Published: 16 June 2014 | Updated: 16 June 2014 12:54 AM

Lebuhraya Kidex harus menjadi pilihan terakhir kepada kesesakan trafik di Petaling Jaya menurut firma perancangan bandar kerana pihak berkuasa seharusnya memperbaiki sistem pengangkutan awam di kawasan itu.
Presiden Institut Perancangan Malaysia (MIP) Md Nazri Mohd Noordin percaya projek bernilai RM2.42 bilion yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas itu tidak akan bertahan lama seperti Lebuhraya Kinrara-Damansara kerana ia akan mengundang lebih banyak kenderaan yang seterusnya menambahkan kesesakan.
“Mereka mungkin boleh mendakwa ia mampu mengurangkan kesesakan selepas dibina tetapi permintaan trafik dalam tempoh lima tahun akan datang bertambah dan menyebabkan kesesakan. Bagaimana selepas itu? Adakah kita akan membina lebuhraya lain?” katanya kepada The Malaysian Insider.