Skip to content

JK Khas Mengekalkan Kebebasan Akademia

July 14, 2014

PAS tubuh JK Khas tangani pencabulan akademik

MUHAMMAD FAIZAL | HARAKAHDAILY, Julai 2014.

KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras campur tangan politik di dalam sistem pendidikan negara terutama di peringkat Institusi Pendidikan Tingga Awam (IPTA).

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayuh berkata, pemecatan tokoh akademik atas arahan politik adalah satu pencabulan kebebasan akademik yang mesti ditangani.

“Kita melihat beberapa insiden sebelum ini membabitkan pemecatan tokoh-tokoh akedemik, PAS berpendapat perkara itu suatu yang membimbangkan dan menjadi tanggungjawab kita memastikan pencabulan akedemik ini dapat ditangani.

“Kita mahu isu-isu berkaitan pendidikan dan kebebasan berpendapat diberikan kelonggaran sepenuhnya agar IPTA negara ini terus cemerlang setanding dengan negara-negara luar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini sebagi mengulas isu pemecatan Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Salahuddin turut kesal dengan tindakan Universiti Malaya (UM) itu dan menyifatkan UM tidak konsisten dengan amalanya sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan penubuhan satu jawatankuasa bertindak (Task Force) dalam menangani isu pencabulan kebebasan akedemik yang semakin meruncing.

Beliau sendiri telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut.

“PAS mengambil ke semua rentetan insiden ini sebagai peringatan keras kepada semua penguasa politik samada persekutuan dan negeri.

“Tidak kira Umno Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat agar menghormati kebebasan akedemik dan universiti-universiti awam negara ini,” sambung beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatannya sebagai Fellow Penyelidik Kanan di Universiti Malaya kerana membantah pemecat itu sebagai membuka mata kepada tentang kedudukan universiti yang dibelenggu oleh pihak Putrajaya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu setiap pandangan yang dikemukakan oleh tokoh akedemik adalah wajar dibincangkan secara umum.

“Bagi memacu kecemerlangan universiti dan keaslian sumbangan kepada ilmu dan pengkaryaan, para akedemik bukan sahaja mesti diberikan segala ruang untuk menghasilkan sumbangan ‘original dan fundamental’.

“Bahkan mesti diberikan galakan serta pengiktirafan bagi usaha-usaha menjayakan cita-cita unggul dan mulia,” kata Dzulkefly yang juga salah seorang anggota jawatankuasa tersebut. – HARAKAHDAILY 14/7/2014

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Yong permalink
    July 15, 2014 2:18 am

    Selagi BN berkuasa, selagi itu tiada kebebasan akademik. Sebab itu penulisan buku akademik juga malap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: