Skip to content

Belanjawan PR 2015: “Revolusi Desa” – antara 4 teras Tindakan Segera

October 9, 2014

SALMIYAH HARUN | 09 Oktober 2014. (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat mencadangkan Revolusi Desa bagi memanfaatkan potensi kawasan desa dengan melancarkan program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

Salah seorang jawatankuasa Belanjawan Pakatan rakyat Dr Dzulkefly Ahmad berkata peranan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangun sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara.

“Kayu ukur yang khusus akan dilaksanakan terutama dari segi kandungan teknologi projek bermatlamat untuk angkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan,”katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak bandar satelit terutama diluar Lembah Klang dengan memindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar satelit ini.

Selain itu, Revolusi Desa katanya perlu juga menekankan program perumahan desa bagi menyediakan rumah yang boleh disewa atau dibeli oleh penduduk desa pada kos yang berpatutan.

“Dibantu oleh skim insentif dari kerajaan kepada pemaju dan institusi kewangan untuk menggalakan pemaju turut membangunkan perumahan di kawasan itu,” katanya.

Menghuraikan rancangan utama Revolusi Desa, katanya, menaiktaraf mutu perkhidmatan pendidikan di desa baik dari segi infrastruktur hinggalah kepada mutu tenaga pengajar perlu dilaksankan.

“Pembinaan sekolah berasrama penuh dan separa penuh yang baru di kawasan desa agar sekolah yang lebih bermutu dapat dimaksimakan kemahiran melalui kerjasama dengan sekolah tempatan,”katanya.

Sehubungan itu, turut ditekankan dalam merealisasikan Revolusi Desa termasuklah intensif pelepasan cukai kepada koperasi atau syarikat yang berjaya menggabungkan guna tanah desa bagi menjalankan aktiviti pertanian bernilai tinggi.

Bagitu juga fungsi FAMA perlu disemak dan dinaiktaraf agar lebih berkesan dalam memasarkan keluaran ekonomi desa serta naik taraf kemudahn infrastruktur dan jaringan telekomunikasi di kawasan desa.

Justeru katanya, menghidupkan ekonomi desa juga selari dengan prinsip pentadbiran Pakatan Rakyat yang telah dimuatkan dalam dokumen sebelum ini seperti Buku Jingga dan manifesto rakyat. – HARAKAHDAILY 9/10/2014

Revolusi Desa

Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 mengiktiraf potensi ekonomi yang ada di kawasan desa dan tanggungjawab kerajaan mewujudkan sistem ekonomi desa yang memacu kesejahteraan desa.

Keutamaan menghidupkan ekonomi desa juga selari dengan prinsip pentadbiran Pakatan Rakyat yang telah dimuatkan dalam dokumen-dokumen sebelum ini seperti Buku Jingga dan Manifesto Rakyat yang akan mengangkat desentralisasi wilayah sebagai satu pendekatan pentadbiran utama.

Melalui desentralisasi, Pakatan Rakyat akan melancarkan program-program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan ke kawasan-kawasan desa agar sumber ekonomi yang memacu kegiatan ini akan turut serta dialihkan ke kawasan-kawasan desa.

Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 mencadangkan Revolusi Desa untuk memanfaatkan potensi ekonomi kawasan desa.

Rancangan utama Revolusi Desa adalah seperti berikut:

1. Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangunkan sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara. Kayu ukur yang khusus akan dilaksanakan terutamanya dari segi kandungan teknologi projek yang dilaksanakan, peluang pekerjaan yang dihasilkan, kecekapan guna tanah dan lain-lain. Matlamatnya adalah untuk mengangkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan di samping menyuntik kegiatan ekonomi yang boleh mengatasi faktor-faktor kehambaran yang dihuraikan sebelum ini.

2. Mewujudkan lebih banyak bandar satelit utama di luar Lembah Klang dan dipindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar-bandar satelit ini. Kawasan desa yang berhampiran dengan bandar satelit utama ini akan mendapat kesan ekonomi dari meningkatnya aktiviti ekonomi di bandar-bandar satelit ini.

3. Program perumahan desa untuk menyediakan rumah yang boleh disewa atau dibeli oleh penduduk desa pada kos yang berpatutan. Program ini perlu dibantu oleh skim insentif dari kerajaan kepada pemaju dan institusi kewangan untuk menggalakkan pemaju turut membangunkan perumahan di kawasan (sama ada dalam bentuk potongan cukai, insentif modal atau usahasama tanah) dan institusi kewangan memberikan pembiayaan bagi pembeli rumah di desa (sama ada dalam bentuk jaminan kredit atau pinjaman bersama).

4. Naiktaraf mutu perkhidmatan pendidikan di desa baik dari segi infrastruktur hinggalah kepada mutu tenaga pengajar. Pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh dan separa penuh yang baru di kawasan desa agar sekolah-sekolah yang lebih bermutu dapat dimaksimakan kemahirannya melalui kerjasama dengansekolah-sekolah tempatan.

5. Insentif pelepasan cukai kepada koperasi atau syarikat yang berjaya menggabungkan guna tanah desa bagi menjalankan aktiviti pertanian bernilai tinggi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan. Ini bertujuan menggalakkan gabungan tanah milik persendirian dalam satu bentuk usahasama projek yang mempunyai  skala ekonomi yang lebih besar.

6. Fungsi dan kemahiran agensi pemasaran seperti FAMA perlu disemak dan dinaiktaraf agar lebih berkesan dalam memasarkan keluaran ekonomi desa

7. Naiktaraf kemudahan infrastruktur dan jaringan telekomunikasi di kawasan desa Pakatan Rakyat percaya pelaburan seperti yang disebut di atas boleh mewujudkan gelombang kerancakan sosio ekonomi desa selaras dengan matlamat Revolusi Desa yang diangkat menjadi agenda nasional.

Sila Rujuk:

Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: