Skip to content

Tiada ‘Wow-Factor’ dan Bajet ‘Roll-Over’ 2015

October 11, 2014

HARAKAHDAILY | 11 Oktober 2014.

KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri semalam, sebagai menaymbung yang lama, semacam sekadar ‘melepas batuk ditangga’.

Ini kerana melalui bajet 2015 kata beliau, Datuk Seri Najib dilihat megetahui masalah ekonomi negara, tetapi malangnya tiada ‘Wow Factor’ yang dibawa Najib sebagai penyelesaian kepada masalah itu.

Apa yang ada katanya, hanya lebih kepada ‘Roll-Over’ atau bajet mengulangi perkara sama termasuk soal peningkatan hutang dan sebagainya.

Beliau berpendapat, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menggunakan Bajet 2015 secara baik bagi mendidik rakyat tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang kini berdepan dengan risiko untuk diturunkan Penarafan Negara atau Sovereign Rating oleh Badan Penarafan Antarabangsa.

“Puncanya ialah hutang kerajaan pusat terkini RM586 bilion. 16 tahun defisit fiskal dan jaminan pinjaman oleh kerajaan ke atas GLC atau ‘contingent liabilities’ ke paras RM157 bilion.

“Pada awal pembentangan nampak macam beliau sudah insaf tetapi jelas bahawa langkah konsolidasi fiskal hanya ‘melepas batuk ditangga’ ketika perbelanjaan mewah diperuntukkan semacam  tidak berdepan apa-apa masalah,” katanya.

Menurut Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat, belanja mewah itu tetap macam lama termasuk peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri iaitu RM19 bilion dan Permata (RM711j). Projek mega tetap ada,beberapa lbuhraya seperti Pan Borneo Highway yang sudah masuk enam kali disebut dalam bajet, projek-projek hospital dan infrastruktur, pelbagai insentif-insentif cukai dan sebagainya. Sumber dana pastinya bukan dari ‘Wang Terkumpul atau Consolidated Fund’. Tentunya dari pinjaman yang akan dibuat diluar peruntukan Bajet atau dipanggil “Off-Balance Sheet Spending” atau ‘Off Budget Spending’.

“Perkara yang baik tetap baik, tapi sengaja berbelanja besar kerana takut hilang sokongan adalah sangat tidak bertanggungjawab. Najib masih belum sedar rupanya tentang disiplin fiskal.

Dzulkefly juga melahirkan kebimbangan, apakah Bajet 2015 ini akan mengalami nasib yang sama dengan yang lain dari segi ketirisan dan kebocoran yang akhirnya akan menggagalkan pencapaian program-program yang baik.

Sebab itu katanya, Pakatan Rakyat turut membentangkan belanjawan alternatif sebagai penyemak imbang agar wujud persaingan sihat. – HARAKAHDAILY 11/10/2014

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: