Pakatan Harapan Rakyat, Namun Sedang Memusnahkan Diri
Dzulkefly Ahmad
Published: 1 August 2014 (TMI)
Apapun punca rentetan “keberentakan dalaman” sehingga Pakatan Rakyat sedang mengalami fenomena self destruct mode yang berpotensi membawa kepada “berakhirnya koalisi-muafakat politik” ini, Pimpinan Tertinggi mestilah segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini.
Sangat malang sekiranya Pakatan Rakyat berakhir di sini, kerana umum mengetahui bahawa inilah sahaja wadah yang menjadi harapan rakyat untuk menimbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam tadbir-urus negara serta PRU14 akan datang.
Tidak mustahil juga Pakatan mampu mengambil pentadbiran negara di Putrajaya.
Justeru itu, berpada-padalah bahkan sebaiknya segera hentikan dalam menyerang serta menembak sesama sendiri kerana kita sedang ditertawakan oleh seteru politik kita.
Mereka bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat mutakhir ini.
Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara…ya… segera sedar dan insaflah… ruang diberi kerana saudara menembak sesama sendiri… amat malang!
Rakyat mengharapkan saudara sementara saudara asyik bercakaran dan dianggap memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara!
Itulah persepsi rakyat kini, mungkin saudara tidak setuju dan saudara punya hujah yang kukuh. Ya.. semua kita merasakan punya hujah yang kukuh,tetapi itu persepsi rakyat.
Baca sterusnya di sini…