Skip to content

Obama balik, SOSMA mengganas tahan 10 individu – Inikah hasil lawatan Obama?

April 30, 2014

 

SHAH ALAM, 30 APRIL (Selangor Kini)

Penahanan 10 rakyat Malaysia yang didakwa terbabit dengan kegiatan militan hanya untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat kononnya Malaysia memiliki cara untuk menangani isu militan.

Bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, berkata perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.

“Kali ini, dengan kehadiran Obama (Barrack Obama) pula, sekali lagi situasi itu berlaku kononnya membuktikan Malaysia mempunyai cara untuk menangani isu militan, sedangkan tiada bukti jelas berkenaan pembabitan mereka,” katanya dipetik Harakah Daily.

Syed Ibrahim Syed NohSyed Ibrahim berkata, tindakan kerajaan menahan dan mendakwa mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 juga mengulangi siri kezaliman seperti ISA yang dimansuhkan.

Katanya, akta terbabit yang lebih dikenali sebagai SOSMA itu mirip seperti ISA yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini walaupun ada peluang dibicarakan serta membela diri.

“Nampak seakan SOSMA lebih baik kerana ada bicara atau ruang untuk membela diri, sebaliknya ia mungkin lebih teruk berbanding ISA kerana wujud penahanan berterusan di bawah akta itu,” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang ditahan bawah SOSMA boleh dibicarakan selepas 28 hari penahanannya, bagaimanapun sebelum tempoh itu mereka boleh dibawa ke mahkamah atau dikenakan alat peranti untuk memudahkan pengesanan dilakukan.

anti-isa“Jika mahkamah membebaskan mereka, kerajaan boleh terus membuat rayuan. Sementara rayuan itu, mereka akan terus ditahan. Ini yang dikatakan penahanan berterusan,” jelas beliau yang juga Naib Presiden IKRAM.

Syed Ibrahim berkata, jika kes biasa, seseorang itu boleh diikat jamin dan dibebaskan sementara kes rayuan didengar.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa badan hak asasi yang mengambil peranan berhubung isu terbabit.

“Ada beberapa badan hak asasi sedang meneliti isu itu termasuk para peguam. Memandangkan ISA sudah dimansuhkan, maka GMI juga dimansuhkan.

“Bagaimanapun, saya bersedia jika dipanggil untuk bersama meneruskan kempen penentangan terhadap akta drakonian yang ada,” katanya.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: