Skip to content

Surat terbuka buat Menteri Kewangan sempena Bajet 2015

October 8, 2014

Bajet 2015: Surat terbuka buat Menteri Kewangan (HarakahDaily)

Buat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Di ambang Bajet 2015, izinkan saya membuat hanya satu teguran sahaja dan akan susuli dengan yang lain kemudian.

Memang ia tidak akan dapat merubah apa-apa seperti yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Bekalan Perbelanjaan 2015.

Surat Terbuka ini bertujuan sekadar mengingatkan YB Menteri Kewangan dalam rangka nasihat serta semak-imbang sekaligus seperti dianjurkan lisan Rasul AlLah (saw)..”Bahawa Agama itu Nasihat..”.

Ini Bajet ke-enam YB sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009.

Ia bajet terakhir menutup tirai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula pada tahun 2011 dan tamat tahun 2015.

YB tidak perlu dingatkan bajet adalah alat fiskal utama sesebuah kerajaan demokrasi yang mengatur susun perbelanjaan dari sumber pendapatan.

Bajet juga membuat anggaran tentang tahap pertumbuhan yang ingin dicapai buat tahun tertentu, sekaligus menangani tahap inflasi dan pengagguran (unemployment).

Itu aspek makroekonominya.

Pujian boleh diberikan kepada YB tentang tahap pengangguran yang rendah di negara kita ini.Terkini 2.4%.

Sayugia saya ingatkan sejak 2009, YB tidak berjaya mencapai tahap ‘lulus’ dalam ‘KPI’ yakni ‘6% pertumbuhan ekonomi’ yang YB sendiri sasarkan.

Ya YB gagal, dan hanya capai 4.5% hingga 5% sahaja secara purata.

Sebab itu saya memahami YB sangat seronok kerana mencapai 6.2% pada suku pertama dan 6.4% pada suku kedia tahun ini (2014).

Saya juga faham mengapa YB suruh penerangan Umno dibuat seluruh Negara tentang ‘kejayaan’ tersebut.

Yakinlah YB, rakyat tidak akan marah dan memaki hamun YB jika tidak kesampaian angka yang ingin dicapai.

Seandainya YB berjaya capai melebihi 6% pertumbuhan pun, rakyat juga tidak memahami erti dan mungkin tidak pun dapat merasakan kesan baiknya kepada kehidupan mereka.

Nah ketahuilah YB sesungguhnya angka-angka makroekonomi ini tidak punya erti bagi rakyat teramai kecuali segelintir yang benar-benar celik ekonomi.

Namun YB seandainya saya dedahkan kepada mereka dan ‘menghasut’ mereka YB-lah Menteri Kewangan yang bukan sahaja ‘gagal’ mencapai markah lulus bahkan sebaliknya adalah Menteri Kewangan yang sangat culas, cuai bahkan ‘curang’ dalam tadbir-urus kewangan awam negara yang diamanahkan rakyat, maka kesannya adalah berat kepada YB!

Saya minta dalam Surat Terbuka ini, supaya YB berhenti membelanjakan sumber pendapatan negara dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai dan terkadangkali tidak telus dan bertanggungjawab!

Mengikut rekodnya, YBlah Menteri Kewangan yang ‘tidak pernah gagal’ memohon “Perbekalan Tambahan” atau mudahnya ‘Bajet Tambahan’ setiap tahun sejak 2009.

Saya boleh memahami keperluan YB untuk memohon bajet tambahan tahun 2009 sebab kemelut atau krisis ekonomi.

Negara memerlukan berbelanja secara ‘suntikan fiskal’ atau ‘fiscal stimulus’ untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi ‘counter-cyclical’ berdasarkan teori Keynesian.

Ya betul, tetapi YB ‘kesedapan’ dan ‘ketagih’ memohon paling tidak dua kali setahun sehingga kini, hampir-hampir RM20 bilion setiap tahun. Ini tidak termasuk RM157 bilion yang YB belanja secara ‘off-budget spending’ atau tidak dibentang dalam Bajet ke Parlimen termasuk projek infrastruktur terbesar seperti MRT dan pelbagai jaminan kepada pinjaman 1-MDB.

Semua jaminan pinjaman ini akhirnya akan menjadi hutang kerajaan Pusat seandanya mereka gagal bayar. YB juga tahu negara maju OECD, termasuk United Kingdom tidak mengizinkan perbelanjaan seperti ini dilakukan lagi. HUtang seperti inilah, antara faktor utama yang menjadi Spain dan Italy jatuh bankrap.

Hentikan tabi’at buruk ini…stop the overspending!

Lebih buruk lagi, perbelanjaan sebenarnya dibuat dahulu dan permohonan dibuat kemudian sekaligus menjadikan Parlimen satu ‘Rubber Stamp’! Bahkan paling tidak sopan, kerajaan UBN sengaja mengunjurkan ‘pendapatan yang rendah’ (revenue) supaya ‘defisit bajet’ – nisbah pendapatan rendah.

Bila pungutan cukai lebih baik dari ramalan, YB dan Kabinet memohon ‘tambahan’ kerana tidak menampakkan ‘defisit fiskal’- nisbah KDNK-yang lebih tinggi sebab ‘pengutan cukai lebih baiknya’ kononnya.
Trik lama ini bukan YB sahaja yang guna, bahkan PM terdahulu pun dah lama guna.

Baca seterusnya…..

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: