Skip to content

Hudud mampu tangani beberapa juzuk masalah negara..izinkan ketentuan AlLah berperanan.

May 19, 2014

Hudud dapat selesaikan masalah negara

| May 18, 2014

Allah tidak akan meletakkan suatu hukum kalau ia bukan sebagai penyelesaian kepada seluruh umat manusia.

HududKUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yakin dengan dengan pelaksanaan hudud di Malaysia, sekaligus akan dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku di negara ini.

Menurutnya, walaupun hukum Allah itu kelihatan seperti hukuman yang keras, tetapi sebenarnya ia memberi pemahaman yang lebih mendalam betapa Allah itu sebagai Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Allah tidak akan meletakkan suatu hukum itu kalau ia bukan sebagai penyelesaian kepada  seluruh umat manusia,” katanya sewaktu ditemui oleh media di forum “Rethinking Islam and Liberal Democracy”, anjuran Global Movement of Moderates Foundation, di Menara Manulife, Bukit Damansara.

Tambah Dr Dzulkefly, kita perlu melihat apakah makna sebenar bagi istilah demokrasi itu sendiri.

“Makna demokrasi itu adalah apabila kita boleh untuk berbincang, boleh menerima dan juga boleh menolak tentang prinsip-prinsip yang dibawa oleh kami (PAS). Barulah itu dinamakan demokrasi..” katanya sewaktu diskusi tersebut.

Ujarnya lagi, dalam isu hudud, walaupun banyak cabaran yang dihadapi, namun PAS akan sentiasa berdiri teguh dengan matlamat untuk melaksanakan (mengadvokasi) hudud.

“Jangan tunggu sempurna baru kita laksanakan, kerana hudud mempunyai peranan yang tersendiri, bagi membendung masalah jenayah khusussnya curi dan rompak serta  memurnikan perhubungan antara masyarakat. Contohnya mengelakkan pertuduhan dan menangani unsur zina.” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama, pandangan daripada panel yang hadir jelas membuktikan keprihatian mereka supaya isu hudud ini dapat ditangani dengan sewajarnya sehingga objektif dan matlamatnya tercapai.

“Walaupun mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh PAS selama ini, namun ia merupakan perbincangan yang baik, matang, dan kita dapat menyaksikan pandangan-pandangan yang berbeza, dan ada juga pandangan-pandangan yang terkini,” jelasnya.

Turut hadir dalam forum tersebut adalah Presiden dan Pengasas Yayasan Cordoba, Dr Anas at-Tikriti, dan juga Dr Ahmad Farouk Musa, wakil daripada Islamic Renaissance Front, yang juga bertindak sebagai moderator.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Fairijus permalink
    May 19, 2014 8:24 am

    Bukankah semua yang berlaku ciptaan Allah? Masaalah hanya ujian. Tinggal di Malaysia, carilah cara terbaik untuk manusia dan tempatnya! Takanlah pakaian orang di Malaysia sama dengan orang di Greenland? Fikirlah sedikit!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: