Skip to content

Rakyat beli lebih murah jika syarikat minyak tentukan harga, kata PAS.

December 4, 2014
Published: 4 December 2014 (TMI)Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, harga minyak mentah dunia menurun 40% tetapi harga runcit minyak di negara ini hanya diturunkan 1.7%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2014.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, harga minyak mentah dunia menurun 40% tetapi harga runcit minyak di negara ini hanya diturunkan 1.7%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2014.

Putrajaya perlu membenarkan persaingan syarikat minyak dalam menentukan harga pasaran bagi membolehkan rakyat menikmati harga runcit yang lebih rendah, kata PAS hari ini.

Pengarah eksekutif pusat penyelidikannya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, di saat harga minyak mentah dunia mencatatkan penurunan sebanyak 40% tetapi harga runcit bahan bakar di negara ini hanya diturunkan pada kadar 1.7%.

”Sejak minyak dinaikkan 20sen pada 2 Oktober lalu, rakyat perlu menambah RM8 pada setiap pembelian 20 liter. Tidak diketahui mengapa begitu jadinya. Bagaimanakah sistem apungan terurus ini diuruskan?

“Kalau kerajaan pusat boleh memberi jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan juga stesen minyak, PAS dan Pakatan Rakyat menuntut supaya kerajaan juga terus memberi ‘subsidi’ kepada rakyat bagi memastikan harga runcit dapat diturunkan.

“Ia juga bagi mengurangkan kesan berantai terhadap barangan dan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkefly berkata, Putrajaya juga perlu mencari kaedah atau ‘benchmark’ baru yang lebih telus menggantikan Mean of Platts Singapore (MOPS) dalam mengira harga minyak runcit semasa.

“Mengapa guna MOPS sehingga kini? Kita cukup kapasiti menapis minyak selama 30 tahun dari 1983 membangun industri penapisan minyak dan gas yang sudah matang di Melaka, Port Dickson dan Terangganu.

“Mekanisme Harga Automatik (APM) juga memerlukan satu kajian semula,” katanya yang mendakwa Brunei dan dan Arab Saudi tidak lagi menggunakan sistem MOPS.

Berkuatkuasa 1 Disember lalu harga runcit RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan, harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

“Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

“Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun).”

Ekoran itu, Dzulkefly turut mencadangkan kerajaan untuk menetapkan “Harga Siling” atau “Ceiling Price” bagi petrol dan diesel, bersesuaian dengan harga pasaran semasa.

Kerajaan juga, tambah beliau diminta memberi keizinan kepada lima syarikat minyak yang beroperasi ‘bersaing antara satu sama lain‘ dalam menwarkan harga runcit di station petrol.

– 4 Disember, 2014.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-beli-lebih-murah-jika-syarikat-minyak-tentukan-harga-kata-pas#sthash.Ij4e4byY.dpuf

PAS desak Najib bertindak ‘pertahan’ nilai ringgit.

ANIS NAZRI | 04 Disember 2014. (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah dunia turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, selain faktor sentimen dan persepsi di kalangan pelabur.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan sebagai negara tunggal dalam mengeksport minyak di seluruh Asia Tenggara, sentimen dan persepsi terhadap Malaysia akan jatuh, ditambah dengan hutang negara yang semakin membengkak.

“Apabila harga minyak mentah menjunam, hasil negara akan berkurangan selain hutang kerajaan yang kekal membengkak. Maka ia akan menyebabkan persepsi dan sentimen terhadap negara jatuh apabila mereka mula menolak untuk berurusniaga dalam nilai ringgit (dan lebihan akaun semasa mula menurun),” tegas beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Begitu juga penggantungan nilai mata wang itu, katanya berdasarkan konsep permintaan dan penawaran yang jelas akan terjejas apabila permintaan terhadap ringgit berkurangan.

Katanya, sekiranya permintaan terhadap Ringgit Malaysia tinggi, maka nilai mata tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbuat sesuatu bagi memastikan nilai mata wang dipertahankan, selain mengawal perbelanjaan dan hutang negara gan dengan lebih pruden serta tidak terus culas.

Dalam pada itu, beliau berkata biarpun harga minyak mentah dunia terus menjunam, ia bukanlah satu petanda baik bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak di Asia Tenggara.

Malah, kejatuhan harga minyak mentah dunia itu menyebabkan negara berisiko untuk kehilangan hasil negara, yang kini sudah mencecah RM25 bilion bersamaan dengan 2.3% KDNK.

Dzulkefly menegaskan keadaan itu bertambah rumit dengan hutang kerajaan yang terus membengkak, di samping pelbagai keberantakan sosio-politik di garis etnik dan agama muktahir ini.

“Ketika negara-negara jiran bergembira dengan penurunan harga minyak mentah dunia itu, ia berbeza dengan Malaysia yang disifatkan sebagai negara pengeksport minyak ” kata beliau.

Sekalipun RON95 dan RON97 telah diturunkan, katanya rakyat tidak teruja dengan keadaan itu kerana harga diesel dinaikkan 3 sen ekoran kejatuhan minyak mentah dunia ke paras $68 se tong.

“Ramai sangsi bagaimana kira-kira dibuat tentang harga runcit, di mana pada penurunan minyak mentah 40 peratus sejak September lalu, dari $115 kepada $70, penurunan hanya pada takuk 1.7 peratus sahaja. Apakah dan bagaimanakah  apungan terkawal dilakukan kerajaan?” soal beliau.

Jelas Dzulkefly, harga runcit ditentukan oleh Mean of Platt Singapore (MOPS) yang memasukkan kos operasi sebanyak 9.54 sen, 5 sen keuntungan syarikat minyak, 12.19 sen keuntungan stesyen minyak dan 5 sen Alpha yang berperanan sebagai penimbal, yang kesemuanya berjumlah 31.77 sen.

Tambah Dzulkefly, jika dilihat kepada mekanisme MOPS ini, kerajaan dilihat memberi jaminan keuntungan kepada syarikat-syarikat dan stesyen-stesyen minyak, bagaimanapun tidak memberi jaminan kepada rakyat.

Sehubungan itu, tegas Dzulkefly sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia disarankan agar mewujudkan “Tanda Aras” atau “Benchmark” kita tersendiri yang menandingi MOPS. Brunei dan Saudi tidak menggunakan MOPS.

Sudah sampai masanya, kata beliau Malaysia yang berkeupayaan untuk menapis sendiri minyak memikirkan tanda aras tersendiri bagi mengelak ketidaktelusan tentang hitungan MOPS kerana kita sudah punya ‘piawaian’ dan tahu akan segala kos dalam mengeluarkan RON 97, RON95 dan diesel di negara ini.

“Kita telah lama menggunakan MOPS, sedangkan keupayaan negara menapis minyak dan gas sudah melebihi 30 tahun, dengan stesyen penapisan di Port Dickson, Melaka, dan Terengganu. Kita menapis seluruh minyak mentah kita sendiri  500,000 tong atau barrel sehari ” tegas beliau.

Ekoran itu, beliau turut mencadangkan kerajaan untuk menetapkan “Harga Siling” atau “Ceiling Price” bagi minyak, bersesuaian dengan harga pasaran semasa.

Kerajaan juga, tambah Dzulkefly diminta memberi keizinan kepada lima syarikat minyak yang beroperasi ‘bersaing antara satu sama lain‘ dalam menwarkan harga runcit di station petrol.

“Pengusaha stesyen minyak boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga siling, yang mana boleh dilihat diamalkan di negara maju lain. Dengan cara ini, ia membolehkan satu persaingan di antara penguasaha minyak, selain memberi banyak pilihan kepada pengguna,” kata beliau.

Malah, Dzulkefly berkata langkah tersebut dilihat tidak menyalahi undang-undang dan boleh diamalkan di negara ini.

HARAKAHDAILY 4/12/2014

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: