Skip to content

Pecah masuk Dun cemar kemuliaan dewan – Speaker

May 22, 2014

SALMIYAH HARUN | 21 Mei 2014. (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menggesa pihak polis menyiasat segera insiden pecah masuk oleh sekumpulan perusuh ke dalam sidang dewan hari ini.

Ini kerana katanya, bagi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara.

“Saya minta agar pihak polis dapat mengadakan kawalan keselamatan di hadapan pintu masuk DUN dari sekarang hingga sidang DUN tamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan ketidapuasan hati terhadap sesuatu isu.

“Dari melakukan tindakan yang kasar dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemarkan kemuliaan dewan ini, yang jelas melanggar undang-undang negara,” tegas beliau.

Beliau melahirkan kekecewaan dengan insiden yang berlaku malah ianya tidak pernah berlaku sepanjang sejarah sidang DUN di negeri itu.

Keadaan itu, katanya sekaligus mencemarkan sejarah politik negara.

Sidang DUN Pulau Pinang kecoh apabila kira-kira 10 orang telah memecah masuk ke dewan untuk menyatakan bantahan ekoran kenyataan wakil rakyat Seri Delima daripada DAP menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng di laman rasmi Facebooknya turut memuatnaik status “Umno Pulau Pinang bertindak biadap di DUN Pulau Pinang”. – HARAKAHDAILY 21/5/2014

Advertisements
One Comment leave one →
  1. May 22, 2014 9:01 am

    Kalau kita mengatakan PAS celaka , apakah implakasinya ?. PAS diangotai 100% orang Melayu Islam, walaupon PAS sebuah parti politik ,tetapi ia adalah wadah kapada umat Melayu Islam . Mengatakan PAS celaka serupa mengatakan Melayu / Islam yang mengangotai PAS itu celaka.

    Berbeda dengan PKR , yang entetinya bebilang kaum , kalau dicelakakan ia tidak merujuk atau meimplikasikan kapada satu kaum.

    MCA / MIC juga ,parti yang diangotai olih kaum tertentu , mengatakan MCA / MIC celaka serupa mengatakan “celaka” kapada Cina dan India.

    Merujuk kapada insiden , wajarkah menchelakakan UMNO walaupon didalam dewan ?, apakah orang Melayu tidak tersingong ,dan spekar dewan membenarkannya.

    Persolanya muliakah dewan yang sebagini ?.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: