Published: 1 October 2014
Setelah tirai Muktamar PAS ke-60 berlabuh dan debu-debu tapak muktamar mendap di Batu Pahat, diri ini yang mengemudi Pusat Penyelidikan PAS sekali lagi terpaksa memungut segala peninggalan pengkisahan atau naratifnya.
Naratifnya diketahui umum cukup berbeza. Buat julung kalinya, seteru atau lawan politik terlepas dari fokus serangan, samada pembahas dari perwakilan mahupun dari pihak pimpinan dari atas pentas.
Sememangnya dari ungkapan tema Muktamar, telah jelas bahawa penekanan seluruh perjalanan Muktamar pada kali ini akan bersifat “melihat ke dalam” sebagai satu introspeksi.
Wajar juga mengorientasikan Muktamar “ke dalam” mentelahan wujud beberapa konflik yang tidak terungkai atau “unresolved conflict” sejak krisis Selangor, bahkan lebih awal dari itu.
Penulis tidak mempertikaikan hak perwakilan, khasnya kepimpinan terutamanya Tuan Guru Presiden untuk membuat mahasabah dan penegasan secara terbuka kepada mana-mana pihak sekalipun. Itu bukan sahaja hak, bahkan tanggungjawab pemimpin parti khasnya Presiden.
Baca seterusnya di sini…
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/menziarahi-semula-muktamar-pas-ke-60#sthash.mU8cXRhn.dpuf