Skip to content

Solidariti Bersama Semua Pekerja Di Dunia agar Hak Mereka Terus DiPerjuangkan!

May 1, 2014

(Kerana tidak sempat menulis, maka saya menaikmuat kenyataan rasmi pihak PSM bagi mewakili solidariti saya dengan harapan kepentingan warga pekerja di Malaysia dan seluruh dunia terus dibela dan diperjuangkan.

Pakar-pakar ekonomi termasuk bbrpa nobel laureatte ekonomi (Joseph Stiglitz, Paul Krugman) juga mutakhir ini merakamkan banyak berbicara tentang INEQUALITY. Isu pokoknya pada pengamatan saya termasuk di negara kita ini ialah….keuntungan (profit) dibahagikan secara tidak adil kepada “Capital” berbanding kepada “Labour”…..

Ini kunci kezaliman yang akan terus menjarakkan jurang pendapatan-kekayaan antara rakyat-pekerja dan yang Super-kaya. Inilah yang disebut sebagai fenomena “Upward Distrubution of Wealth” dan bukan sebaliknya..(Trickle -Down Economics) dan mereka mengganggap cakap-cakap ini (Downward Distribution dan Trickle-Down Economic)…sebagai ‘Total Horseshit’…Malang!)

KENYATAAN MEDIA PSM SEMPENA HARI PEKERJA 2014

Hari ini kaum pekerja Malaysia bersolidairti dengan keseluruhan kaum pekerja sedunia dibawah naungan Kaum Pekerja Sedunia Bersatu! Golongan kapitalis yang amat sedikit 1% memecah-belahkan kaum pekerja dengan menggunakan pelbagai cara – kaum, agama, umur, nasioanliti, kenegaraan, pekerjaan dan sebagainya. Bila Kaum pekerja yang mencipta segala kekayaan ini dapat dipecahkan maka kaum kapitalis bermaharajalela dengan menggunakan pelbagai cara atas nama penswastaan, GST, TPPA dan lain-lain hanya sekadar untuk memeras tenaga buruh rakyat majoriti  dan mengaut keuntungan untuk segelintir kecil.

Hari 1 Mei mempunyai sejarah yang agung. Perjuangan 350,000 pekerja yang mogok kerja pada 1hb. Mei 1886 di Amerika Syarikat iaitu 128 tahun yang lalu untuk kerja 8 jam kerja dan cuti sehari dalam seminggu adalah satu kejayaan besar kaum pekerja dan kini kemenangan ini dinikmati di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, ramai kaum pekerja dan aktivis golongan kiri yang telah terkorban dan dipenjarakan kerana melawan kapitalis dan polis untuk mendapat satu cuti umum pada 1hb. Mei. Akhirnya pada tahun 1972, Kerajaan Malaysia telah umumkan 1hb. Mei sebagai cuti pelepasan am bagi tahun 1973. Namum Syarikat swasta kapitalis enggan memberikan cuti dan ekoran satu lagi perjuangan, akhirnya Akta Pekerjaan dipinda pada tahun 1980 untuk menjadikan Hari pekerja 1hb. Mei sebagai cuti umum wajib.

 

Sejak tahun 1994, PSM bersama dengan  kumpulan-kumpulan pro pekerja cuba menghidupkan tradisi merayakan hari pekerja dengan ucapan pekerja dan perarakan. Dalam 20 tahun ini, perhimpunan kami pernah diserang polis, diistiharkan haram, ditangkap dan lain-lain. Namun demikian, kita tidak pernah menyerah diri dan kita tidak pernah berundur memandangkan hari yang cukup bersejarah ini adalah sedekah yang telah diberikan kepada kaum pekerja hari ini oleh pejuang pekerja sebelumnya.

 

Tahun ini perayaan hari pekerja anjuran JK Mei 1 mempunyai signifikan sejarahnya tersendiri apabila satu perhimpunan raksasa membantah GST turut diadakan. Perjuangan menentang GST adalah perjuangan melawan Rejim BN yang pro kapitalis. GST adalah agenda kapitalis untuk memindahkan beban cukai dari kaum kapitalis kepada kaum pekerja dan rakyat majoriti.  Ia adalah perang ekonomi untuk memiskinkan kaum pekerja dan mengkayakan kaum kapitalis.

 

Tahun ini kita diberitahu bahawa PDRM akan membenarkan Jalan Raja di Dataran Merdeka digunakan untuk hari pekerja. kami masih  ingat bahawa 20 tahun yang lalu kami telah demo di Jalan Raja yang sama ini pada 1hb. Mei berhadapan dengan FRU. Ini adalah kejayaan yang bukan jatuh dari langit. Kejayaan kita memerdekakan sebahagian daripada Dataran Merdeka adalah kejayaan rakyat Malaysia yang sentiasa berdegil dan tegas untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai simbol perjuangan rakyat. Kita merayakan kejayaan ini dan Perjuangan ini akan berterusan.

 

PSM mengucapkan Selamat Merayakan Hari pekerja kepada kaum pekerja di seluruh dunia. Kaum pekerja tidak ada apa-apa untuk dibebaskan kecuali rantai penindasan.  Jom kita merayakan hari bersejarah ini dengan perhimpunan dan perarakan. Jangan kita sia-siakan hari ini. Kita buat referendum rakyat Bantah GST. Kita mantapkan lagi azam kita untuk terus melawan sistem kapitalis yang menghancurkan kemanusiaan dan alam sekitar.

 

Dikeluarkan Oleh

 

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: