Skip to content

6 meninggal dan 14 dimasuk ke hospital ambil dadah ketika konsert FMFA

March 16, 2014

14 dimasuk ke hospital ambil dadah ketika konsert FMFA

Mar 16, 2014
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Seramai 14 individu kini dirawat di hospital akibat pengambilan dadah ketika menghadiri konsert Festival Future Music Asia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, semalam hanya dua individu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun pagi ini seorang daripada mereka telah keluar, dan sembilan lagi dimasukkan hari ini ke PPUM.

“Oleh itu, jumlah individu yang dimasukkan ke hospital meningkat hari ini kepada 14 orang, di mana tiga individu dirawat di Hospital Kuala Lumpur, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan 10 orang di PPUM.

“Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga menahan seramai 29 individu pelbagai warga yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di konsert berkenaan.

“Daripada 29 itu, sembilan adalah warga Singapura manakala lain adalahMyanmar, Taiwan, Iran, warga tempatan dan lain-lain,” katanya.

Mohan Singh berkata, pengunjung konsert berkenaan juga memahami keadaan dan mereka (pengunjung) juga tidak melakukan sebarang kekecohan akibat pembatalan konsert berkenaan semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, kesemua yang ditahan itu direman sehingga Selasa ini.

Awal pagi semalam (Sabtu), enam orang, termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat penggunaan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert FMFA.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. – Bernama

Konsert liar: Kerajaan tidak sensitif bantahan rakyat

Mar 16, 2014
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat terhadap acara seperti Future Music Festival Asia.

Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius insiden enam anak muda meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil malam semalam.

“Kami kesal betapa di kala seluruh negara resah dan cemas serta bersimpati dengan ahli keluarga MH 370 yang hilang, negara dikejutkan dengan keliaran anak muda terlibat dalam konsert yang tidak melambangkan budaya dan akhlak yang sepatutnya,” ujarnya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, pengumuman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam tadi telah dibatalkan adalah wajar dan sepatutnya dari awal lagi acara ini tidak harus diizinkan.

Kata beliau, pihaknya tidak dapat menerima bagaimana konsert tiga hari itu dilulus yang dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual antara 13hingga 15 Mac 2014.

Beliau menambah, bantahan terhadap acara seperti ini sudah sering disuarakan, namun pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat.

Justeru, ujarnya sikap liberal yang diamalkan oleh pihak berkuasa telah diambil kesempatan oleh penganjur yang memberi tumpuan untuk mengadakan acara yang menarik golongan generasi muda.

“Kekhuatiran masyarakat bahawa acara seperti ini akan memberi kesan negatif kepada generasi muda sudah kerap diangkat dan terbukti benar apabila berlaku insiden yang tidak diingini.

“Sebab itu kami menegaskan pihak berkuasa sepatutnya mengambilkira bantahan masyarakat kerana jika kerajaan jujur mewar-warkan rakyat diutamakan, acara seperti ini tidak harus diluluskan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan tempatan bersikap tegas untuk membendung sebarang acara liar seperti itu dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak atasan terutama orang politik yang sering diperguna oleh penganjur untuk mendapat kelulusan.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: