Skip to content

Bicara Harakah ‘Bajet 2015 Cabaran Rakyat’ 2 Okt Bersama Pusat Penyelidikan PAS…JOM!

September 26, 2014

MUHAMMAD FAIZAL | 26 September 2014. (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Sempena pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober nanti, Harakahdaily dengan kerjasama MyHarakah Bazaar akan menganjurkan Bicara Harakah bagi membincangkan isu-isu yang membabitkan bajet.

Program yang pertama kali dianjurkan ini dengan tajuk ‘Bajet 2015: Cabaran Rakyat’ akan diadakan di MyBazar Harakah di Jalan Pahang Barat, di sini pada 2 Oktober (Khamis) jam 2.30 petang.

Panel yang akan dijemput bagi mengupas cabaran yang akan dihadapi rakyat adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat,  Dr Dzulkefly Ahmad, Pakar Minyak dan Gas Ajmel Hafiz Jamaluddin (Setiausaha PPP) dan Pakar Kewangan Korporat Hedzir Hanafi (Pemangku COO PPP).

Beberapa isu yang akan diketengahkan adalah tentang kesediaan rakyat menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti serta kedudukan ekonomi negara yang kian meruncing.

Selain itu juga penekanan turut diberikan kepada cabaran yang perlu dihadapi kerajaan dalam mencari sumber pendapatan negara yang baru serta tidak tertumpu hanya kepada pelaksanaan GST semata-mata.

MyHarakah Bazaar turut menyediakan cenderahati termasuk 30 peratus potongan harga apembelian buku-buku kepada mereka yang hadir pada program tersebut. – HARAKAHDAILY 26/9/2014

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: