Skip to content

Rakyat hilang wadah untuk tumbangkan Umno-BN sekira PR berpecah – Harakah

May 14, 2014

Rakyat hilang wadah untuk tumbangkan Umno-BN sekira PR berpecah – Harakah

KUALA LUMPUR: Sekiranya Pakatan Rakyat berpecah hanya disebabkan isu hudud yang dijadikan modal pihak lawan untuk memutuskan hubungan antara ketiga-tiga parti, ia akan menyebabkan rakyat kehilangan wadah untuk menamatkan kuasa Umno-BN, tegas AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tiada wadah untuk menentang kuasa Umno-BN, malah ketiga-tiga parti kembali sebagai pembangkang sampai bila-bila dan cita-cita untuk menguat kuasa Enakmen Syariah II akan gagal.

Beliau menjelaskan, PAS telah sedaya upaya menerangkan dan meyakinkan rakan-rakan Pakatan Rakyat perjuangan PAS tetap kekal komited ‘menegakkan keadilan untuk semua’ serta ‘mewujudkan sebuah negara berkebajikan’.

Di samping itu katanya, PAS juga menekankan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat, matlamat PAS juga untuk bersama-sama menamatkan kezaliman Umno-BN dan kebobrokan tadbir urus yang sarat dengan rasuah, pemborosan dan pembolotan kekayaan negara.

“Atas dasar-dasar dan matlamat itu kita dapat jalinkan muafakat politik dalam tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dan DAP serta   merangka ‘Dasar Bersama’ atau ‘Common Policy Framework’.

“Kita kekal dengan Pakatan Rakyat dengan dasar-dasar ini. PAS juga telah yakinkan rakan-rakan Pakatan Rakyat PAS telah menggubal atau taqninkan Enakmen Syariah II di Kelantan sejak 1993. PAS fahamkan kepada mereka juga ini adalah kehendak rakyat Kelantan dan hak demokratik mereka,” katanya lagi.

Dzulkefly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat menegaskan, PAS juga telah menjelaskan mengenai pendekatan dan mekanisme yang terkandung dalam enakmen tersebut.

“Enakmen Syariah II ini kita lakukan dalam garis demokrasi dan proses legislatif dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Kanun Jenayah Syariah merupakan tuntutan dan anjuran Allah dalam Al-Quran,” katanya.

Seterusnya beliau berkata, PAS juga menasihatkan ahli dan pimpinan PAS supaya mengawal diri dan emosi serta tidak terpedaya dengan mainan licik dan jahat pihak musuh untuk memporak peranda kesepaduan dalam Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu katanya, PAS akan memperluaskan program pencerahan dan penerangan tentang Kanun Jenayah Syariah kepada semua pihak bagi memahamkan mereka tentang keperluan dan kepentingan pelaksanaan undang-undang ini.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. May 15, 2014 3:39 pm

    BN akan cuba perbagai cara utk pecahkan pakatan PR. Sebab BN tahu kalau PAS,PKR dan DAP dan mana2 party secara bersendirian tidak akan dapat mengalahkan BN. Hanya mereka yg bodoh sahaja mahu bubarkan PR dan bertindak sendirian utk menentang BN dn berangan utk menuju Putrajaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: