Skip to content

Kuatkuasa GST: Rakyat jadi mangsa tabiat boros Menteri Kewangan

April 9, 2014

KUALA LUMPUR: Selagi tiada perubahan pada sikap menteri kewangan, selagi itu rakyat di negara ini bakal dibebankan dengan pelbagai bayaran termasuk yang terbaru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diluluskan Dewan Rakyat kelmarin.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, memang benar GST bakal menjana pendapatan besar kepada negara namun selagi masalah sikap tidak diubah, tiada guna cukai baru diperkenal melainkan hanya menyusahkan rakyat.

“Apa tabiatnya? Berbelanja besar masa mewah dan masa meleset, mudah buat bajet tambahan, beri kepada kroni secara direct-nego, masih kekal monopoli dan konsesi-konsesi, ketirisan dan rasuah masih di takuk lama.

“Ini Ketua Audit Negara yang laporkan setiap tahun berlaku perkara sama,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pengundian belah bahagi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

GST yang dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan dijangka bakal memberi tambahan pendapatan negara sebayak RM3 bilion untuk tahun pertama dan unjuran sehingga RM20 bilion pada keadaan optimanya.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan tidak wajar menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca kebejatan kewangan negara sehingga menghalalkan perlaksanaan GST.

Hutang kerajaan Pusat katanya bukanlah disebabkan oleh faktor subsidi sahaja, dan jika sekalipun benar, ianya hanya sedikit.

Tetapi kata beliau, punca lebih besar adalah cara pengurusan kewangan negara yang tidak berhemat.

Beliau turut meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan punca kerajaan BN menanggung defisit fiskal terus menerus selama 16 tahun dan hutang Kerajaan Persekutuan yang telah mencecah hampir 55% dari KDNK walaupun tidak diizinkan Akta Pinjaman Tempatan 1959.

“Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang tinggi hemahnya, beramanah-integriti, sepenuh-masa, cermat, tekun, akumen kewangan yg tajam, tak diganggu-gugat oleh kepentingan kroni.

“GST boleh jana pendapatan yang mewah berbilion ringgit, tapi yang mesti berubah menteri kewangan dan tabiatnya,” katanya.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: