Skip to content

Isu Prof Redzuan: Majlis Profesor Negara perlu bangkit

July 1, 2014

SALMIYAH HARUN | 30 Jun 2014. (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Tiba masanya Majlis Profesor Negara (MPN) perlu bangkit menyatakan bantahan terhadap campur tangan penguasa politik dalam tadbir urus dan tata kelola universiti, kata Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).

“Di mana suara mereka bagi melindungi lembaga akademik dalam semua bidang termasuk sains politik, ekonomi, alam sekitar, pendidikan dll. Para akademik perlu bebas untuk menerbit dan berkarya serta menyatakan kritikan terhadap dasar dan prestasi pentadbiran..Persekutuan dan Negeri..tanpa prajudis dan bi-partisan ,” katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut berhubung penyingkiran Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Dzulkefly berkata, tindakan ini sekali gus akan melahirkan budaya takut di kalangan para akademik dan juga mahasiswa untuk menyatakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan.

Akhirnya, tambah beliau akan wujudnya pula politik membodek kerana takut untuk menyatakan kritikan kepada kerajaan sekali gus melahirkan para akademik bertaraf ‘profesor kangkung’.

“Mereka tidak boleh berkreativiti dan berinovasi, akhirnya hasil kajian tidak ada kualiti. Prestasi universiti kita pula akan merundum, dan inilah realiti universiti kita,” katanya yang juga bekas pensyarah.

Katanya, segala campur tangan politik di dalam bidang akademik akan merudumkan institusi pengajian awam negara.

Jika keadaan ini berterusan katanya, kegemilangan Universiti Malaya yang pernah menduduki tempat ke-100 di antara universiti di dunia akan tinggal kenangan sahaja. ‘Political Bigotry’ melahirkan ‘Mediocrity’ dalam budaya serta prestasi Universiti awam, seperti hari ini.

“PM cakap tentang  transformasi ianya semua adalah retorik semata mata. Transformasi dalam pendidikan nyata dirosakkan sama sekali dengan insiden hari ini.

Justeru tegasnya, Menteri Pendidikan wajar bertanggungjawab terhadap pemecatan Prof Redzuan bagi menutup kononnya pemecatan itu bukan kerana campur tangan politik.

“Ini bukan soal parti, ini adalah kelangsungan dan kecemerlangan sebuah universiti,” katanya yang turut memuji tindakan Datuk Saifuddin Abdullah yang turut meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini kerana protes.

Pentadbir Universiti Malaya telah ‘menyingkirkan’ Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Penyingkiran itu dibuat atas alasan beliau akan bersara tahun depan dan tidak akan disambung kontraknya.

Profesor Redzuan yang mengetuai UMcedel sering mengadakan kajian politiknya termasuklah beberapa siri pilihan raya umum dan kecil, namun hasil kajian yang dijalankan dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat. – HARAKAHDAILY 30/6/2014

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: