dibantu dengan harga bahan bakar yang rendah kini. Ia dipanggil ‘imported  inflation’. Isunya kerana nilai ringgit. Betul pengeksport akan menjadi lebih murah dan lebih laris tetapi menjual dengan harga yang lebih murah. Jadi rakyat harapnya mula faham punca-puncanya tahun 2015 tahun sengsara bagi rakyat, disamping GST dsbnya.

  1. Jadi apa kesannya kepada rakyat akibat ringgit yang menjunam?

Sekali lagi, rakyat yang akan keluar negara akan tahu. Duit kita telah ‘mengecil’ atau ‘hilang kuasa membeli’. Mereka yang berniaga atau menziarahi  negara jiran seperti Singapura atau berniaga di sempadan Thailand akan tahu kesan nilai mata wang kita yang jatuh berbanding nilai matawang negara jiran. Kuasa membeli rakyat akan terjejas dan terhakis.

Dengan gaji tidak naik, rakyat pastinya ketika itu akan mengalami inflasi yang sangat-sangat parah. Kita boleh gambarkan seperti ini. Penurunan mata wang ringgit ke paras 10% menjadi barang import akan naik 10% juga.Barang yang dulunya kita beli RM100 menggunakan dollar  sekarang akan menjadi lebih mahal dan perlu dibayar dengan harga RM110.

Akhirnya pengimport akan memindahkan kosnya kepada pengguna kerana mereka mahu mengekalkan margin keuntungan mereka. Akibatnya pasti harga barang naik.

Apabila mata wang jatuh, satu lagi gejala ‘selldown’ atau apabila pelabur asing mula keluar dan menjual pegangan bond dan instrument hutang yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia atau Malaysian Government Securities (MGS). Pegangan asing berada pada paras RM250 bilion dan hampir 45% dari MGS. Seandainya mereka jual kembali pegangan mereka ini dalam pasaran bond dan juga saham (ekuti), maka Malaysia akan mengahadapi krisis mata wang. Mata wang kita akan terus menjunam (tapi tidaklah seteruk krisis kkewangan 1997 dulu).

  1. Apakah kesan dan impak seterusnya di segi aspek ekonomi negara?

Saya kira BNM akan mula bertindak bila mula impak ini terserlah. Satu hal tentunya akan berlaku Defisit Fiskal akibat hasil yang kurang. Itu pastinya. Cuma berapa Defisit Fiskal ini? Yang jelasnya untuk mengurang kepada 3% KDNK, hanya tinggal angan-angan. Ada pakar ramalkan akan naik ke paras 3.8% nisbah KDNK. Pertumbuhan hanya mampu dijana di antara 4.7% dan 5.3% KDNK.

Kedua adalah kesan ke atas ‘imbangan dagangan’ atau Trade Surplus (Ekpot-Impot). Pada Oktober lalu (2014), lebihan (surplus) akaun semasa telah menurun ke paras RM1.2 bilion. Ia akan terus turun sehingga akan menjadi ‘defisit’ pulak sekiranya harga CPO dan LNG terus menjunam. Maka apabila lebihan  “Akaun Semasa” menjadi ‘menipis’ sehingga menjadi “Defisit”, tercetuslah fenomena “Defisit Berkembar” yakni Defisit 1. Fiskal dan 2. Akaun Semasa.

Hal ini, PM Najib tak peduli rakyat, tetapi sangat takut kepada Agensi Penarafan atau “Rating Agencies” seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard & Poor. Kalau defisit berkembar berlaku..maka Agensi Rating aka ‘Menurunkan’ ‘Kedaulatan Negara’  atau ‘Sovereign Rating’ Malaysia. Pernah kita diturunkan tahun lalu. tak silap saya A- negatif dari A- stabil. Kesan kepada negara serius..disegi persepsi pihak pelabur Malaysia ‘bermasalah’ dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon akan meningkat (yield akan meningkat)

  1. Apakah tindakan yang dibuat kerajaan dan BankNegara Malaysia (BNM)?

Ada dua langkah yang boleh dilakukan BNM. Pertama, BNM akan menggunakan International Foreign Reserve untuk membeli daripada jualan-jualan yang dibuat oleh pelabur asing. Ini bermaksud, simpanan antarabangsa negara kita akan menguncup.

Simpanan Antarabangsa kita berada pada paras RM411 bilion pada November lalu. Kalau kita tidak membelinya, akan berlaku seperti krisis kewangan Asean 1997 dahulu. Bila matawang kita ‘tidak dikehendakki’ atau dijual oleh pelabur (selling down) maka BNM tidak ada pilihan kecuali membelinya. Mujurlah kita punya International atau Foreign Reserve yang tinggi. Tetapi ini akan menelan berbillion RM. Sekarang pun saya yakin BNM telah mula membeli ringgit yang dijual.

Kedua BNM boleh menaikkan kadar faedah di negara ini dengan menaikkan kedar pinajaman semalaman atau OPR. Tetapi kaedah dan langkah ini membawa kesan yang buruk kepada rakyat terutama yang banyak berhutang kerana kos dan ansuran mereka akan juga turut naik.

Nah, akibat inflasi dari GST, penghapusan subsidi, kejatuhan nilai mata wang ringgit dan harga komoditi kelapa sawit dan getah, sukar membayangkan derita rakyat tahun 2015 ini.

Diramalkan ramai isi-rumah bahkan syarikat-syarikat akan mengalami kesukaran membayar hutang dan hutang tak berbayar atau  NPL akan meningkat. Ini  mengulangi krisis kewangan 1997 kalau entit-entiti  korporat dan juga hutang isi-rumah mengalami NPL yang tinggi. Hari ini NPL berada pada paras 1.8% KDNK. Hutang isi-rumah pada paras 86.8% KDNK. Hutang korporat berada pada paras 90% KDNK. Kesemua ini ibarat ‘Time Bomb’ yang sedang menunggu untuk meletup kalau silap langkah kerajaan!

Bagaimana ya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan?

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: