Skip to content

“Memberi subsidi bukan satu jenayah dan menerima subsidi juga bukan suatu dosa” – Dzulkefly Ahmad

November 20, 2014

Minyak: Bukan kerajaan bagi subsidi, rakyat terpaksa bayar lebih

Oleh: NAEEM RAFFI (Selangorkini)

SHAH ALAM, 20 NOV: Pemberian subsidi bukan satu jenayah dan menerima subsidi jugak bukan suatu dosa, kata Pengarah Pendidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad.

Kenyataan itu merujuk kepada sikap kerajaan yang teragak-agak menurunkan harga minyak walaupun harga minyak mentah pasaran dunia jatuh 20 peratus, sejak dua bulan lalu (USD78satu setong semalam).

“Malangnya di negara ini, tanggapan kepada (memberi) subsidi itu tidak ubah seperti jenayah dan (rakyat) terima pula seperti satu dosa. Istilah “Transfer Payment” (maksud subsidi) wujud dalam Makroekonomi sebagai alat atau kaedah yang digunakan sebuah kerajaan untuk mencapai sesuatu maksud “Pengagihan Semula Pendapatan atau Hasil” atau  “Redistribution Of Income”.

“Nah, kalau kerajaan telah mengurus kewangan negara dengan culas dan boros, berhutang sehingga 53.8% dari KDNK dan 16 tahun menanggung defisit fiskal, tak patutlah kini memangsakan rakyat dengan cukai baru (GST) dan menarik balik subsidi. Peliknya kepada kroni (umpama IPP) diteruskan”.tegasnya lagi.

Demo Bantah Minyak Naik Depan Parlimen (11)“Untuk menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat pemberian subsidi itu perlu dan wajar. Lihat sahaja di negara maju, kerajaan salurkan pelbagai bentuk subsidi kepada rakyat termasuk kadangkali memberi subsidi yang begitu besar untuk pertanian bagi menjadikan sektor itu mampu berdayasaing,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sebelum ini, Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa rakyat terus memberikan tekanan dan mendesak Kerajaan Pusat menurunkan harga petrol.

Pada 18 November lalu, kerajaan menurunan RON97 kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.75 seliter sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel Kerajaan Persekutuan hanya RM2 bilion bagi tahun 2015 apabila unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong bagi tahun 2015.

harga-minyak-naik-20-senKatanya, jumlah subsidi itu adalah penjimatan RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.

Pada Oktober lalu, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter dalam usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi.

Justeru, pihaknya berpandangan kerajaan wajar menurunkan harga petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi hasil penjimatan ekoran harga minyak pasaran dunia yang semakin turun.

Sehubungan itu, Rafizi akan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember ini jika harga petrol RON95 dan diesel tidak diturunkan, yang mana PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember ini.

dr dzul close 01Mengulas lanjut, Dr Dzulkifly berkata demontrasi bukan pilihan utama, namun ia adalah langkah yang munasabah jika kerajaan terus berpeluk tubuh meminggirkan kebajikan rakyat.

“Kalau turun ke jalanan berdemontrasi itu langkah terakhir buat rakyat, saya kira ia sangat munasabah jika cara diplomasi yang diambil menemui jalan buntu apabila kerajaan masih pekak dan tidak peduli rakyat.

“Kerajaan menanggung subsidi yang kurang (lebih rendah) dan jika harga minyak mentah dunia terus turun (dibawah USD75 setong) tetapi harga jualan petrol negara ini terus kekal (RM2.30 seliter-RON95 dan RM2.20 seliter-diesel), bukan kerajaan yang beri subsidi kepada rakyat, sebaliknya rakyat yang membayar lebih (beri subsidi) kepada kerajaan,” katanya.

-NFN-

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. tebing tinggi permalink
    November 20, 2014 1:11 pm

    Subsidi bukan satu jenayah ,tetapi ironinya BRIM pulak saolah satu peruatan sumbang yang berunsur jenayah , kerana gulongan berpendapatan tinggi tidak layak menerimanya .

    Tak kan pelik tu ?.

  2. therinaj permalink
    November 22, 2014 8:04 pm

    memberi subsidi bukan suatu jenayah dan menerima subsidi bukan suatu dosa. Yang jenayah dan dosa nya ialah bila wang rakyat tidak diuruskan dengan baik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: