Skip to content

Warta segera barang dikenakan GST – Terutamanya Petrol

October 3, 2014

MUHAMMAD FAIZAL | 02 Oktober 2014. (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR: Pengarah‎ Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad meminta kerajaan mewartakan segera senarai barangan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan rakyat tidak terperangkap dengan keadaan ekonomi.

Menurut beliau, pewartaan senarai berkenaan, terutamanya petrol, sepatutnya dilakukan pada Ogos lalu, namun sehingga sekarang kerajaan gagal berbuat demikian.

“Ini menimbulkan teka-teki kerana kerajaan sehingga sekarang gagal mewartakan penyenaraian barangan yang bakal dikenakan GST sebanyak enam peratus.

“Kelambatan ini akan menyebabkan rakyat berada dalam perangkap ekonomi, adakah bahan bakar seperti petrol dan diesel terlibat dengan GST atau pun tidak, ini perlu dijelaskan kerajaan,” jelasnya pada program Bicara Harakah ‘Bajet 2015: Cabaran Rakyat’ di MyHarakah Bazaar hari ini.

Tambah beliau lagi, kebimbangan mula timbul apabila rakyat berdepan dengan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi menjadi RM2.30 seliter dan adakah kenaikan terus meningkat apabila GST dilaksanakan nanti.

“Pakatan Rakyat kekal membantah pelaksanaan GST oleh kerana pendapatan rakyat yang masih rendah.

“Kalau sebelum ini cukai hanya dikenakan kepada golongan tertentu sahaja tetapi dengan GST ia meliputi kesemua rakyat dan tidak ada yang terkecuali.

“Kita membawa hujah tidak mengizinkan GST dilaksanakan kerana ia merupakan cukai yang dikenakan kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatan mereka,” sambung beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut memberitahu, permentangan bajet 2015 nanti perlu menekankan sumber pendapatan baru negara dan bukannya melalui GST.

“Bajet 2015 merupakan cabaran tahun akhir kerajaan untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), sebelum beralih kepada RMK11.

“Kerajaan hanya melihat GST sebagai sumber utama sedangkan mereka tidak melihat pendapatan baru dari sumber yang lain,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 2/10/2014

Baca juga :

Minyak naik, GST: Kenaikan berantai tambah beban rakyat

Just tell us if GST will be on fuel too, PAS leader tells Putrajaya

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: