Skip to content

Isu 1MDB, isyarat untuk Najib letak jawatan – Rafizi

December 12, 2014
December 12, 2014

Isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib

 rapiji

PETALING JAYA: Tindakan pempimpin bawahan UMNO membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhadap syarikat 1MDB jelas sekali menunjukkan bahawa wujud isyarat tersembunyi supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ini merupakan perkembangan besar, maknanya ada pemimpin kanan berdiri dibelakang Khairudin untuk bertindak sedemikian akibat kegagalan pemimpin UMNO menjelaskan isu 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berikutan laporan Polis dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan supaya siasatan dijalankan kepada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana gagal menjelaskan kepada rakyat mengenai isu tersebut.

“Saya anggap ini juga sebagai isyarat tersembunyi pimpinan UMNO kepada Najib,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Jelas beliau, isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib supaya memberi perhatian dan berbincang secara mendalam mengenai 1MDB dalam UMNO.

Beliau yang juga Setiausaha Agong PKR berkata isu 1MDB lebih kurang sama dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang pada awalnya dinafikan pemimpian UMNO tentang ketirisan yang berlaku, sehingga menyebabkan mereka sendiri mendesak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan.

“Isu NFC pada awalnya dinafi pemimin UMNO, namun setelah berlakunya pergolakan dalam UMNO menyebabkan Shahrizat didesak supaya letak jawatan,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga tidak peduli sama ada ahli UMNO percaya atau tidak tentang ketirisan yang berlaku dalam 1MDB, yang penting sekarang adalah ada dalam kalangan pepimpin UMNO sudah mula bertindak menekan Najib.

“Soal UMNO percaya atau tidak, kalau mereka mula bersuara itu bukan sebab meraka ambil berat soal rasuah tetapi kerana rasuah 1MDB itu sudah tidak dapat dipertahankan lagi dengan rakyat, sebab itu segrlintir pemimpin UMNO sudah mula bersuara sekarang seperti yang berlaku NFC,” ujarnya.

Sdra ingat tulisan saya pada 18 November 2014

1MDB: Saya ramalkan Najib tumbang kerananya

DR DZULKEFLY AHMAD | 18 November 2014.

SAYA ramalkan PM DS Najib Tun Razak bakal tumbang akibat 1MDB!

Namun sukar hendak diramal waktunya secara persis. Lebih selamat kalau saya katakan selewat-lewatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan seawal-awalnya pada Perhimpunan Agung Umno akan datang.

Baca seterusnya…..

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: