Skip to content

Pakatan desak hentikan perbincangan TPPA

July 14, 2014

| July 14, 2014

Sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza, kerajaan perlu menghentikan perbincangan mengenai TPPA kerana kebiadapan Israel disokong oleh Amerika Syarikat.

pakatan rakyatPETALING JAYA: Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat hari ini telah membuat beberapa pendirian, khususnya mengenai isu serangan Israel ke atas Palestin yang setakat ini telah mengakibatkan lebih 150 warga Palestin termasuk orang awam dan kanak-kanak terbunuh.

Kekejaman Israel berlaku ekoran menerima sokongan padu Amerika Syarikat. Pakatan Rakyat mendesak kerajaan Malaysia supaya menghentikan serta-merta kesemua perbincangan mengenai isu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan tidak menandatangani perjanjian tersebut sebagai tanda protes terhadap Amerika Syarikat.

Pakatan Rakyat juga mendesak agar diadakan satu persidangan khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan ke atas Palestin sebagaimana yang telah dibuat pada Januari 2009, demi mendengar suara rakyat tentang isu ini.

Kerajaan Malaysia juga perlu memanggil semula Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai tanda protes yang paling jelas mengenai isu ini.

Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat turut membincangkan isu serangan hendap di Pulau Mabul, Sabah yang berlaku pada 12 Julai 2014.

Pakatan Rakyat memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Korperal Abdul Rajah Jamuan, anggota Pasukan Polis Marin yang telah terbunuh sewaktu serangan hendap tersebut, dan mendoakan keselamatan Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik.

Memandangkan insiden pencerobohan kawasan perairan Sabah dibawah seliaan Esscom semakin meningkat, Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen untuk mengkaji semula keberkesanan Esscom dan Esszone.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: